Sunday 30 December 2012

SIRNA ITU ADA

"duka dalam tawa, tangis dalam suka"
itulah cliche bagi insan bernama manusia
kau aku dia mereka dan semua
semuanya sama sahaja
ada rahsia yangdibiar terpendam
jauh dan kelam
biar hilang dalam kusam malam

wujudku bererti ketiadaaanku
kehilanganku bagai kehadiranku
ada tiada sirna sentiasa
wujud dan ada tiada terasa

aku
hanya aku yang fahaminya
kerana dibalik kisah ini
aku pencoretnya

*hanya yang faham akan memahami*

Wednesday 21 November 2012

SuPer exCIted!!!!

malam ni pergi tengok midnight movie uollsss :p
nak tahu cerita apa??? hehehehe..

jeng jeng jeng...



i'm sure that it is going to be epic..goshhhh...seriously super hyper excited


thats it..bubye guysssssssss


LePas gERAM...

SESI LEPAS GERAM BERJAYA RASANYA..hahaha..
Entahlah, rasa better hari ni..buang masa je nak stress..
so, keep on living la..hahhaa..bukan mati pun..masalah akan tetap ada..cuma macam mana kita nak atasi, lari atau selesai maslah tu.. entah apa entah aku mengarut malam ni..thats it..k bye..

Tuesday 20 November 2012

QUOtES oF EmOtionS


Just because my eyes show no tears...Doesn't mean my heart isn't broken...


PrIoRiTY

list Of Priority
1.study
2.study
3.study
4.study

others dah jatuh tangga ketiadaan kepentingan..

KeCeWa dan TerKilan

KECEWA - dengan diri sendiri

TERKILAN- sebab xmampu nak perbaiki kelemahan diri


KESIMPULAN: ketidakstabilan emosi dan pemikiran..thats it..bubye..

Friday 16 November 2012

PerKamPunGAN dEbAT UKM part 3

HARI KETIGA

macam biasalaa, datang pagi sarapan n sembang2 semua dulu..baru la program start..so, hari tu, abang daniel n kak sonia bahagikan tugas untuk cari fakta-fakta tertentu yang relevan dengan debat..maka, dari pagi sampai petang masing2 mengadap laptop cari fakta n compilekan untuk hantar balik kat abang daniel..sepanjang mencari fakta tu banyak la yang mengelat bukak twitter segala bagai..hahahaha..best la, tak tension..sepanjang mencari fakta tu, aku macam biasa la, sempat bukak semua video siti kat youtube..hahaha..sambil2 dengar ada yang pasang lagu hindustan segala bagai..lebih kurang, hiburan selingan laa...

okay, tadi siang..macam biasa laa part malam sentiasa jadi lagi best..hahahaha

that night, awesome gila..malam barbeque la..alumni2 macam kak mina, abang yusry, abang bob, abang asri, abang haziq semua datang jugak..hehehe..makan2 la sampai perut kembung buncit semuanya..bayangkan nak telan kerang 4 kilo..tak termasuk ayam, hot dog lagi..tambah pulak dengan coleslaw, mashed potato, fruit salad, nasi impit, sandwich telur, aiskrim, lemonade n segalanya laaa..memang menggemukkan la semuanya..tapi memang ending yang epik la bagi aku..so, rangkuman keseluruhan Perkampungan Debat UKM memang gempak, epik, vogue dan best..yang tak join memang rugi la uolllsss..hahahaha..

ok, thats it..bubye..

Thursday 15 November 2012

PerKamPuNGaN dEbat UKM part 2

HARI KEDUA

Basically, second day is all about sparring. Ada 3 set sparring, 2 sidang. dan disebabkan cuti mid-sem dan sebagainya, cuma UPM yang hadir untuk sesi sparring tu. Okay, antara usul yang diperdebatkan sepanjang hari tu adalah:

1. COP12 : Petanda Kita Sudah Buntu
2. Dewan Ini Percaya Penawaran Subjek Pendidikan Gender Perlu Diwajibkan di Setiap Universiti (BP style)
3. Dewan Ini Percaya Pendidikan Merapatkan Jurang Gender.

Secara keseluruhannya, sparring hari tu best laa..Banyak jugak belajar benda baru. Sebelum ni, x tahu pun apa tu COP12 n bla3..hahaha..


