Friday 25 November 2011

Kisah Kita 6


 “Tunggu dekat sini kejap, aku nak pergi tandas.Dah tak tahan ni!,” tutur Fara lantas mengatur laju langkahnya ke tandas yang berada di sebelah muzik. Sekadar menganggukkan kepala dan membiarkan Fara pergi keseorangan dan aku mengambil tempat di tepi tangga. Sementara menanti Fara menyelesaikan urusannya dengan Bank Negara miliknya, kelihatan beberapa orang pelajar junior memasuki bilik muzik untuk diuji bakat. Teruja. Ungkapan yang cukup sesuai untuk menggambarkan perasaan mereka..Hmmmmmm

                5 minit berlalu, namun Fara masih belum menampakkan wajah. “Ish, kenapa lambat sangat Fara ni?,” aku merungut sendirian. Hari yang agak panas turut menyebabkan aku terasa rimas. Manakan tidak, aku asyik berpeluh dan kepalakju pula gatal bagai dijangkiti kutu =.=”.. Rimas, rimas dan rimas. Tidak cukup dengan itu, Kelihatan Darwish menuju kearahku (hendak menuju ke tangga sebenarnya). Kenapalah tangga ini juga yang ingin dia gunakan, sedangkan masih ada tangga yang lain di seberang sana. Aku memalingkan wajahku kearah lain..Benci..

“Tak turun lagi? Tunggu aku ke?”
“Ish, kau apa kes?? Ingat kau bapak segala VIP ke aku nak tunggu? Boleh blah r”
“Eleh, kalau aku bapak segala VIP , dah lama kau kena buang dari sekolah ni. Sesuka hati je kenakan aku hari tu”
“Oh, ingat lagi? So, lain kali jangan cari fasal dengan aku lagi.. Faham encik Darwish Choo??”
“ Faham sangat-sangat minah kekwat oii”
“Kau panggil aku apa?? Jaga mulut kau sikit ek, mamat poyo!!”
“Boleh pulak. Kejap-kejap, kenapa kau benci sangat dengan aku ek??  Aku pernah tolak pinangan kau ke??”
“Kau..........”

                Setelah hampir 5 minit bertegang urat, kehadiran Fara Berjaya menenangkan ketegangan tersebut.. “ woi, kau orang nak dating pun agak-agak la. Dah tak ada tempat lain ke??,”  usik Fara dengan kelantangan suara yang mampu menyebabkan neneknya dirumah diserang semput. Suka hati dia je kan. Darwish sekadar mendiamkan diri.. ”Fara, kau melabur saham berapa juta tadi?? Sikit punya lama kau berurusan.. Jom turun cepat..,”bebelku kepada Fara..”Kau tak nak turun sekali ke?? Nak tunggu Isya pimpin kau ke??,” Fara semakin galak menggiat Darwish.. Ewah ewah ewah, sedapnya mulut si Fara ni kalau dapat bercakap. Kalau ikutkan hati, ada jugak insane malang yang bakal aku lempar dari tingkat 3 blok pentadbiran ni.. Siap kau Fara lepas ini.



                Aku sekadar tertawa mendengar usikan Fara. Belum sempat aku dipimpin, silap-silap tangan aku patah-patah dikerjakan dek Isya. Minda pun mula menerawang kepada pertengkaran yang berlaku diantara aku dan Isya sebentar tadi..

“Boleh pulak. Kejap-kejap, kenapa kau benci sangat dengan aku ek??  Aku pernah tolak pinangan kau ke??”
“Kau cakap biar beradab sikit ek mamat poyo. Kalau kau meminang aku pun, sebelah mata pun aku tak nak pandang tahu.”
“Memanglah kau tak nak pandang sebelah mata, sebab kau tu rabun. Kena ada bantuan lagi sepasang mata plastik baru. Hahahahaha.”
“Apa kau nak ni. Blah r.”
“Aku cuma nak tahu, kenapa kau benci sangat dengan aku. Since the first day I met you.”
“You wanna know why?? Sebab muka kau tu menyakitkan hati aku.. Nak lagi? Kau tu poyo, bajet bagus dan sangat teramat menjelikkan....”
“Huh??”
“dan diatas sebab-sebab yang telah aku nyatakan tadi, aku harus dan perlu membenci kau. Harap maklum sebab aku tak nak buat ulang suara.”

                Pertengkaran terhenti di situ, kerana kehadiran Fara. Aku buntu kenapa dan mengapa Isya kelihatan begitu memebenciku. Alasannya sebentar tadi cukup menyakitkan, tetapi  tidak cukup meyakinkan untuk terus mempercayainya.



                “Fara, kenapa kau lambat sangat tadi? Tak fasal-fasal aku kena melayan mamat poyo tu tadi,” luah Isya yang masih belum berpuas hati dengan Darwish. Baginya kehadiran Darwish hanaya akan menggugat apa yang telah dia miliki. Darwish telah berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan bahas pimpinannya. Kini, Darwish semakin hampir untuk menyertai kelab muzik sebagai penyanyi solo. ‘Melampau! Jangan lepas ni dia nak sertai PBSM sudah. Memang aku buat protes dan memorandum termnasuk letak jawatan dalam semua persatuan. Tapi sanggup ke aku lepaskan semua jawatan hanya disebabkan dia, si mamat poyo yang menyesakkan jiwa dan menyakitkan hati..,’ Isya bermonolog di luar sedarnya. Fara sekadar memerhatikan mulut Isya yang terkumat-kamit membebel. Entah apa yang dibebelkannya, tapi yang pasti mangsa bebelan tersebut adalah Darwish. Fara sendiri tidak mengetahui kenapa dan mengapa Isya begitu membenci Darwish.. Tapi ada satu perkara yang tidak Fara ketahui, perkara yang menyebabkan Isya membenci Darwish dan melabelkannya sebagai mamat poyo yang menyesakkan jiwa, lagi menyakitkan hati..

                                                ~~bersambung lagi~~

No comments:

Post a Comment