Sunday 30 December 2012

SIRNA ITU ADA

"duka dalam tawa, tangis dalam suka"
itulah cliche bagi insan bernama manusia
kau aku dia mereka dan semua
semuanya sama sahaja
ada rahsia yangdibiar terpendam
jauh dan kelam
biar hilang dalam kusam malam

wujudku bererti ketiadaaanku
kehilanganku bagai kehadiranku
ada tiada sirna sentiasa
wujud dan ada tiada terasa

aku
hanya aku yang fahaminya
kerana dibalik kisah ini
aku pencoretnya

*hanya yang faham akan memahami*