Friday 25 November 2011

Kisah Kita 3


Hari ini, pemilihan peserta baru bagi pasukan bahas bahasa melayu akan bermula. Cuma 2 peserta akan dipilih bagi melengkapkan jumlah pembahas yang diperlukan kepada 5 orang. Bagi pemilihan tahun ini, aku dan Cikgu Zila sekali lagi diberikan kuasa untuk menilai dan seterusnya memilih pembahas yang diperlukan. Agak mengecewakan kerana masih tiada pelajar baru mendaftarkan diri, namun pemilihan ini harus diteruskan.

“Baiklah, sebagaimana yang kita semua sedia maklum, pemilihan yang akan diadakan akan tyerbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama, anda perlu menyampaikan pidato berdasarkan tajuk pilihan sen..,” peneranganku terhenti. Pintu Kamar Syura terkuak. Darwish masuk ke dalam, aku memandangnya. Senyap seketika, lidahku kelu secara tiba-tiba.
“Kau buat apa dekat sini?”
“Nak join pemilihan la, kau pula buat apa dekat sini?”
“Rasanya kau salah tempat. Kami nak mencari pembahas , bukan model iklan ubat gigi.”
“Eh, kau ni kenapa? Macam bagus je. Aku nak join pemilihan ni.”
“Memang aku bagus pun. Nak join? Rasanya nama kau tak tercatat dalam ni,” aku menunjukkan sekeping kertas yang mencatatkan nama pelajar yang mendaftarkan diri bagi menyertai pemilihan ini. “Sudahlah Isya, Darwish dah mendaftarkan namanya tadi. Cikgu lupa nak beritahu awak,” tiba-tiba Cikgu Zila mencelah. Pipiku sudah kemerah-merahan menahan malu. Wajahku cuba dimaniskan,” Oh, macam tu. Ambil tempat awak di sana,” aku mengarahkan Darwish untuk duduk. Dia tersenyum sinis. Tidak mengapa, kau boleh terus tersenyum sekarang. Sebentar lagi, senyuman kau akan terhapus dan digantikan pula kerutan di dahi.
“Baiklah, kita teruskan. Fasa pertama, anda perlu berpidato berdasarkan tajuk yang elah anada sediakan terlebih dahulu. Saya dan Cikgu Zila akan menyoal beberapa soalan yang berkaitan tajuk pidato anda. Seterusnya, pada peringkat kedua, anda perlu menyampaikan pidato spontan yang tajuknya bakal diberikan oleh saya atau Cikgu Zila,” aku meneruskan peneranganku yang terhenti sebentar tadi gara-gara kehadiran Darwish.

Fasa pertama diteruskan dengan lancar, 9 peserta termasuk Darwish mempamerkan kemahiran berpidato yang agak memuaskan. Sungguh tidak aku sangka, Darwish mahir berpidato. Nampaknya, aku perlu memulakan misi dan mengatur strategi bagi menyekat dalam fasa kedua. Akal jahatku mula menjana idea bagi mengenakan Darwish
“Isya, kenapa awak pandang Darwish semacam aje?” kata-kata Cikgu Zila menghentikan lamunanku. Baru aku tersedar , aku asyik memandang Darwish sedari tadi. Darwish mengangkat sebelah keningnya dan memandangku. Alamak, kantoi lagi. Sudah tentu dia terfikir yang aku ada hati padanya. “Cikgu rasanya kan, dah ada dua atau tiga orang yang kita boleh pilih. Saya tengok Yana, Qalif dan Fina tu macam bagus je. Dah banyak peningkatan kalau dibandingkan dengan tahun yang lepas,” aku cuba menyuarakan pendapatku bagi mempengaruhi Cikgu Zila. “Tapi, Cikgu rasa Darwish pun boleh tahan juga. Nampak macam berpengalaman,” tambah Cikgu Zila. Aduhai, mungkinkah Cikgu Zila pun sudah dijangkiti virus Darwish ni? Aku cuba sedaya upaya bagi meyakinkan Cikgu Zila bahawa Darwish tidak memiliki sebarang kelebihan mahupun keistimewaan jika dibandingkan dengan peserta lain. Kelihatan kejam, namun aku harus melakukannya agar Darwish tidak sepasukan denganku.

