Saturday 23 March 2013

CintA sI hiJAbista Part 1


“Haish bosannya!,” rungutku yang keseorangan di dalam bilik. Qairil, teman sebilikku entah hilang ke mana. Biasalah, malam minggu seperti ini, tak ramai yang akan berada di dalam bilik. Sama seperti aku, biasanya pada waktu begini, aku akan menghabiskan masa bermain futsal atau paling tidakpun, berada di mapley untuk menonton mana-mana perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan sekolej ataupun sekuliah. Mala mini, aku terperangkap dalam bilik atas alas an ingin menyiapkan tugasan yang perlu diserahkan kepada pensyarah esok. Tepat jam 11 malam, tugasan itu selesai aku sempurnakan. Hendak keluar, aku pula berasa malas. Mata pula terlalu segar untuk aku masuk tidur. Akhirnya, aku mengambil keputusa untuk melayari laman sosial yang aku miliki, Facebook dan Twitter sambil meneliti peti masuk e-mel milikku. Bosan. Susur masa di laman sosial pun bergerak dengan perlahan. Tak ada yang menarik untuk dibualkan disana.


Satu demi satu laman sesawang aku telusuri, sampailah ke laman Youtube. “Hmmm, dah trending dah video mak cik listen UUM ni. Parody pun dah banyak,” ya, aku bergumam seorang diri sambil menonton video-video yang ada. Dari video Maharaja Lawak sehinggalah ke Idola Kecil, dari video Adira sampailah ke video T-ara.  Dek bosan yang terlampau, aku mula mengklik video secara rambang, mengikut cadangan yang ada dilaman Youtube tersebut. Salah satu video tersebut aku klik dan membiarkan ia buffer terlebih dahulu.

“Hai guys, okay, this is my third video here and I wanna show you guys how to style up a turban. Yes, a turban yang macam Yuna selalu pakai tu.” Turban? Apa bendanya tu? Hmm, ada juga benda-benda yang pelik sebegini di Youtube fikirku. Aku terus menonton video tersebut yang tajuknya begini, “Tutorial Turban by Aisya.”

“Okay, apa yang kita perlukan adalah dua helai selendang berlainan warna, tudung inner, jarum peniti dan kerongsang untuk mengemaskan gaya turban kita nanti……..”

Selesai menonton video tersebut, baru aku tahu apa itu turban. Gaya tudung yang seperti serban tetapi menggunakan selendang yang berlainan warna dan cara lilitan atau balutan yang berbeza. Menarik, persis seorang artis yang ingin membuat persembahan pentas. Ramlah Ram terbit di minda. Tersenyum aku keseorangan. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya adik perempuanku memakai turban tersebut. Mesti macam bawang sebab wajahnya yang bulat dan tembam tersebut. Satu persatu video yang dimuatnaik oleh gadis bernama Aisya itu aku tonton. Ada gaya tudung darinya yang tidak masuk akal bagiku, terbelit di bahagian sini dan terkeluar di bahagian sini. Agaknya, dari manalah datangnya idea untuk gadis tersebut untuk menggayakan tudung yang sebegitu rupa yang mana bagiku langsung tidak praktikal untuk digayakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya semua gadis menggayakan tudung seperti itu, aku pasti makin banyaklah yang terlewat datang ke kelas. Alasannya mungkin tudung tersalah belit ataupun terlupa cara belitan sehingga terpaksa menonton semula tutorial yang ada dilaman Youtube. Itu kemungkinan yang aku fikirkan yang membuatkan aku ketawa sendirian, mujurlah Qairil tidak berada didalam bilik pada ketika itu. Jika tidak, pasti dia meragui kejantananku. Itu sudah tentu, sejak bila golongan sepertiku menonton tutorial sebegitu. Yang langsung tidak ada sebarang perkaitan dengan dunia seorang lelaki. Sebelum masuk tidur, aku terlebih dahulu meng’subscribe’ channel milik Aisya tersebut.



“Wah, budak fakulti mana tu weyh? Tudung berlapis-lapis macam kek pelangi je aku tengok.”

“ Mana la aku tahu, aku kenal pulak semua perempuan dekat UKM ni?”

“Alah, macam aku tak kenal kau tu. Sebelum kenal si Eleena tu, perempuan mana yang kau tak pernah try? Cuba kau cerita dekat aku? Mujurlah Eleena tu ada, kalau tak, tak terlucutlah gelaran buaya zaman prasejarah kau tu.”

