Wednesday 21 November 2012

SuPer exCIted!!!!

malam ni pergi tengok midnight movie uollsss :p
nak tahu cerita apa??? hehehehe..

jeng jeng jeng...



i'm sure that it is going to be epic..goshhhh...seriously super hyper excited


thats it..bubye guysssssssss


LePas gERAM...

SESI LEPAS GERAM BERJAYA RASANYA..hahaha..
Entahlah, rasa better hari ni..buang masa je nak stress..
so, keep on living la..hahhaa..bukan mati pun..masalah akan tetap ada..cuma macam mana kita nak atasi, lari atau selesai maslah tu.. entah apa entah aku mengarut malam ni..thats it..k bye..

Tuesday 20 November 2012

QUOtES oF EmOtionS


Just because my eyes show no tears...Doesn't mean my heart isn't broken...


PrIoRiTY

list Of Priority
1.study
2.study
3.study
4.study

others dah jatuh tangga ketiadaan kepentingan..

KeCeWa dan TerKilan

KECEWA - dengan diri sendiri

TERKILAN- sebab xmampu nak perbaiki kelemahan diri


KESIMPULAN: ketidakstabilan emosi dan pemikiran..thats it..bubye..

Friday 16 November 2012

PerKamPunGAN dEbAT UKM part 3

HARI KETIGA

macam biasalaa, datang pagi sarapan n sembang2 semua dulu..baru la program start..so, hari tu, abang daniel n kak sonia bahagikan tugas untuk cari fakta-fakta tertentu yang relevan dengan debat..maka, dari pagi sampai petang masing2 mengadap laptop cari fakta n compilekan untuk hantar balik kat abang daniel..sepanjang mencari fakta tu banyak la yang mengelat bukak twitter segala bagai..hahahaha..best la, tak tension..sepanjang mencari fakta tu, aku macam biasa la, sempat bukak semua video siti kat youtube..hahaha..sambil2 dengar ada yang pasang lagu hindustan segala bagai..lebih kurang, hiburan selingan laa...

okay, tadi siang..macam biasa laa part malam sentiasa jadi lagi best..hahahaha

that night, awesome gila..malam barbeque la..alumni2 macam kak mina, abang yusry, abang bob, abang asri, abang haziq semua datang jugak..hehehe..makan2 la sampai perut kembung buncit semuanya..bayangkan nak telan kerang 4 kilo..tak termasuk ayam, hot dog lagi..tambah pulak dengan coleslaw, mashed potato, fruit salad, nasi impit, sandwich telur, aiskrim, lemonade n segalanya laaa..memang menggemukkan la semuanya..tapi memang ending yang epik la bagi aku..so, rangkuman keseluruhan Perkampungan Debat UKM memang gempak, epik, vogue dan best..yang tak join memang rugi la uolllsss..hahahaha..

ok, thats it..bubye..

Thursday 15 November 2012

PerKamPuNGaN dEbat UKM part 2

HARI KEDUA

Basically, second day is all about sparring. Ada 3 set sparring, 2 sidang. dan disebabkan cuti mid-sem dan sebagainya, cuma UPM yang hadir untuk sesi sparring tu. Okay, antara usul yang diperdebatkan sepanjang hari tu adalah:

1. COP12 : Petanda Kita Sudah Buntu
2. Dewan Ini Percaya Penawaran Subjek Pendidikan Gender Perlu Diwajibkan di Setiap Universiti (BP style)
3. Dewan Ini Percaya Pendidikan Merapatkan Jurang Gender.

Secara keseluruhannya, sparring hari tu best laa..Banyak jugak belajar benda baru. Sebelum ni, x tahu pun apa tu COP12 n bla3..hahaha..


MALAMNYA PULAKKKKK..

kami semua keluar pergi barang untuk barbeque for the next day. Tapi x semua la ikut..Cuma ada aku, ellie, abang daniel, naim, nami, sam dengan bob..Beli barang kat Econsave sajorh..beli la segala ayam, kerang, sayur, buah, bahan perapan, pinggan , cawan n segala benda la..

part yang paling best, mestila kat rumah kat Mina..tempat buat preparation..Malam tu semua tunjuk skil mencuci ayam, mencuci kerang, memotong sayur, mengupas telur, memotong bawang, lengkuas n halia n bla3. Malam tu, kitaorang siapkan coleslaw dengan kentang putar siap2. Yang selebihnya, esok kak mina n the gurls akan uruskan..hehehe..balik kolej lewat gila kot malam tu *penat tahap tak ingat la* hahaha

Okay, thats it from me..part 3 nanti a,u ceritakan ending pulak k..

PeRkAmpUngan DeBat UKM 2012

HARI PERTAMA

Hari pertama bermula seawal jam 8.30am. Tapi the real story starts at 10.00am i guess.. maklumlah, makan2 dulu, sembang2, gosip2. Mula-mula semua junior dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab ada dua kelas yang akan berlangsung serentak.. Kelas pertama aku masuk adalah kelas konsep ekonomi dengan kak mina. Maklumla, kalau usul tema ekonomi susah sikit kita nak buat konsep, since bukan semua orang faham term-term ekonomi. So, pagi tu, banyakla konsep2 ekonomi yang kak mina ajar..segala KDNK, GDP, GNI semua tu.

