~TENTANG DIA~
Kata orang, dia jejaka misteri.
Untung aku dapat menjadi teman rapatnya. Dia jarang tersenyum apatah lagi
ketawa. Wajahnya sentiasa serius, mungkin cuba menyembunyikan wajahnya yang
jambu itu (aku pernah melihat sifat keanak-anakannya dan sumpah memang jambu).
Dia berdarah campuran Melayu, Cina dan Siam. Dari mana darah itu mengalir,
jangan pernah ditanya kerana aku tidak mengetahui jawapannya. Aku mengenali dia sejak
beberapa tahun yang lalu dalam situasi yang tidak dijangkakan dan semestinya
tidak seindah gambaran yang dilakarkan dalam drama-drama bersiri Korea.
MASA UNTUK SESI IMBAS KEMBALI
Aku
terpaksa kembali ke sekolah pada jam 6 petang, untuk mengambil buku latihan
matematik aku yang tertinggal didalam kelasku. Sumpah, aku tidak akan datang
kesekolah pada jam sebegini jika tidak mengenangkan kerja rumah yang telah
diberikan oleh Cikgu Illiyana pada pagi tersebut. Aku mengeluh lantas mengatur
langkah kearah blok kelasku yang berada dibahagian belakang sekolah,
bersebelahan dengan Dewan Samsudin yang telah dibina sejak zaman pemerintahan
Jepun lagi. Orang cakap, sekolah lama ni banyak penunggunya. Haishhh, kenapalah
otakku begitu aktif mengimbas kembali kisah-kisah seram sekolahku pada waktu
kritikal sebegini??
Langkah
kuatur dengan lebih pantas dan aku terus masuk ke dalam kelas dan mengambil
buku latihan matematik yang berada di atas mejaku. Aku sempat meneliti suasana
sekeliling, hari tampak gelap dan berangin. Hujan pasti turun sebentar lagi,
fikirku bagi menenangkan gusar dihati. Aku bernyanyi kecil dan mula menapak
untuk keluar dari kelas. Belum aku sampai ke pintu kelas, terlihat sebuah entiti
berwarna putih yang disertai tompokan merah di tangan dan sebahagian pakaian makhluk
alam tersebut..
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Ya Allah
tolong..Ampunkan cucu, datuk nenek moyang!! Cucu datang nak ambil buku je ni..
Janganlah ganggu cucu!! Ampunkan cucu ganggu territory datuk!! Sumpah tak buat
lagi.. Serius ni..,”aku mula merapu dengan menaikkan oktaf suaraku sedikit demi
sedikit sambil merafak sembah. Mataku sengaja ditutup. Tidak sanggup aku hendak
menatap makhluk alam yang boleh bertukar rupa menjadi makhluk yang amat hodoh
dan menakutkan!! Hampir menangis aku dibuatnya.
“Wooaahh, relax-relax! Apa kau mengarut ni?? Bercucu datuk dengan aku?? Siap berafak
sembah lagi..hahahahahahahaha,” dia ketawa melihat tindakanku yang ketakutan.
Perlahan-lahan mataku dibuka. Memberanikan diri menatap makhluk alam tersebut.
“Kau?? Apa kau buat petang-petang dekat sini?? Kenapa tangan kau merah-merah ni?? Kau saja
nak usik aku ke??,” soalku bertubi-tubi kepadanya yang kelihatan
tersengih-sengih. Situasi yang amat jarang berlaku, maksudku melihat sengihan
dibibirnya .=)
“Once at a time okay? Aku datang buat projek kerja kayu KH
aku la. Tengah mengecat, sebab tu la tangan aku ni comot-comot. Yang kau
terjerit-jerit lepas nampak aku kenapa?? Muka macam ni kau boleh cakap macam
hantu,” katanya sambil mengarahkan jari telunjuk kearah wajahnya. Sudah,
terlekat pula tompokan cat merah dipipinya.Aku mula tertawa, tanpa mampu
ditahan-tahan. Dia terkedu. Comelnya dia usik hatiku..