“Eh, apa pulak Eleena. Memang niat akulah, nak berubah kearah yang lebih baik, ke jalan yang lurus.Jalan yang diredhai tuhan Hahahaha.”

“Sudahlah kau, ayat kau tu dah macam gay kembali bertaubat di pangkal jalan tahu? Hahaha. “

“Kau cakap benda tu tak boleh perlahan sikit ke? Ada yang salah faham nanti susah. Maklumlah. Orang hensem macam aku ni selalu terima ujian tuhan. Playboylah, Gayboylah. Haishh.”

“Macam-macamlah kau ni. Dah la. Aku blah dulu. Nak pergi ATM kejap.”

“Untunglahh budak JPA kan. Okaylah, bye!”

“bye.”

Shazmi beredar, dan aku pun bergerak ke ATM di aras tiga bangunan tersebut. Ramainya orang, panjang pulak barisan kali ni. Sambil menunggu giliranku, aku terlihat belakang gadis yang memakai tudung gaya kek pelangi itu. Selang 4 orang dari tempatku berdiri. Aku menilik gaya tudungnya. Satu, dua , tiga dan empat. Hitam, silver, ungu dan pink. Empat kali belitan, semuanya berbeza warna. Meriah sekali kepalanya. Kalau hilang dalam pusat beli belah ni, mesti senang jumpa. Cuma perlu melihat kepalanya sahaja untuk mencarinya.

Selesai gadis tersebut mengeluarkan wangnya, sewaktu dia ingin berlalu pergi barulah aku dapat melihat wajahnya. Familiar. Wajahnya seperti pernah aku lihat dan kenali sebelum ini. Tudungnya. Wajahnya. Aisya, ya, gadis inilah yang melakukan tutorial gaya bertudung yang aku tonton sebelum ini. Aku yakin, inilah gadisnya. Patutlah tudungnya sebegitu rupa. Aku tidak pernah menyangka bahawa dia juga pelajar UKM. Aku membatalkan niat untuk nebgeluarkan wang dan bergerak pantas menyaingi langkah gadis tersebut untuk menegurnya.

“Awak Aisya?”

“Err..huh? aaa.. Ya, saya. ”

“Saya Aiman. Aiman Qayyum.”

“Oh, mmm..saya kenal awak ke? Sorry la, masa sekolah dulu saya selalu pergi kem semua tu. Banyak sangat, kadang-kadang tak berapa nak ingat. Awak ni yang masa kem dekat Pahang tu ek?”

“Ehh, taklah. Awak tak kenal saya pun. Awak Aisya yang buat tutorial tudung tu kan? Saya kena awak through that video la.”

“Ohhh, patutlah. Rasa bersalah saya tadi, ingatkan saya pernah kenal awak. Rupanya, video tutorial tu.”
“Yup, video tutorial tu la.”

“But wait, awak tengok video saya? Video tutorial tudung. Like seriously? Awak lelaki kan? Kenapa awak tengok video tu?!”

“Errr, eh tak..Eh ya.. Betullah saya lelaki..err..mmmm..saya.. “

“Mana ada lelaki tengok tutorial tudung dekat Youtube! Awak ni..emmm..awakk..”

“Stop it, I know what you are thinking right now.Absolutely, a big no. Saya tengok sebab nak tunjuk kat my mum la.”

“Your mum pakai tudung macam tu? You must be joking kan? Hahaha.”

“No, I’m not.”

“Apa-apa je lah. I go to go. Nice to meet you. Bye”

“Bye..Ehhh.. Awak fakulti mana?”

“I am your junior laa..ok bye.”

“Junior of mine? Seriously, never saw her before.”





Tahun kedua di UKM, tidak banyak yang berubah. Seperti biasa, aku bakal sibuk dengan kuliah, tutorial, tugasan dan mesyuarat yang bagaikan tiada henti. Mesyuarat kolejlah, mesyuarat persatuanlah, mesyuarat untuk AJK itulah, inilah. Semuanya nak bermesyuarat. Cuma, semester ini aku terpaksa mengulang semula salah satu kursus yang telah aku ambil semasa semester 1 semasa aku masih berada dalam tahun 1.     Maknanya, aku terpaksa menebalkan muka menghadiri kuliah bersama junior tahun satu. Inilah akibatnya apabila aku tidak fokus dan terlalu mengambil mudah semasa semester satu yang lalu.