MALAMNYA PULAKKKKK..

kami semua keluar pergi barang untuk barbeque for the next day. Tapi x semua la ikut..Cuma ada aku, ellie, abang daniel, naim, nami, sam dengan bob..Beli barang kat Econsave sajorh..beli la segala ayam, kerang, sayur, buah, bahan perapan, pinggan , cawan n segala benda la..

part yang paling best, mestila kat rumah kat Mina..tempat buat preparation..Malam tu semua tunjuk skil mencuci ayam, mencuci kerang, memotong sayur, mengupas telur, memotong bawang, lengkuas n halia n bla3. Malam tu, kitaorang siapkan coleslaw dengan kentang putar siap2. Yang selebihnya, esok kak mina n the gurls akan uruskan..hehehe..balik kolej lewat gila kot malam tu *penat tahap tak ingat la* hahaha

Okay, thats it from me..part 3 nanti a,u ceritakan ending pulak k..

PeRkAmpUngan DeBat UKM 2012

HARI PERTAMA

Hari pertama bermula seawal jam 8.30am. Tapi the real story starts at 10.00am i guess.. maklumlah, makan2 dulu, sembang2, gosip2. Mula-mula semua junior dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab ada dua kelas yang akan berlangsung serentak.. Kelas pertama aku masuk adalah kelas konsep ekonomi dengan kak mina. Maklumla, kalau usul tema ekonomi susah sikit kita nak buat konsep, since bukan semua orang faham term-term ekonomi. So, pagi tu, banyakla konsep2 ekonomi yang kak mina ajar..segala KDNK, GDP, GNI semua tu.

Lepas tengah hari, aku masuk pulak kelas kedua dengan abang bob. Dengan abang bob kitaorang belajar la teknik2 tertentu yang x boleh diceritakan *private and confidentials gittew uollsss* hahaha..tapi best gila kelas abang bob. Mula-mula cuak gila kot..bila dah lama-lama tu baru rasa ok sikit.

Dah habis semua kelas, petang tu senior cakap nak buat sparring. Tiba jaaa aku kena naik team..aku jadi kerajaan dengan naim dan sam..Kena lawan dengan Azman, ellie dan nami..hahaha..yAng ni sumpah lawak..aku salah bukak konsep uollsss..usul peribahasa aku buat macam usul perlambangan..hahaha..mati laaaaa..malu gilaaa kot..rasa nak terjun ja longkang tepi upu yang seluas alam tu..hahaha.. tak tahu mana nak letak muka..dusssshhhhhhh *tertumbuk muka*

that should be the end of day one tapi................................

malam tu weollsss keluar karaoke and my mentor, abang mirull yang belanja.. * gembira wajah dibelanja* It was an awesome night eva.. 3 jam karok sampai nak terkeluar anak tekak..macam2 cerita malam tu..ada yang perform uollssss, suara retisss sangat..tak masuk lagi yang tibahhh jahhh jadi diva malam tu..hahaha..tapi aku bahagia la dipuji malam tu..hahaha..terus aku flop masa kena puji tu..haishh, dah la tengah buat intro lagu Hurt masa tu..hahhaaha..riak aku malam tu..and not to forget, aku berjaya buat gimik kejutan nyanyi lagu rock okayyy..which is menjadi laaa *naik lif, tekan sendiri* gara-gara lagu tu la aku sakit tekak -.-

lepas karoks, pergi makan burger bakar pulak..walllaweyhhh, sedap gila okk.....hahaha..okay, thats it..bersambung ke hari kedua..

Monday 12 November 2012

Bencana-benCAna La uKm Ni -.-

hMMmmMmMm..MAcam-macam bencana kat UKM sekarang ni..macam bermusim je tragedi2 ni..hahaha..

1. KES JENAYAH

semakin banyak kes jenayah kali ni.. seperti cliche-nya ada kes pecah masuk bilik curi laptop, tab and so on..bukan tu ja, kat UKM ni dah dahsyat uolllsss..bayangkan, ada 3 orang budak yang tengah tunggu bas kena ugut n kena rompak..dalam UKM tu uollssss...bahaya gilaaa...haishhhhh..

2. BENCANA-BENCANA TIADA TERDUGA

hahaha..caption nak vogue ja..hmmm..maklumlaaah musim hujan kan..maka, banyakla tanah2 runtuh kat kawasan UKM ni..kat depan FSSK, FTSM dan Kolej Ibu Zain..sampai jalan kena tutup la..haishhhh..and tadi, laluan pejalan kaki yang berbumbung tepi DECTAR roboh uolllsssss!!!! sepanjang2 bumbung tu roboh..habis la kereta2 bawah tu..bencana-bencana..

