Wednesday 30 January 2013

Love Equation


LoVe eQuatIon


Awak( senyum + lesung pipit) = comelnya


Sudah hampir sebulan disini. Kenapa baru hari ini aku sedar akan kehadirannya. Didalam dewan kuliah yang sama setiap kali Lecture dan bersama dalam salah satu kelas tutorial. Jambu. Itu perkataan pertama yang terdetik dimindaku selepas melihatnya pertama kali. Persis wajah seorang pelakon korea . Tetapi, dengan sedikit ketegasan pada raut wajah tersebut. Bayangkan? Ya, hampir sempurna.

“Siapa mamat jambu tu?”

“Yang mana?”

“Yang tengah bersembang dengan Dani tu la, yang comel-comel tu. Hehe”

“Oh, mamat tu. Kenapa? Kau minat dia ek?”

“Aku Cuma nak tahu nama dia je. Kalau ada apa-apa kan senang. Lagipun, dia sekelas dengan aku untuk tutorial Constitutional Law.”

Aku mula memerhatinya dari jauh. Asal ada sahaja peluang, aku akan mencuri pandang ke arahnya. Pertama kali melihat dia tersenyum, aku bagaikan diawangan. Lesung pipit yang dalam. Comelnyaaaaaa!! Kecacatan yang menyempurnakan.


Hati + debaran = saya( luar kawalan )


Hari itu, perbualan kami yang pertama.Hmm, bukan perbualan, mungkin pertengkaran kecil frasa yang lebih tepat. Aku asyik memerhatikannya. Mengelamun. Comelnya dia. Tersedar. Mata kami bertembung, dia memerhatikan aku. Ya, tepat kemataku. Cuak, panik, terkejut. Aku alihkan pandangan kearah lain. Terasa lain. Aku melihat kearahnya semula, dia masih memerhatikan aku. “Damn it, what I’ve done?!,”getus hatiku. Dia berdiri, membetulkan kemejanya dan menuju ke arahku. Dia berjalan ke arahku. Aku? Tidak tentu arah, berdebar.

“Apa masalah awak ni? Awak suka saya ek?”

“Hello? Please la..Elok sangat ke kau tu?”

“Kalau saya tak elok, takkan la awak asyik curi-curi pandang saya? Ingat saya tak tahu?”

“Err, bila masa aku pandang kau? Jangan nak perasan sangat ok?”

“Okay, my bad. Awak juling rupanya. Kesian kan, muka cantik, tapi juling”

“Mulut kau jaga sikit ek, aku hempuk dengan handbag jugak karang mamat ni. Sejak bila aku juling?!!”

“Kalau awak tak juling, maknanya awak pandang sayalah kan??”

“kau, ergghhhhhh!”

“By the way, saya Affiq. Affiq Rayyan bin Affendy.”

“Aku tahu la”

“See, you even know my name. Hypothesis accepted. Caught red handed Miss Gelabah! You really do like me kan?”

“Ermm..err..ok bye”

I am totally out of control. Get caught red handed by him. Rayyan, why are you doing this to me?! Hanya kerana dia, aku berada diluar kawalan. Detak jantung tak seiring getaran nadi. Dan dia menggelarkan aku Miss Gelabah. Sweet kan? Atau aku yang sudah kurang waras?


Kau + Aku à Saya + Awak


Sejak hari itu, aku cuba mengawal diri apabila berhadapan dengan si dia. Dia ada tersenyum kepadaku, dan aku membalasnya dengan jelingan. Jual mahal bahasa mudahnya. Tapi dalam hati, luruh segala apa yang ada melihat dia tersenyum kepadaku. Aku turut elakkan diri dari bertembung dengannya. Bukannya tak suka dan tak selesa, tetapi aku masih malu akan kejadian yang sudah. Tertangkap kerana asyik merenungnya.

“Hai.”

“Err, hai.”

“Kejaplah awak, saya nak cakap sikit ni.”

“Nak apa lagi? Nak paksa aku cakap aku suka dekat kau pulak ke?

“okay. I just wanna say sorry about our last conversation. That small fight, remember? Hmm, I don’t think that it is a good ‘introduction’ between the two of us. Why don’t we start it, all over again?”

“Well, if you really want it. Bring it on Mr. Jambu.”

“Okay Miss Gelabah. Hai, saya Rayyan. Affiq Rayyan bin Affendy. Sebelum ni, saya kenalkan diri saya sebagai Affiq kan? Ikut awaklah nak panggil saya apa pun. But please, jangan panggil saya Affendy, tu nama ayah saya.”