Nampaknya, aku tidak Berjaya mempengaruhi Cikgu Zila. Markah Darwish pada fasa pertama, telah menempatkannya pada tiga markah teratas. Inilah apa yang aku risaukan sejak awal tadi. Terpaksalah aku mensabotaj Darwish pada fasa kedua sebentar lagi. Kau tunggu ajelah Darwish.

##############################################

‘Minah ni kenapa? Tak berkelip-kelip mata asyik memandang aku. Dah sangkut ke?’ getus hatiku. Lantas aku mengangkat sebelah keningku dan memalingkan mukaku kearah Qarisya. Reaksiku telah menyedarkan Qarisya dan itulah padahnya apabila terlalu suka mencuri pandang kearahku. Tertangkap akhirnya.

“Qalif, macam mana Isya boleh dapat mandat untuk pilih lagi dua orang pembahas tu? Hebat sangat ke dia?” soalku kepada Qalif. Diam seketika, “Entahlah, aku pun tak tahu. Mungkin sebab dia dah lama dalam team bahas ni rasanya. Dari tingkatan dua lagi. Lagipun, dah dua tahun dia menjadi p[embahas terbaik peringkat negeri,” jelas Qalif bagi menjawab persoalanku.

Fasa pertama sudahpun berlalu. Pada pandanganku, peluang bagiku masih terbuka luas. Namun, apa sahaja boleh terjadi, apatah lagi apabila Qarisya yang menjadi penilainya,si minah kekwat yang tidak pernah senang dengan kehadiranku. Semoga Cikgu Zila mampu menyelamatkanku. Fasa kedua akan bermula sebentar lagi. Pada fasa pertama sebentar tadi, Qarisya begitu galak menyoal soalan beraras tinggi kepadaku. Kejam, namun aku Berjaya menjawab setiap persoalan dengan yakin walaupun aku sendiri kurang memahami apa yang aku perkatakan. Entah apa tajuk yang bakal diberikan kepadaku untuk pidato spontan. Aku harus bersedia apatah lagi apabila wujudnya ancaman dari Qarisya.
Sudah lima peserta telah berjaya mengharungi fasa kedua pemilihan. Tajuk-tajuk yang diberikan merupakan tajuk yang ringkas, umum dan mudah untuk diperkatakan. Antaranya adalah pencemaran alam, pelumabaan haram, teknologi hijau dan sebagainya. Kini tiba giliranku. Aku berasa sedikit lega, kerana sekarang adalah giliran Cikgu Zila memberikan tajuk. Aku terselamat dari Isya, si minah kekwat.

Isya membisikkan sesuatu kepada Cikgu Liza dan Cikgu Liza menganggukkan kepalanya perlahan. Nasibku berubah, Qarisya bakal memberikan tajuk kepadaku . Aku mula memakinya dalam hati. “Darwish, tajuk spontan awak adalah ‘Kerjasama Malaysia dengan Negara Serantau’. Awak diberikan 60 saat untuk mencatatkan sebarang idea,” Qarisya memberikan tajuk sambil tersenyum manis. Plastik. Peserta lain mula berbisik-bisik. Cikgu Liza memandang Qarisya tidak percaya, kerana tajuk tersebut agak sukar diperkatakan tanpa pengetahuan am yang kukuh. Namun Isya sekadar tersenyum. Yakin. Terlalu yakin untuk menyingkirkan aku.

60 saat berakhir,” ASEAN, sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh sepuluh negara dalam rantau Asia Tenggara. Melaluinya, Malaysia Berjaya meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara serantau dalam bidang politik, ekonomi dan social. Dalam usaha menjamin kesejahteraan bersama, Malaysia telah...,”aku terus menyampaikan pidatoku dengan yakin. Reaksi wajah Qarisya memang sudah kuramalkan. Tidak percaya akan apa yang telah disaksikannya. Diakhir minit yang keenam, “perkembangan negara. Sekian terima kasih,” aku mengakhiri pidatoku dengan kenyitan mata kepada Qarisya. Sudah cukup bagi menyakitkan hatinya. Itulah akibatnya jika cuba menguji kebolehanku.. Qarisya, aku yakin, kita akan bersama dalam satu pasukan. Kemenangan pertama bagiku. Satu berbalas kosong.

No comments:

Post a Comment