KESIMPULANNYA..hati-hati la uollllssss...hahahah...bubye

*btw, movie ISTANBUL AKU DATANG tu best gila ok :p*

Sunday 11 November 2012

CuTi TanPA cUti :)

SeLAMAt beRcuti kepada siapa yang tengah bercuti :) dan selamat memulakan kelas buat sesiapa yang baru habis bercuti..

Kat UKM sekarang tengah cuti mid-sem , jadi UKM dah jadi semakin sunyi laa...apatah lagi Kolej Pendeta Za'ba yang dah jadi macam rumah hantu tu..seram aku nak duduk situ masa cuti macam ni.. So, menumpanglah aku kat kolej2 lain yang masih hidup dan penuh dengan hidupan macam KKM dan KTHO...

Sebenarnya, sepanjang cuti ni mid-sem ni aku x balik kedah pun :'(  hahahaha...ada 2 perincian kenapa dan mengapa aku x balik time cuti kali ni..

1. Perkampungan Debat UKM
hmmmm..perkampungan debat ni adalah program bawah Urussetia Pengucapan Umum (UPU)  untuk para pendebat UKM berkampung n training debat..3 hari je dari ahad sampai selasa..nanti aku buat entry khas fasal program ni. hehehe

2. Assignment yang menimbun dan bertambun

this time, i admit that it is my bad..hahaha..assignment tu dah dapat masa first week of class lagi -.- aku je yang buat2 tak tahu..hahahaha...hmmm, tibaaa jaaa subjek lain pun bagi assignmnet..makanya, cuti hari rabu, khamis, jumaat n sabtu ni aku kena selesaikan laa assignment2 ni..haishhhhhh

ThATS it From me..bubye uolllsssss..hahahaha

Wednesday 7 November 2012

And I WaS LikE...

ASSIGNMENT ,
 MEETING,
 TUTORIAL QUESTION,                                                      
                                                   

  NOTES , 


REVISION, 

 PROBLEM-BASED LEARNING,

 DEBAT CONSTI 

AND

SOOOOO ONNNNN

AND I WAS LIKE..OH MY GOD, APA NI..SIBUK GILA..MACAM-MACAM BENDA NAK KENA BUAT..HAISHHHHH..BUT, NAK BUAT MACAM MANA KAN..DAH NI JALAN YANG AKU PILIH, SO, KENA LA KEEP ON GOING NO MATTER WHAT KAN..HAISHHHH...

Saturday 20 October 2012

KonVOkEsyENN!!!!

YESTERDAY, i had my bm debate training with abang aqim as early as 10.00am.
.but that is not the point that i would like to talk on today :) hehehehehe..
nak cerita apa yang jadi lepas training tu..

Hmmm, sekarang ni UKM memang penuh la dengan kereta n orang since sekarang ni musim konvokesyen..so, lepas training semalam aku, abang izzat, abang aqim, ellie, kak farhana and abang faizal berjalan la ke DECTAR.. semata2 nak congratulate abang yusry yang selesai konvo pukul 5.. sampai ja kat dectar, orang ramai gila..dengan jubah kaler biru..jubah konvo FEP..hehehe..jumpa je dengan abang yusry..mula la sesi snap a pic n salam menyalam ucap tahniah..abang daniel, abang mimi  n abang adib pun join jugak masa ni..they were so closed macam adik beradik.. :') tengok situasi tu, aku dengan ellie rasa excited gila n rasa macam nak konvo sekarang jugak..tapi, there is a long way to go..another 4 years of hell..hahahaha..

Abang Yusry cerita, how they cried in DECTAR..epik gila ok..hahahaha..tak tahu nak cakap apa..semua orang macam happy gila..and esok akan ke dectar sekali lagi untuk konvo abang aqim pulak :)

*abang aqim n abang yusry ni alumni UPU :)

cOngratZ abaNg aQiM n AbanG yUSry!!!!!