“Aku..Err, saya..Nama saya bukan Siti Nurhaliza,bukan jugak Neelofa. Awak nak tahu nama saya? Sila berusaha sikit ek? Hahaha.”

“Huh??”

“Nice to meet you Mr. Jambu. Jumpa lagi nanti. Bubye.”

“Err, bye.”

Sejak itu, aku mula berbaik-baik dengannya. Tiada lagi kekasaran, aku menjadi aku yang biasa. Aku dan Kau telah pun bertukar, berubah menjadi Saya dan Awak. Miss Gelabah VS Mr. Jambu. Apa yang terjadi nanti, aku sendiri pun tak pasti.


You + shades + three quarter shorts = me(melting)


Pertama kali keluar bersama. Seawal 7.30 pagi dia menjemputku di kolej. Dress code santai katanya. Aku sekadar menurut kata-katanya, sekadar berskirt labuh bertingkat dan digandingkan dengan kemeja-t lengan panjang berwarna putih. Dia sekadar berseluar sukan dan memakai jersi biru. Usah Tanya aku jersi pasukan mana, aku tidak tahu dan tidak berminat untuk mengambil tahu. Wajahnya sembap, mungkin kerana masih awal pagi ataupun memang wajahnya sebegitu. Hmmm..Wajahnya memang sebegitu pada waktu pagi.

“Kita nak kemana ni?”

“Pantai.”

“Pantai mana? Buat apa.”

“Berkelah nak? Dah lama saya tak buat macam tu.”

“Kenapa awak tak cakap awal-awal?”

“Kalau saya cakap pun, bukannya awak nak masakkan bekalan pun”

“Hehe. Tapi at least, boleh la saya bawak sun block semua tu.”

“Tak payah, dah ada dekat belakang tu. By the way, nanti saya nak singgah RnR dulu. Saya nak mandi.”

“What?!! Awak tak mandi lagi??! Gross!”

“Alaaa, saya tak nak terlewat ambil awak tadi.”

Aku ditinggalkan didalam kereta, sementara dia pergi mandi dan membeli apa yang patut untuk perkelahan rancangannya itu. Aku asyik menukar lagu dan membelek-belek segala CD yang ada didalam keretanya. Menarik. Nora, Taylor Swift, Search, The Carpenters, Mohram. Dia memang random. Sama seperti sikapnya, segalanya dibuat sesuka hati. Sama seperti sekarang. Seawal pagi, membawaku entah ke pantai mana.

Hampir 20 minit, aku melihat kelibatnya kembali dan menuju kearah kereta. Terpegun. Aku terpegun dengan gayanya. Dia tidak bertuksedo, bukan juga berbaju melayu. Dia sekadar berseluar pendek paras lutut, berkemeja-t polo berwarna putih dan disesuaikan dengan sepasang cermin mata hitam . Pertama kali aku melihatnya dengan gaya kasual sebegitu. Aku menelan liur. That shades, makes him look damn hot. Impress, yes I do. Melting, yes I am.

“Hello?!!”

“erhh, yes?”

“Stop staring at me.”

“Oh, okay.”

Awkward silence, sehinggalah kami sampai ke Pantai Bagan Lalang. Seharian bersamanya.



 Awak renung saya = blushing


Setibanya di sana, aku membantunya mengeluarkan segala tikar, bakul dan segala yang diperlukan untuk perkelahan tersebut. Lengkap. Persediaan yang dia lakukan cukup lengkap. Ada sandwich, buah, air, cawan, sudu, pinggan, tikar, losyen dan tak lupa KFC yang sempat aku beli dalam perjalanan tadi. Segalanya ada dan apa yang membuatkan aku teruja adalah sandwich tersebut. Sandwich yang dibuat hasil air tangan Rayyan sendiri. Itulah penyebab dia tidak sempat mandi pada pagi tersebut.

“Awak? Makanlaa, takkan saya nak habiskan semua ni? Tadi cakap nak picnic sangat kan?”

“Awak makanlah dulu.”

“Macam mana saya nak makan, kalau awak asyik renung saya macam tu? Tak ada kerja lain ke?”

“Salah ke?”

“ Salah la, berdosa tau renung anak dara orang macam tu.”

“Tahu pulak dosa, dulu awak renung saya sampai tembus segala dinding tu apa cerita? Komen sikit awak.”

“Tu dulu. Dah la awak, saya malu la.”


“Malu? Sebab”

“Sudahh, stop staring at me. Please.”

“Okay, I will. Kalau tidak, pengsan awak nanti. Blushing teruk sangat dah ni.”

