Friday 25 November 2011

Kisah Kita 5


Aku dan Fara meneruskan pendakian ke tingkat ketiga blok pentadbiran. Aku masih tertanya-tanya mengapa harus bilik muzik ini ditempatkan di tingkat yang tertinggi. Kakiku mula terasa lenguh, nafasku pula kian tidak teratur. Termengah-mengah.  Inilah petanda yang cukup jelas yang menandakan bahawa aku sangat dan teramat jarang bersenam. Demi ujibakat bersama Miss E aku gagahkan jua.

   Dalam keletihan yang memanjat tangga ke bilik muzik, kedengaran lagu kegemaranku berkumandang. Nampaknya, sudah ada pelajar yang tiba lebih awal daripadaku dan telahpun memulakan ujibakatnya bersama Miss E.

“Tak perlu ucapkan sepatah kata,
Kerna lantang terbaca dari muka,
Kau dan aku sudah tiada,
keserasian di jiwa,
mungkin magisnya sudah hilang.”

Kedengaran lantunan suara yang mengalunkan ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ nyanyian asal Shahir. Aku terpesona dan teruja untuk melihat siapakah pemilik suara tersebut. “Fara, kau dengar tak? Suara siapa tu, jom naik cepat,” aku memberi arahan kepada Fara agar bergerak dengan lebih pantas.

 Sebaik sahaja aku menjengukkan kepala ke dalam bilik muzik, rahang mulutku terjatuh. Rasa keterujaanku terus terpadam. Guess what? Suara yang kupuji-puji sedari tadi adala suara Darwish. Kenapa mesti dia? Darwish yang masih belum menyedari kehadiranku, meneruskan nyanyiannya sepenuh hati. Jujur aku katakana, suaranya memukauku. Kejengkelannya sebelum ini belum mampu menyekat rasa terpesonaku kepada suaranya. Ulang suara, aku hanya terpesona kepada suaranya, bukan pemilik suara tersebut. Kini lengkap sudah pakej Darwish sebagai pencuri hati kelas pertama. Suara yang dimilikinya sahaja sudah cukup bagi mencairkan hati seorang gadis.

  “Your voice is just fenomenal. Sangat bagus. Good luck then, we’ll see whether you are going to be in the club or not,” puji Miss E kepada Darwish. Darwish sekadar mengangguk-angguk malu. Wajahnya kelihatan gembira menerima pujian tersebut.

   “Isya, it is your turn now,” Miss E memanggilku. “Afterwards la teacher, why don’t you let Fara start it first,” aku sengaja memberi alas an kepada Miss E.  Sebenarnya aku mahu Darwish beredar terlebih dahulu sebelum aku diujibakat. “Is it okay with you, Fara? Come here,” Miss E menerima cadanganku, Fara menyerahkan minus one kepada Miss E. Bibirnya diketapkan, dadanya ternyata penuh dengan debaran.
             Lagu ‘Cuba’ yang dinyanyikan Fara hamper berakhir. Namun Darwish masih belum menampakkan tanda-tanda untuk beredar. Apa lagi yang dia tunggu? Adakah dia menunggu pujian dariku.  Tolong la faham, jangan mimpi la.

    Fara sudahpun selesai. Seperti tahun yang lalu, Miss E masih mengharapkan Fara untuk terus kekal untuk menyanyikan lagu tradisional. Fara memang bijak melenggokkan lagu tradisional. Kerana itulah, dia menjadi pilihan untuk pertandingan yang melibatkan lagu asli. Itulah kepakarannya, tiada tandingan.

Miss E menggesa aku  untuk diujibakat segera. Darwish pula masih berdiri disitu seperti tunggul yang tidak akan beranjak. Akhirnya aku mengalah. Ujibakat dimulakan.. “Pass me your minus one Isya,” Miss E memandangku. “Actually, iwant to sing this song without the music. Saya nak buat acapella,” ujarku teragak-agak. “ Oh, let’s get start it,” Miss E berjalan dan duduk dikerusinya. Selang sesaat, Miss E mengangguk. Aku harus bermula sekarang.

“Jangan disusun kata-kata penamat,
Jangan disebut baris ayat keramat,
Biar lenyap diserap sunyi,
biar senyap yang tak menyepi.

Tolong ingatkan aku,
Kisah kau tersedar,
Dengan saku penyeluk masa..ohhh”

Miss E memejamkan matanya. Mungkin cuba menumpukan perhatian atau mencari kelemahan dan kesilapanku. Menyanyikn lagu secara acapella sangat berisiko kerana ketiadaan muzik latar menyebabkan sebarang kesilapan dapat didengar secara jelas tanpa dapat disembunyikan. Jadi, aku harus melakukan yang terbaik apatah lagi apabila Darwish masih berada disini. Memerhatikanku

“mari patahkan papan markah lama,
Mari padamkan buku tiga lima,
Biar luka sembuh sendiri,
biar lupa ditebus hari.

Tolong ingatkan aku,
Kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa,
Kau damping aku setiap detik jantungku berdetak,
Setiap nota jiwaku belagu-lagu.

Bila marah merasuk minda,
Kecewa menyelubungi jiwa,
Aku lupa..”

‘Boleh tahan juga suara minah kekwat ni,’ bisik hatiku. Betullah kata-kata Furqan sebelum ini, Isya memang memiliki pelbagai keistimewaan terutamanya dalam nyanyian. Kerana inilah, aku menanti disini sehingga tibanya masa Isya diujibakat. Tanpa aku sedari, bibir ini mula bernyanyi perlahan. Seiring dengan nyanyian Isya.

    ########################################

“tolong ingatkan aku,
Kisahku tersedar dengan kasih memeluk rasa,
Ku teringat kamu setiap detik jantungku berdetak,
Setiap nota jiwaku,
Berlagu-lagu..”

‘Sejak bila pulaaku ada mengupah back-up singer ni?,’ soalku dalam hati. Nyanyian aku teruskan, suara latar masih kedengaran. Aku mengerling ke sebelah kananku, ada Darwish di situ. Begitu rancak Darwish mengiringi nyanyianku. Adakah ini percubaannya untuk mensabotajku?

“tolong ingatkan aku kisah kita,
Tolong ingatkan aku kisahku tersedar,
dengan kasih memeluk rasa,
tolong ingatkan aku,
kisah kita..”

             Selesai sudah nyanyianku. Fara mula bertepuk tangan manakala aku terus menjeling tajam kearah Darwish, meminta sebuah penjelasan. Namun, dia sekadar memberikanku pandangan aneh dan menggerakakn mulutnya berkata, “what?” Aku mengeleng-gelengkan kepala. Pening dan jengkel dengan sikapnya.


~bersambung~

No comments:

Post a Comment