Friday 19 October 2012

ExPect The UnEXpecTed

so, done with the contract test..

and it was like hell..

but, it is my bad.. i focus on things that i shouldnt focus on..
all four question of the test tu on the same topic, the topic that i didnt really take a look at..
hmmm.. memang membazir masa je la bertapa dekat PTSL sampai pukul 6 pagi..adoyaiiiii..
stresss gilaaa..tapi nak buat macam mana kan..benda dah jadi, cuma perlu expect the unexpected la lepas ni..jangan memandai nak spot soalan..haishhhh..
entah ada ke tidak markah aku untuk test tadi..crossing my finger for the best *tak best mana pun rasanya, markah mesti lahar saja* .. redha saja laa..sendiri yang buat silap kan..



MOraL oF tHe StOry: do expect the unexpected and do revise everything..jangan nak skip ikut tajuk kegemaran..

Thursday 18 October 2012

ItS a GooD nEws!!!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Alhamdullillah..

I received a good news this evening on my JPA application..
mula2 nervous jugak nak cek dapat ke tak..baru ja excited nak cek, baru aku sedar lupa password..maka, gigih la aku menunggu email dari JPA untuk dapatkan aku punya password,..disebabkan x larat nak menunngu, aku pun trial-and-error la..segala nama and number yang aku rasa macam aku pernah guna as password.. -.- memang aku menyumpah diri senditi la masa tu..

dan akhirnya..lepas gigih mencuba, baru la boleh log in web JPA tu..
Alhamdulillah, permohonan aku berjaya :) Cuak jugak, sebab roommate aku cakap banyak je yang pointer tinggi tapi xdapat JPA..tapi, mungkin rezeki aku kot kali ni..bersyukur gila ok..
Hmmm..so, thats it..aku nak p sambung study contract pulak..hehehhe..bubye uoollllssss

Assalamualaikummm :)

It'S A fReaKIng NervouS dAY!!!!

SO, kenapa aku nervous gila hari ni????

1. esok ada test kontrak..20% of my marks akan ditentukan esok..and i cant really remember all the cases..goshhhh..please bless with luck..hahahhaa..


2. Malam ni keputusan permohonan Biasiswa JPA akan diumumkan..goddd..that is my only hope tau..kalau tak, kena pakai ptptn la jawabnya -.-


KONKLUSINYA,  hari ni hati aku tak berapa nak tenang, perut pun rasa tak senang, nervous je memanjang..

..aiyuohhhhhhhhhhhhhh..
cuak gila ok.. thats it..bubye..

Wednesday 17 October 2012

PoNteNG la KEkdahnya..

I dont know to start this..as "Hai Uollss" already become too mainstream nowadays..hahaha..
SO, lets make it simple..HAI SEMUANYA!!
 hmm, sebenarnya malam ni aku ada latihan debat bm.
.tapi rasanya, bakal diponteng kot..

ALASAN???

1.Ada test contract this Friday which carries 20% of my marks for that course..

2. belum siapkan lagi tutorial kontrak untuk kelas esok.

3.aku x study lagi untuk lecture kontrak esok..

SO, do you guys aware what is the thing that i'm trying to point it up right now?? hehehe.. yup..

KONTRAK!!!!!
  
Kursus yang penuh dengan seksyen sana seksyen sini..kes berterabur merata tempat..nama kes yang pelik2 tak termasuk term latin lagi..goshhh.. plus,  aku pun dah ting tong nak translate term from bm to bi or bi to bm..maklumlah, lecture in bahasa tapi tutorial in english..memang semak la otak aku kan..hhahaa..tapiii kan, aku tak tahu kenapa, dari zaman asasi dulu, aku lagi suka kontrak dari MLS, Consti, Intro to Law semua tu..hmmm..memang aku tak tahu kenapa..tapi, tu dulu laaa...sekarang ni..goshhhhh..susahhh gila..tapi faham la compared to MLS and Consti yang aku pun tak tahu aku belajar apa..hahahah..sampai macam tu jadinya..mampu?? Tapi, aku still suka la kontrak ni..and lecturer dia pun best..hahahaha..cool je..hmmm, k laa..tu jaa hari ni..bubye uollssss..