Renungannya tajam. Menusuk. Matanya bercahaya. Tidak tahu sama ada ianya benar atau perasaanku yang menambah perasa. Rayyan, jangan renung aku lagi. Aku akan jatuh, jatuh dalam mainan angan dan perasaan. Arghhhh, kenapa aku berbunga-bunga begini? Rayyan.


 Berleter + membebel = awak


“Awak ni, boleh tak jangan pakai high heels? Tak baik untuk kesihatan tau. Saya tak fahamlah kenapa perempuan ni sanggup sakitkan diri semata-mata nak nampak tinggi. Kalau rendah tu rendahla”

“Awak, kenapa si Tipah tu suka pakai mekap tebal-tebal? Dah macam tengah tunggu giliran nak buat persembahan opera cina je saya tengok. Bukan cantik pun. If you don’t have it, then you don’t have it.”

“Awak, itukan kerja awak. Kerja orang perempuan kan? “

“Lain kali jangan pakai baju warna ni. Saya tak suka la. Tak cantik and nampak suram.”

Mengenalinya buat beberapa ketika ini. He is a kind of person that really loves to talk, about everything. He is the Mister-I-know-everything-on-earth. Sometimes, I do get annoyed of him. My shoes, my cardigan, my scarf and even my favourite drink would be questioned by him. He just loves it, criticizing every single thing in front of him. Sometimes, I don’t think that he deserved to be here, he should have his own chair or place in whatsoever reality show. He is good at it, gonna do well as a judge in that program. Can he sing? Not sure about it.haha..

Apabila dia diam, aku pula yang jadi tidak keruan. Aku jadi tidak selesa bila dia tidak bersuara. Namun bukan selalu dia terdiam begitu. Hanya dalam beberapa keadaan tertentu.

1.    1.   Apabila dia sedang fokus dan sedang belajar untuk ujian keesokan harinya. Dia akan diam. Masih bersuara untuk menjawab segala pertanyaanku, namun matanya akan tetap tertumpu pada notanya. Pernah sekali, aku bertanya ketika dia sedang belajar dan aku disuruh diam.  Aku terasa hati dengan tindakannya, aku sekadar ingin bertanya. Selang seminit, “Awak nak tanya apa tadi? Saya nak habiskan page tu je tadi. Sebab tu saya suruh awak diam.” Aku membiarkan sahaja, biar dia terus memujuk. Diam. Dia telah kembali menghadap notanya, bukannya memujukku seperti biasa. Itulah dia, diam dan fokus apabila perlu.

2.     2.  Apabila dia terlalu marah. Dia tak akan berleter dan membebel seperti biasanya. Dia akan diam, wajahnya kelat, renungannya tajam menikam, sesekali giginya akan diketap kuat. Dia bukannya orang yang mudah marah, tetapi kemarahannya akan bertahan lama. Pernah sekali, dia hampir-hampir bertumbuk dengan seseorang yang menggelarnya sebagai gay. Disebabkan perkara itu, seharian dia terganggu, dan seharian jugalah dia diam walaupun denganku.

3.      3. Apabila dia terkejut. Normal rasanya apabila dia diam apabila terkejut. Namun apa yang lain tentangnya adalah, dia akan blur sekejap selepas menerima kejutan. I don’t know why. Dia memang begitu.
4.       Apabila dia terlampau gembira. Dia cuba untuk bersuara, tapi tiada suara yang akan muncul. Riak wajahnya menggambarkan segalanya dan reaksinya yang seakan-akan hendak melompat itu. Pernah kulihat apabila dia mendapat markah penuh dalam ujian. Teruja. Dia selalu begitu.

      Bagiku, biarlah dia terus berleter dan membebel. Jangan pernah diam, kerana diamnya dia akan buat au serba tidak kena. Apabila bersama dia, terasa hidupku berwarna dan ada sahaja perkara yang hendak diperkatakan. Dia melengkapkan hidupku dengan bebelan dan leterannya. Aku harap dia akan terus begitu, usah berhenti. Sekiranya dia berhenti, dia akan menjadi seperti lelaki yang lain. That is too mainstream and I’m not a cliché person that have a cliché taste.Hahahaha.