KEMBALI KEPADA LATAR MASA TERKINI
Aku
kembali tersenyum mengenangkan sejarah kuno pertemuan luar alam aku dengannya.
Sejak hari itu, hubungan kami bertambah erat mungkin kerana wujudnya ke’kimia’an
yang kuat diantara kami. Malahan, pada firasatku ikatan kimia kami lebih kuat
jika dibandingkan dengan hubunganku dengan subjek Chemistry itu sendiri. Kini,
aku dapat melihat senyumannya dengan lebih kerap. Lesung pipitnya yang dalam,
membuatkan aku cemburu terhadapnya. Sekiranya dia dalah wanita, sudah tentu dia
bakal menjadi pesaing utamaku. Tapi mujurlah, dia tetap dia. Dia tetap dia,
teman baikku. Istilah ‘teman tapi mesra’ terlalu klise dan kedengaran terlalu plastik
untuk digunakan.
Tak kenal
maka tak cinta, (cewahhhhh, dah masuk part feeling-feeling ni.) tanggapanku
kepadanya berubah setelah dia aku kenali. Rupa-rupanya dia masih mampu membuat
jenaka walaupun wajahnya sentiasa serius dan kerek memanjang. Tapi, yang paling
tidak dapat aku percayai sehingga ke hari ini ialah, dia seorang kaki novel.
Pilihan novelnya, Masya-Allah, macam perempuan. Nak yang romantik aje =.=”...hahahahahahahaha..Namun,
itulah yang membuatkan dia istimewa bagiku. Dia bukanlah jejaka tampan yang
tipikal. Dia tidak pernah kisah akan pandangan orang lain terhadapnya. Baginya,
hidupnya adalah miliknya dan aku mula terikut-ikut dengan falsafah tersebut.
“Awak, kalau kita tak terserempak dulu rasanya apa yang akan
jadi ek sekarang??”
“Awak rasa?”
“Mungkin kita tak akan jadi bestfriend dan saya akan masih
anggap awak sebagai mamat weirdo yang freak?”
“Saya freak ke dulu?”
“Entahla, tapi saya rasa awak freak sebab awak tak suka
senyum dan kerek je memanjang.”
“oh macam tu. Sekarang ni dah tak kerek la ek?”
“Sekarang ni awak macam sweet. Kan?”
“Saya sweet dengan orang yang saya sayang je.”
Perbualan
sekadar terhenti disitu. Aku terlalu malu untuk bersoal jawab lagi. Pipiku
terasa tebal, kebas dan panas. Blushing la tu. Dia merenungku dalam. Baru nak
masuk mood romantik, dia sudah tersengih.Apa lagi, masing-masing mula ketawa
terbahak-bahak. Tapi dalam hatiku bergetar sejuta rasa. Macam lirik lagu la
pulak. Aku masih ingat, seminggu sebelum SPM.
Masih terngiang-ngiang di cuping pendengaranku ,’Saya sweet dengan orang
yang saya sayang je.’
Masa
pantas beralih, SPM telahpun berakhir. Tiba masa untuk aku berpisah buat
seketika dengannya. Sedih kerana dia tidak lagi akan mendampingiku sepanjang
masa. Tapi, kenapa dia masih lagi mampu tersenyum?? “Awak janji dengan saya,
awak jangan lupakan saya. Pastikan awak jumpa saya waktu keputusan keluar
nanti,” air mata mula menakungi tubir mataku. Aku berasa terkilan kerana dia
telah menyembunyikan perpindahannya ke Johor dari pengetahuanku. “Awak,jangan
nangis. Saya tak suka awak menangis sebab saya. Saya janji tak akan lupakan
awak. Ingat, saya sentiasa sayangkan awak tau,” ujarnya. Jelas dia cuba menahan
perasaan. Ada mata yang memandang, namun aku tidak lagi mahu mengambil peduli. “Awak
janji akan mesej dan call saya? Saya dah tak ada siapa-siapa dekat sini tau.