KONKLUSI: aku suka kontrak dan aku tak pergi ladihan debat UPU malam ni :) heeeeeee




Tuesday 16 October 2012

Aku kEMBALI :)

HMMMM...dah lama x menulis and now i am back..there is a lot of thing that had happened all this while..hmm, nanti2 la aku ceritakan..last entry masih kat zaman asasi..sekarang aku tgah further degree kat UKM..ok, sampai disini dulu, nak study for my contract test..20% kot dari overall marks..so, see you soon :)

Sunday 4 March 2012

kisah kenyit-kenyit

KISAH KENYIT-KENYIT


NIAT ASAL CUMA NAK BERGURAU..LALU AKU PUN DI PROMOTE KAT SI DIA..SI DIA PUN KIRIM SALAM KAT AKU..HEBOH SEKEJAP KAT TWITTER BILA AKU TAHU ADA ORANG MINAT KAT AKU..*TERPERASAN AKU SEKEJAP* walaupun aku tak tahu pun sapa si dia tu..


Esoknya, aku pun tya la si ainaa ni, sapa je si dia tu????? hahaha..*sumpah excited bila tahu ada orang suka* BOLEH PULAK AINAA NAK BERAHSIA WAKTU TU..CUMA SATU JE KLU YG DIA BAGI..SI DIA AKAN KENYIT2 MATA KALAU JUMPA AKU.hehehehehe..sumpah aku akn ingat klu tu sampai bila2...setelah puas meneka, akhirnya tekaan pertama aku tepat *macam tepat je instinct aku* tapi yang sengalnyaaaaa...LEPAS TU AKU BARU TAHU DIAORANG MAIN2 JE :'(


AKU PUN RASA MACAM X PUAS HATI LA KAN..AKU PUN TERUS add FB DIA..aku tahu dia pun terkejut bila tahu aku add dia..KAN DAH KENA PSIKO..hahahaha..LEPAS tu aku pun start IM dia..first word would be 'holla'.....hehehehe..lepas tu bercerita la fasal diri masing2..tukar number n i called her for the first time at 1.31 a.m on 20/02/12..first time cakap suruh dia save my number..


okay..the next level, we move on to twitter after texting each other for a while..selalunya untuk ucapa selamat malam la.. my first message


"nyte..sweet dream..bubye n assalamualaikum"..


then we started to kenyit2 selamat malam..hahahaha..okay2, moved on to the twitter phase..actually x ingat apa my first tweet dedicated for her..susah nak scrolled down ke bawah..lama gila sudah..hahaha..tapi aku selalu meroyan kat twitter unmensi nama dia..hahahaha..sampai ada yg tertanya2 siapakah dia..kui3


but wait..lupa something..before aku tegur dia kat fb..dia pernah larikan diri dari aku kat fakulti..entah kenapa entah..hahahaha..padahal waktu tu aku baru je add fb dya..mestia rasa dah kantoi nak kenakan aku..hahaha..mesti dia RASA CUAK waktu tu kan..




SEKARANG NI..dah berskandal kat twitter..saling berbalas tweet walaupun x mention nama dia..hahahaha..kat twitter bukan main, bila jumpak taak tahu nak cakap apa2..malu n blushing aje..hahahaha...tadi tetiba dya tweet #NP sembunyi..aku pun tweet la lirik lagu tu..part yang paling aku suka part kat bawah ni..


 Percikan sinar matamu singgah di hati



Bergetar bibirku bisu sukar mengerti

Pantasnya diri ku tawan

Tak sempat berkelip aku kau punya


menusuk kut lirik lagu ni..hahahah..sekarang ni..waktu aku tengah tulis ni, dia dah on the way ke kuantan..dah nak sampai rasanya..kalau dia baca..aku tak tahu apa reaksi dia..oopppssss...tadi terlupa nak tweet 
"kenyit2 selamat malam kat dia.." tapi xpe bukan dia tidur pun atas bus tadi =.='..


PS: post ni tema warna biru n purple sebab ni faveret colour dia..


okayyy..rasanya sampai kat sini dulu kot CERITA KENYIT2 aku n dia..bubye..

Wednesday 29 February 2012

blushing.malu.segan.weirdo


tu la perasaan bila dinner dengan dya tadi..


Seriously, aku tak tahu yang dia pun akan join aku for the dinner. My frenz did not informed me that she joined our dinner too..


So, bila nampak dya mlangkah atas bas..terus tulang pipi aku kejang, rasa nak terkehel..
yang paling pelik n epik..tetiba aku jadi PEMALU..


amaran keras: ini sangat FREAK kerana aku bukan seorang yang pemalu..


hadoyai..esok, terpaksa bersedia dengan penganjingan yang maha dahsyat dalam kelas..


eh kejap!!!!!... baru perasan yang dia ada update blog dya fasal aku.. bangga sial kot!!!
kau ada???