Hari selasa, dan aku terpaksa menghadiri dua kuliah dan satu kelas tutorial. Bermula seawal 8.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Hari yang panjang dan melelahkan. Maknanya, aku perlu berkejar-kejar dari satu kelas ke kelas yang lain.

Kuliah Undang-undang Perlembagaan dan Pentadbiran adalah kuliah terakhir bagiku pada hari ini dan aku tiba sedikit lewat kerana kelas tutorialku lambat berakhir. Masuk sahaja ke Dewan Kuliah, semua tempat duduk telah penuh. Ramainya pelajar tahun satu untuk tahun ini.  Mujurlah aku terlihat satu tempat kosong di sebelah kanan Dewan Kuliah, aku terus mendekati dan duduk di situ memandangkan kuliah sudahpun bermula ketika itu.

“Heyy, abang Aiman.”

Terdetik, siapa pula yang memanggil namaku. Setahu aku, hanya aku seorang sahaja pelajar tahun dua yang mengulangi kursus ini pada tahun ini dan agak tidak mungkin jika ada pelajar tahun satu yang sudah mengenaliku. Lalu aku menoleh ke bahagian kananku.

“Ehh, Aisya. Awak budak law jugak?”

“Yup, kan semalam Aisya dah bagitahu abang yang Aisya ni junior abang. Remember?”

“Ohh, okay. Baru teringat..haha..”

“Kejap, abang repeat Consti ke?”

“Hehehe. Kalau tidak abang tak masuklah kelas ni.”

“Failed ke?”

“AWAK KALAU NAK BERSEMBANG, SILA KELUAR DARI KELAS SAYA.SAYA OKAY JE KALAU ORANG TIDUR DALAM KELAS SAYA, BUT PLEASE JANGAN GANGGU YANG LAIN DENGAN BERCAKAP-CAKAP!”

Aku terus menoleh ke hadapan. Asyik bersembang dengan junior sampai ditegur oleh pensyarah dihadapan. Aku sekadar tersengih dan terus mendengar bebelan pensyarah yang berada di hadapan. Aisya aku lihat gigih menyalin apa yang dibebelkan oleh pensyarah dihadapan, berwarna-warni pen yang digunakan. Sama sahaja dengan tudung yang dipakainya hari ini. Meriah.

***bersambung***



Tuesday 5 March 2013

To Forgive And Let It Go :')

Bismillahirrahmanirrahim..

tidak mudah untuk aku kumpulkan kekuatan untuk melakukan perkara ini. Memaafkan bukanlah satu perkara yang mudah.. Namun, selagi aku tidak mencuba..selagi itulah aku akan terus dibayangi rasa lampau yang ingin aku lepaskan..

Kini aku sedar, bukan dendam atau benci yang aku inginkan. Bukannya pembalasan yang harus aku kejarkan. Mungkin sebelum ini aku terlalu mengikut kata hati, mengiakan segala tutur perasaan. Namun, sampai bila aku ingin terus membenci dan berdendam?? Aku inginkan pengakhiran.. Apa gunanya aku lakukan pembalasan, membenci, mengeji jika aku sendiri tahu, deep down inside, i'm not happy doing it. Kebencian yang cuba aku cipta, kini menyakiti diriku sendiri. Ego, aku menang. Namun, sebenarnya aku kecundang..


"To err is human; to forgive, divine."


Sebelum aku ambil keputusan ini..aku cukup keliru. aku bingung. serabut. One part of me say "yes, you should forgive him, that is the only for you to let it go." But, the other part of me say, "Nope, you gonna loose your pride, your everything if you do it. Kau akan kalah dengan dia." Ego, itu yang buatkan aku terus bertahan. Tapi aku sedar, memaafkan bukanlah bererti aku kalah. Bukan bererti aku merendahkan maruah. Aku perlu lakukannya agar aku memenangi ketenangan hidup aku kembali. Selagi aku berdendam, selagi itulah aku akan sakit, selagi itulah aku akan memberontak. Bukan itu yang aku inginkan. Kebencian dan rasa bahagia tidak pernah datang seiring.

Aku perlu sedar, tiada apa yang sempurna dalam kehidupan ini. Aku sendiri tidak dapat mengelak dari melakukan kekhilafan. Begitu juga dia, tidak terkecuali. Imperfect, that is what we are. Itu yang perlu kita sama-sama persetujui.