Lepas tengah hari, aku masuk pulak kelas kedua dengan abang bob. Dengan abang bob kitaorang belajar la teknik2 tertentu yang x boleh diceritakan *private and confidentials gittew uollsss* hahaha..tapi best gila kelas abang bob. Mula-mula cuak gila kot..bila dah lama-lama tu baru rasa ok sikit.

Dah habis semua kelas, petang tu senior cakap nak buat sparring. Tiba jaaa aku kena naik team..aku jadi kerajaan dengan naim dan sam..Kena lawan dengan Azman, ellie dan nami..hahaha..yAng ni sumpah lawak..aku salah bukak konsep uollsss..usul peribahasa aku buat macam usul perlambangan..hahaha..mati laaaaa..malu gilaaa kot..rasa nak terjun ja longkang tepi upu yang seluas alam tu..hahaha.. tak tahu mana nak letak muka..dusssshhhhhhh *tertumbuk muka*

that should be the end of day one tapi................................

malam tu weollsss keluar karaoke and my mentor, abang mirull yang belanja.. * gembira wajah dibelanja* It was an awesome night eva.. 3 jam karok sampai nak terkeluar anak tekak..macam2 cerita malam tu..ada yang perform uollssss, suara retisss sangat..tak masuk lagi yang tibahhh jahhh jadi diva malam tu..hahaha..tapi aku bahagia la dipuji malam tu..hahaha..terus aku flop masa kena puji tu..haishh, dah la tengah buat intro lagu Hurt masa tu..hahhaaha..riak aku malam tu..and not to forget, aku berjaya buat gimik kejutan nyanyi lagu rock okayyy..which is menjadi laaa *naik lif, tekan sendiri* gara-gara lagu tu la aku sakit tekak -.-

lepas karoks, pergi makan burger bakar pulak..walllaweyhhh, sedap gila okk.....hahaha..okay, thats it..bersambung ke hari kedua..

Monday 12 November 2012

Bencana-benCAna La uKm Ni -.-

hMMmmMmMm..MAcam-macam bencana kat UKM sekarang ni..macam bermusim je tragedi2 ni..hahaha..

1. KES JENAYAH

semakin banyak kes jenayah kali ni.. seperti cliche-nya ada kes pecah masuk bilik curi laptop, tab and so on..bukan tu ja, kat UKM ni dah dahsyat uolllsss..bayangkan, ada 3 orang budak yang tengah tunggu bas kena ugut n kena rompak..dalam UKM tu uollssss...bahaya gilaaa...haishhhhh..

2. BENCANA-BENCANA TIADA TERDUGA

hahaha..caption nak vogue ja..hmmm..maklumlaaah musim hujan kan..maka, banyakla tanah2 runtuh kat kawasan UKM ni..kat depan FSSK, FTSM dan Kolej Ibu Zain..sampai jalan kena tutup la..haishhhh..and tadi, laluan pejalan kaki yang berbumbung tepi DECTAR roboh uolllsssss!!!! sepanjang2 bumbung tu roboh..habis la kereta2 bawah tu..bencana-bencana..

KESIMPULANNYA..hati-hati la uollllssss...hahahah...bubye

*btw, movie ISTANBUL AKU DATANG tu best gila ok :p*

Sunday 11 November 2012

CuTi TanPA cUti :)

SeLAMAt beRcuti kepada siapa yang tengah bercuti :) dan selamat memulakan kelas buat sesiapa yang baru habis bercuti..

Kat UKM sekarang tengah cuti mid-sem , jadi UKM dah jadi semakin sunyi laa...apatah lagi Kolej Pendeta Za'ba yang dah jadi macam rumah hantu tu..seram aku nak duduk situ masa cuti macam ni.. So, menumpanglah aku kat kolej2 lain yang masih hidup dan penuh dengan hidupan macam KKM dan KTHO...

Sebenarnya, sepanjang cuti ni mid-sem ni aku x balik kedah pun :'(  hahahaha...ada 2 perincian kenapa dan mengapa aku x balik time cuti kali ni..

1. Perkampungan Debat UKM
hmmmm..perkampungan debat ni adalah program bawah Urussetia Pengucapan Umum (UPU)  untuk para pendebat UKM berkampung n training debat..3 hari je dari ahad sampai selasa..nanti aku buat entry khas fasal program ni. hehehe

2. Assignment yang menimbun dan bertambun

this time, i admit that it is my bad..hahaha..assignment tu dah dapat masa first week of class lagi -.- aku je yang buat2 tak tahu..hahahaha...hmmm, tibaaa jaaa subjek lain pun bagi assignmnet..makanya, cuti hari rabu, khamis, jumaat n sabtu ni aku kena selesaikan laa assignment2 ni..haishhhhhh

ThATS it From me..bubye uolllsssss..hahahaha

Wednesday 7 November 2012

And I WaS LikE...

ASSIGNMENT ,
 MEETING,
 TUTORIAL QUESTION,                                                      
                                                   

  NOTES , 


REVISION, 

 PROBLEM-BASED LEARNING,

 DEBAT CONSTI 

AND

SOOOOO ONNNNN

AND I WAS LIKE..OH MY GOD, APA NI..SIBUK GILA..MACAM-MACAM BENDA NAK KENA BUAT..HAISHHHHH..BUT, NAK BUAT MACAM MANA KAN..DAH NI JALAN YANG AKU PILIH, SO, KENA LA KEEP ON GOING NO MATTER WHAT KAN..HAISHHHH...