Saturday 23 March 2013

CintA sI hiJAbista Part 1


“Haish bosannya!,” rungutku yang keseorangan di dalam bilik. Qairil, teman sebilikku entah hilang ke mana. Biasalah, malam minggu seperti ini, tak ramai yang akan berada di dalam bilik. Sama seperti aku, biasanya pada waktu begini, aku akan menghabiskan masa bermain futsal atau paling tidakpun, berada di mapley untuk menonton mana-mana perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan sekolej ataupun sekuliah. Mala mini, aku terperangkap dalam bilik atas alas an ingin menyiapkan tugasan yang perlu diserahkan kepada pensyarah esok. Tepat jam 11 malam, tugasan itu selesai aku sempurnakan. Hendak keluar, aku pula berasa malas. Mata pula terlalu segar untuk aku masuk tidur. Akhirnya, aku mengambil keputusa untuk melayari laman sosial yang aku miliki, Facebook dan Twitter sambil meneliti peti masuk e-mel milikku. Bosan. Susur masa di laman sosial pun bergerak dengan perlahan. Tak ada yang menarik untuk dibualkan disana.


Satu demi satu laman sesawang aku telusuri, sampailah ke laman Youtube. “Hmmm, dah trending dah video mak cik listen UUM ni. Parody pun dah banyak,” ya, aku bergumam seorang diri sambil menonton video-video yang ada. Dari video Maharaja Lawak sehinggalah ke Idola Kecil, dari video Adira sampailah ke video T-ara.  Dek bosan yang terlampau, aku mula mengklik video secara rambang, mengikut cadangan yang ada dilaman Youtube tersebut. Salah satu video tersebut aku klik dan membiarkan ia buffer terlebih dahulu.

“Hai guys, okay, this is my third video here and I wanna show you guys how to style up a turban. Yes, a turban yang macam Yuna selalu pakai tu.” Turban? Apa bendanya tu? Hmm, ada juga benda-benda yang pelik sebegini di Youtube fikirku. Aku terus menonton video tersebut yang tajuknya begini, “Tutorial Turban by Aisya.”

“Okay, apa yang kita perlukan adalah dua helai selendang berlainan warna, tudung inner, jarum peniti dan kerongsang untuk mengemaskan gaya turban kita nanti……..”

Selesai menonton video tersebut, baru aku tahu apa itu turban. Gaya tudung yang seperti serban tetapi menggunakan selendang yang berlainan warna dan cara lilitan atau balutan yang berbeza. Menarik, persis seorang artis yang ingin membuat persembahan pentas. Ramlah Ram terbit di minda. Tersenyum aku keseorangan. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya adik perempuanku memakai turban tersebut. Mesti macam bawang sebab wajahnya yang bulat dan tembam tersebut. Satu persatu video yang dimuatnaik oleh gadis bernama Aisya itu aku tonton. Ada gaya tudung darinya yang tidak masuk akal bagiku, terbelit di bahagian sini dan terkeluar di bahagian sini. Agaknya, dari manalah datangnya idea untuk gadis tersebut untuk menggayakan tudung yang sebegitu rupa yang mana bagiku langsung tidak praktikal untuk digayakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya semua gadis menggayakan tudung seperti itu, aku pasti makin banyaklah yang terlewat datang ke kelas. Alasannya mungkin tudung tersalah belit ataupun terlupa cara belitan sehingga terpaksa menonton semula tutorial yang ada dilaman Youtube. Itu kemungkinan yang aku fikirkan yang membuatkan aku ketawa sendirian, mujurlah Qairil tidak berada didalam bilik pada ketika itu. Jika tidak, pasti dia meragui kejantananku. Itu sudah tentu, sejak bila golongan sepertiku menonton tutorial sebegitu. Yang langsung tidak ada sebarang perkaitan dengan dunia seorang lelaki. Sebelum masuk tidur, aku terlebih dahulu meng’subscribe’ channel milik Aisya tersebut.



“Wah, budak fakulti mana tu weyh? Tudung berlapis-lapis macam kek pelangi je aku tengok.”

“ Mana la aku tahu, aku kenal pulak semua perempuan dekat UKM ni?”

“Alah, macam aku tak kenal kau tu. Sebelum kenal si Eleena tu, perempuan mana yang kau tak pernah try? Cuba kau cerita dekat aku? Mujurlah Eleena tu ada, kalau tak, tak terlucutlah gelaran buaya zaman prasejarah kau tu.”

“Eh, apa pulak Eleena. Memang niat akulah, nak berubah kearah yang lebih baik, ke jalan yang lurus.Jalan yang diredhai tuhan Hahahaha.”

“Sudahlah kau, ayat kau tu dah macam gay kembali bertaubat di pangkal jalan tahu? Hahaha. “

“Kau cakap benda tu tak boleh perlahan sikit ke? Ada yang salah faham nanti susah. Maklumlah. Orang hensem macam aku ni selalu terima ujian tuhan. Playboylah, Gayboylah. Haishh.”

“Macam-macamlah kau ni. Dah la. Aku blah dulu. Nak pergi ATM kejap.”

“Untunglahh budak JPA kan. Okaylah, bye!”

“bye.”

Shazmi beredar, dan aku pun bergerak ke ATM di aras tiga bangunan tersebut. Ramainya orang, panjang pulak barisan kali ni. Sambil menunggu giliranku, aku terlihat belakang gadis yang memakai tudung gaya kek pelangi itu. Selang 4 orang dari tempatku berdiri. Aku menilik gaya tudungnya. Satu, dua , tiga dan empat. Hitam, silver, ungu dan pink. Empat kali belitan, semuanya berbeza warna. Meriah sekali kepalanya. Kalau hilang dalam pusat beli belah ni, mesti senang jumpa. Cuma perlu melihat kepalanya sahaja untuk mencarinya.