Banyak yang aku tahu tentangnya. Adakah dia juga mengerti aku sebagaimana aku mengertinya? Mengenalinya… Adakah hati ini telah jatuh kepadanya? Aku sendiri kurang memahami, kerana,      Awak – saya = (sempurna – 1/2sempurna). Aku rasa tak sempurna bila dia tiada disampingku.Sehari dia tidak hadir kuliah, sehari itulah aku berasa serba kekurangan, serba tidak kena. Kini, Me – you = imperfection . Itulah apa yang aku rasakan. Kadangkala, aku rasa lain bila dengan dia. Aku tidak dapat menjadi diri aku yang sebenar. Dia sentiasa meredakan kemarahanku. Equationnya begini, Saya(marah) + awak(pujuk) = speechless. Haishhh, perasaan perasaan. Bila kau mendekati yang lain, aku rasa nak meletup. Kenapa? Sebab, Awak + dia = saya(cemburu)Aku pun keliru dengan semua ini. Adakah, You + me = love?





Saturday 26 January 2013

BerMulA SemUla



Dalam rembang petang itu, aku tersedar dari ruang tanpa sedar itu. Mata berpinar-pinar, silau mengganggu penglihatan yang masih kabur. Aku pejamkan kembali mataku buat seketika. Mataku kembali kubuka, penglihatanku makin cerah dan jelas.  Aku dapat melihat wajah gundah mama yang berada disisi katilku. Aku tahu aku berada di hospital. Terdetik diminda, aku masih bernyawa. Aku masih bernafas diatas muka bumi ini. Kecewa, itu yang aku rasakan. Segalanya  yang berlaku kini diluar jangkaan. Mengapa tidak Kau akhiri sahaja hidup ini? Cukuplah derita perasaan ini. Kini Kau hadapkan aku dengan satu lagi permasalahan. Jawapan apakah yang aku perlu berikan pada keluargaku akan tindakanku ini. Bingung. Ya, aku bingung, bagaimana harus aku hadapi segala persoalan itu. Berdiam, itulah yang aku lakukan. Suatu masa dan ketika mereka kan tahu juga tentangnya. Namun kini, biarlah aku pendam dulu segalanya. Apabila ditanya kenapa dan mengapa aku hanya mampu tersenyum lemah dan berkata, “ takde apa-apa lah, I am okay, I’ll be fine, jangan risaulah.” Hanya itu yang mampu aku luahkan.

Aku mula berfikir dan mencerna. Kenapa aku letakkan diri aku dalam situasi yang sebegini. Menelan pil-pil tidur yang aku sendiri tidak tahu berapa jumlahnya, cuba mengakhiri nyawaku sendiri. Kenapa? Aku lakukan segalanya demi dia. Dia yang aku letakkan segala harapan. Dia, insan yang aku tumpukan segenap perasaan. Dia, yang aku berikan seluruh perhatian. Dia, insan yang paling aku sayang walaupun, dahulunya hanya teman. Hanya kerana dia, aku memperbodohkan diri ini. Kerana sikap dinginnya, kerana perubahan sikapnya, kerana dia, segalanya terjadi.Ternyata, aku sudah hilang kewarasan itu.

Semua kegilaan ini harus aku akhiri. Aku perlu lakukan sesuatu. Perasaan ini perlu aku lenyapkan. Biar terkubur, biar lebur, biar hancur dan luntur. Biar rasa itu tinggal rasa yang tawar, kosong tanpa rasa. Biar getaran dan debaran itu terhenti. Biar hilang semuanya tentang dia.

Aku perlu luahkan segalanya, jika terus begini, aku akan jadi benar-benar gila. Mujurlah ada teman yang sanggup mendengar luahan rasa, berkongsi derita yang aku rasa. Terima kasih buat segalanya.Segala kata nasihat, menenangkan jiwa ini. Tidak aku nafikan, kecewa itu memang ada, namun kehadiran mereka sudah cukup untuk membuat aku kembali tersenyum. Kerana mereka, aku kembali sedar, masih ada yang menyayangiku. Kerana mereka, aku kembali kuat. Kerana mereka, aku bertekad untuk kembali bangun. Kerana mereka, aku nekad, kau akan aku lupakan. Buat selamanya.

Sejenak, aku terfikir. Ya, benarlah apa yang dikata, cinta itu gila dan menggilakan. Kerana dia, aku menidakkan kewarasan yang selama ini aku pertahankan. Cinta? Itu semua bodoh, gambarannya cukup indah namun realitinya jelik dan hodoh. Kerana cinta, akal gagal membuat penilaian yang rasional. Kerana cinta, rela mempertaruh nyawa mempersia usia yang dikurnia. Kerana cinta, aku buta, aku gagal melihat siapa yang benar-benar menyayangiku. Kerana cinta, hati ini luluh dan rapuh, tidak lagi teguh seperti dahulu. Kerana cinta, rasional minda entah kemana, yang tinggal cuma pertimbangan yang dangkal. Kerana cinta, aku jatuh dalam permainan perasaan yang kini menghancurkan dan menghadirkan duka kekecewaan.