Saya tunggu awak.” Dia merenungku dalam, jelas sendu diwajahnya. “Saya janji.
Tapi..mmmm.. Tak ada apa-apa la..Kita pasti akan jumpa lagi nanti.. insya-Allah..,”
aku merasakan perasaan yang aneh menjalari jiwaku. Inikah cinta. Tapi kenapa
dia.
Hari
ini, keputusan SPM bakal diumumkan. Aku dapat merasakan getaran dan tekanan
untuk mengetahui keputusan peperiksaanku. Namun, aku turut berasa teruja untuk
bertemu kembali dengannya setelah berbulan-bulan lamanya terpisah. Sekadar
berbalas sistem pesanan ringkas dan saling berbual di telefon bimbit memang
belum cukup bagi menghilangkan rasa rindu ini. Sejak pagi tadi, aku dan dia
saling berbalas sistem pesanan ringkas. Masing-masing diselubungi keterujaan.
Dia memintaku mengambil keputusanku terlebih dahulu, kerana dia mungkin tiba
sedikit lewat.Aku menolak, namun dia bijak memujukku. “Tak baik biar ibu dekat
rumah ternanti-nanti keputusan awak. Lepas dapat keputusan, terus beritahu
dekat ibu tau,”katanya.
Alhamdulillah,
4A+ 4A dan 2B+ itulah keputusan SPM aku. Keputusan ini telah aku khabarkan
kepada ibuku dan dia. Aku masih menantinya. Aku bergerak ke pintu gerbang
dihadapan sekolah. Biarlah aku menghidu asap kenderaan, kerana aku sanggup
asalkan aku orang pertama yang dapat melihat kelibat dia. Hal ini kerana,
di hadapan pintu gerbang itulah jalan raya utama di daerahku ini. Tiba-tiba,
deringan lagu “Berdua Bersatu” terdengar dari telefon bimbitku. Sudah tentu dia
yang menelefonku.
“Awak dekat mana ni? Saya dah nak sampai kawasan sekolah ni.”
“Saya tunggu awak dekat tepi pintu gerbang ni.”
“Owh, baiknya awak tunggu dekat situ..awak..papa!!! lori tu!!!!!
Arghhhhhhhhhhhh!!”
Kenapa dia kedengaran
terlalu panik. Aku lihat kearah jalan raya dihadapanku .. Kedengaran dentuman
yang cukup kuat. Sebuah lori telah melanggar sebuah Proton Persona dihadapan
mataku... Dan aku cukup kenal Persona merah itu.. Ku tatap telefon
bimbitku..Terasa jiwaku melayang.. Kakiku lemah, tidak lagi mampu berdiri.. Aku
dengar jeritannya tadi.. Awak.. Awak dah janji nak jumpa saya..
“Furqannn!!!!!!!!!,” jeritku sekuat hati. Kenapa harus dia??
‘Saya janji.
Tapi..mmmm.. Tak ada apa-apa la..Kita pasti akan jumpa lagi nanti.. insya-Allah..,’awak
dah janji dulu. Kenapa awak pergi jugak.. Tangisku tiada lagi tertahan..Dia,
Furqan telah pergi meninggalkan aku..Saya akan ingat awak sampai bila-bila..
Saya janji awak........
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
-TAMAT-
KARYA: MOHAMAD AZLAN
BIN BASRI
perghh kemain drama ! haha nice ^^, tade buat sambungan ke ? LOL :D
ReplyDeleteBest gak citer ni, tapi seakan2 macam real lak. huhu, concerned pulak bila dibacanya.
ReplyDeleteMore stories with Badlishah, please. XD
hmmmm..thanx sufisky.. rasanya yang ni xde sambungan tapi tgoklah dulu macam mana kan..heheheheheh
ReplyDeletepeanut-fina92:terimas... insya-allah..
ReplyDeletesweet :D
ReplyDelete