"Tuhan temukan kita dengan orang yang salah, agar kita belajar sesuatu daripada kesilapan itu. "


Takdir tuhan itu cukup indah. Walaupun adakalanya kita terluka, namun luka itulah yang menjadikan kita lebih kuat. Menjadikan kita lebih tabah agar tidak lagi mudah rebah dan goyah. Hidupku sebelum ini cukup mudah, aku sentiasa berjaya mendapatkan apa yang aku inginkan. Nasib aku cukup baik, segala percaturan yang aku lakukan, terlaksana dan berjaya. Tapi aku lupa, Dia yang memberikan aku segalanya. Mungkin inilah peringatan darinya. Dalam hidup ini, tidak semestinya kita akan dapat apa yang kita inginkan. My best friend told me, "Wrong things will never go rights." That is the thing that i dont realised before this.

“Pain will leave you, when you forgive and let go” 



Ya. aku menjilat kembali ludahku. Ego aku telah aku ketepikan. Namun, aku lakukan semua ini, bukan kerana kau mahupun mereka. Tapi, aku lakukannya demi aku. Aku ikhlaskan diri untuk lepaskan segalanya, aku ingin kembalikan kegembiraanku yang lalu. Mungkin, segalanya telah berubah, tapi setidak-tidaknya aku akan tenang dan aman..Tanpa perlu memikirkan segala dendam dan kebencian. Kau peduli atau tidak, itu tidak lagi penting buat aku. Aku hanya inginkan kehidupanku kembali.

"When you forgive, you in no way change the past - but you sure do change the future."

Apa yang telah terjadi akan kekal sebagai apa yang telah terjadi. Aku telah terluka, aku telah tersiksa, aku telah rasakan segalanya. Aku tidak mampu mengubah apa-apa. Namun, masa depan itu masih ada untuk aku. Sekiranya aku biarkan hati ini terus berdendam dan membenci, mungkin aku akan hilang segalanya yang aku miliki. Biarlah penderitaan ini berlalu. Biarkan ia pergi. Aku tidak mahu ia terus menghantui aku. Biar luka itu berparut, namun aku tidak ingin ia berdarah kembali.



To you, if you read this, please be informed that its over..the forgiveness

 is now yours..And now, I will let it go..in peace.. Forgive me for my 

wrongdoings..it ends here, all the war against you..and i surrender..



“The truth is, unless you let go, unless you forgive yourself, 

unless you forgive the situation, unless you realize that the 

situation is over, you cannot move forward.” 




-The End Of Everything-



Friday 1 March 2013

Should I do This??

DENDAM.. satu perkara yang bagiku cukup hitam, pekat, gelap dan jahat. Namun, sebagai manusia aku tidak mampu lari darinya..

Aku bukanlah orang yang mudah berdendam.. Jika dulu, aku mudah memaafkan segala kesilapan, aku mudah menerima segala kesalahan yang dilakukan terhadapku.. Aku pendamkan terkilannya perasaan..Namun, segalanya berubah. Hati, bila lukanya terlampau parah, akhirnya wujudlah dendam dan amarah..

NEKAD..ya, aku nekad apabila aku ambil keputusan untuk berdendam dan membuat pembalasan.. aku yakin aku mampu menjayakannya.

 "sekali kau buat aku macam tu, aku akan kenakan kau lagi teruk dari tu"

tapi kini aku ragu.. adakah kerana adanya kesalahan, aku hukum dia ..Aku nafikan segala kebaikan yang pernah dia hulurkan.. Malah, dia juga antara yang membantu aku membuat keputusan terpenting dalam hidup aku.Kalau bukan sebab dia Mungkin, aku bukan lagi pelajar undang-undang pada waktu dan ketika ini...

"Salam...ko tawu x bpe ramai yg nk kn Law tp xdpt ? you just dont want to put effort ...dont you ? even ada yg sanggup tnggu satu sem as long as dpt bwt law...tp ko?? nk quit without even fighting ? that's why you are useless...sorry to say ....just geram tgk ko...lpas ni kalau tak nak ckp ngn aku, nk isytihar perang pn takpa la...tp pikir la...bru minggu ke dua dh nk give up...ko nk tawu apa yg bwt ko rasa ko useless ?? sb ko tak nk cuba pn ! ....semoga ko bwt keputusan yg terbaek utk diri kau.....jgn nanti menyesal di kemudian hari...But I can assure you something. You're going to become a great lawyer....Salam... "

Kerana dialah aku masih disini.. kerana dia aku teruskan perjalanan ini..dan kerana dia juga aku hampir menamatkan segalanya.. Sumpah, aku keliru.. Should i do this??? or just let it go..in peace?? or it should be a war??