Selesai gadis tersebut mengeluarkan wangnya, sewaktu dia ingin berlalu pergi barulah aku dapat melihat wajahnya. Familiar. Wajahnya seperti pernah aku lihat dan kenali sebelum ini. Tudungnya. Wajahnya. Aisya, ya, gadis inilah yang melakukan tutorial gaya bertudung yang aku tonton sebelum ini. Aku yakin, inilah gadisnya. Patutlah tudungnya sebegitu rupa. Aku tidak pernah menyangka bahawa dia juga pelajar UKM. Aku membatalkan niat untuk nebgeluarkan wang dan bergerak pantas menyaingi langkah gadis tersebut untuk menegurnya.

“Awak Aisya?”

“Err..huh? aaa.. Ya, saya. ”

“Saya Aiman. Aiman Qayyum.”

“Oh, mmm..saya kenal awak ke? Sorry la, masa sekolah dulu saya selalu pergi kem semua tu. Banyak sangat, kadang-kadang tak berapa nak ingat. Awak ni yang masa kem dekat Pahang tu ek?”

“Ehh, taklah. Awak tak kenal saya pun. Awak Aisya yang buat tutorial tudung tu kan? Saya kena awak through that video la.”

“Ohhh, patutlah. Rasa bersalah saya tadi, ingatkan saya pernah kenal awak. Rupanya, video tutorial tu.”
“Yup, video tutorial tu la.”

“But wait, awak tengok video saya? Video tutorial tudung. Like seriously? Awak lelaki kan? Kenapa awak tengok video tu?!”

“Errr, eh tak..Eh ya.. Betullah saya lelaki..err..mmmm..saya.. “

“Mana ada lelaki tengok tutorial tudung dekat Youtube! Awak ni..emmm..awakk..”

“Stop it, I know what you are thinking right now.Absolutely, a big no. Saya tengok sebab nak tunjuk kat my mum la.”

“Your mum pakai tudung macam tu? You must be joking kan? Hahaha.”

“No, I’m not.”

“Apa-apa je lah. I go to go. Nice to meet you. Bye”

“Bye..Ehhh.. Awak fakulti mana?”

“I am your junior laa..ok bye.”

“Junior of mine? Seriously, never saw her before.”





Tahun kedua di UKM, tidak banyak yang berubah. Seperti biasa, aku bakal sibuk dengan kuliah, tutorial, tugasan dan mesyuarat yang bagaikan tiada henti. Mesyuarat kolejlah, mesyuarat persatuanlah, mesyuarat untuk AJK itulah, inilah. Semuanya nak bermesyuarat. Cuma, semester ini aku terpaksa mengulang semula salah satu kursus yang telah aku ambil semasa semester 1 semasa aku masih berada dalam tahun 1.     Maknanya, aku terpaksa menebalkan muka menghadiri kuliah bersama junior tahun satu. Inilah akibatnya apabila aku tidak fokus dan terlalu mengambil mudah semasa semester satu yang lalu.

Hari selasa, dan aku terpaksa menghadiri dua kuliah dan satu kelas tutorial. Bermula seawal 8.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Hari yang panjang dan melelahkan. Maknanya, aku perlu berkejar-kejar dari satu kelas ke kelas yang lain.

Kuliah Undang-undang Perlembagaan dan Pentadbiran adalah kuliah terakhir bagiku pada hari ini dan aku tiba sedikit lewat kerana kelas tutorialku lambat berakhir. Masuk sahaja ke Dewan Kuliah, semua tempat duduk telah penuh. Ramainya pelajar tahun satu untuk tahun ini.  Mujurlah aku terlihat satu tempat kosong di sebelah kanan Dewan Kuliah, aku terus mendekati dan duduk di situ memandangkan kuliah sudahpun bermula ketika itu.

“Heyy, abang Aiman.”

Terdetik, siapa pula yang memanggil namaku. Setahu aku, hanya aku seorang sahaja pelajar tahun dua yang mengulangi kursus ini pada tahun ini dan agak tidak mungkin jika ada pelajar tahun satu yang sudah mengenaliku. Lalu aku menoleh ke bahagian kananku.

“Ehh, Aisya. Awak budak law jugak?”

“Yup, kan semalam Aisya dah bagitahu abang yang Aisya ni junior abang. Remember?”

“Ohh, okay. Baru teringat..haha..”

“Kejap, abang repeat Consti ke?”

“Hehehe. Kalau tidak abang tak masuklah kelas ni.”

“Failed ke?”

“AWAK KALAU NAK BERSEMBANG, SILA KELUAR DARI KELAS SAYA.SAYA OKAY JE KALAU ORANG TIDUR DALAM KELAS SAYA, BUT PLEASE JANGAN GANGGU YANG LAIN DENGAN BERCAKAP-CAKAP!”

Aku terus menoleh ke hadapan. Asyik bersembang dengan junior sampai ditegur oleh pensyarah dihadapan. Aku sekadar tersengih dan terus mendengar bebelan pensyarah yang berada di hadapan. Aisya aku lihat gigih menyalin apa yang dibebelkan oleh pensyarah dihadapan, berwarna-warni pen yang digunakan. Sama sahaja dengan tudung yang dipakainya hari ini. Meriah.

***bersambung***



No comments:

Post a Comment