Ya, aku benar-benar marah, terhadap diri aku sendiri. Diri ini ternyata terlalu bodoh untuk menilai siapa kau yang sebenarnya. Siapa kau, sehingga aku perlu gadaikan nyawa ini, korbankan hidupku ini. Siapa kau, sehingga aku kecewakan hati-hati yang ikhlas menyayangiku. Siapa kau, sehingga aku perlu meningkah aturan yang ditetapkan Dia. Siapa kau, untuk aku leburkan segala harapan yang kubina selama ini. Siapa kau, sehingga aku hancur dalam derita yang kau ciptakan untuk aku. Siapa kau???? Kau memberi harapan, kau hadirkan kepercayaan, kau wujudkan cinta dalam perasaan, kau buat aku rasakan kaulah segala-galanya yang aku perlukan. Aku ketepikan kata sindiran, aku terima segala cacian, kerana aku percaya kau akan bawa kebahagiaan itu dalam hidupku. Namun, kini ternyata, segalanya dusta, hanyalah permainan kata, dan cinta itu tak pernah ada. Cuma aku yang menagih rasa. Sedangkan kau..

Ya, aku kecewa dan derita. Namun itu salahku, yang gagal mengawal emosi. Terperangkap dengan kata hati. Terlampau mengikut kehendak diri yang tanpa sedar merosakkan segala apa yang aku miliki. Kerana kau, segala maruah, kehormatan, pendirian dan pegangan aku kini diperkatakan. Aku hampir hilang segalanya, dan kau masih mampu berkata ,

 “why ? I didn’t do anything”

“Bkn tak nk amek tawu, slah pe pun tak tawu..tkpe la..as long as you happy, do whatever you want.. J

 Ha ha ha. Ternyata, kau tak pernah sedar akan kesilapan yang kau lakukan. Bagi kau, tiada kesalahan yang pernah kau lakukan dan aku bukan siapa-siapa yang perlu kau risaukan. Perasaan, mungkin itu yang kau perlukan, itulah satu-satu perkara yang kurang dalam hidup kau. Kau tak pernah mencuba untuk mengerti dan memahami sebagaimana aku mengerti akan dirimu. Salahku, kerana mengharapkan sesuatu yang tak mungkin mampu direalitikan oleh insan tanpa perasaan seperti kau. Ya, insan yang “heartless” dan “feelingless” macam kau!! Yes, human are imperfect. But, in this case it is obvious. If you don’t have it, You just don’t have it. Don’t bother to find it.
Bila aku menjauh, kau mula bertanya dan mempersoalkan segala apa yang aku lakukan. Bagi kau, semuanya adalah gurauan. Ya, gurauan yang melibatkan nyawaku. I do jokes around, but I don’t make a joke about my own life..nyawa aku sendiri.. It just don’t work out for me.

“Haha…. Still ignore me ? “
“waa.. total ignore?”

Don’t ever talk about ignorance if you don’t know what it is. I know how it feels like, when you ignore me and treat me like I was nothing. Tak pernah wujud. Apa perasaan kau, bila berselisih tapi tak ditegur. Sekadar menyindir di alam maya yang akhirnya membawa pertengkaran. Cukuplah aku merasainya. Layanan dingin dan beku. Serik, aku sudah serik dan puas. Ya, aku tidak lagi akan menghiraukan kehadiran kau. Seperti apa yang pernah kau lakukan padaku dulu. Bukannya aku berdendam, namun kecewa yang mendalam menjadikan aku sebegini. Biarlah kau terus asing dalam hidupku ini, biarlah rasa itu pudar dan luntur, biarlah kehadiranmu nanti tiada lagi bermakna dalam  hidupku ini.


“tapi suka, suka sangat mengharap sesuatu yang mustahil..haha”

Aku tidak tahu. Apakah kata-kata ini kau tujukan buatku. Jika ya, aku redha. Biarlah kau tertawa akan kebodohanku ini. Mengharapkan getaran perasaan dari kau, mengharapkan kehadiran kau dalam hidup aku. Tapi benar apa yang kau katakan, ianya sesuatu yang mustahil. Mustahil, kerana kau adalah insan tanpa perasaan yang tak akan kenal apa itu cinta, bagaimana rasanya kasih dan betapa perlunya rasa sayang dalam diri ini. Cuma satu pesan aku untuk kau, jangan terlampau mudah memberi harapan.Mungkin bagi kau, “apalah sangat, aku xde cakap apa2 pun.” Tapi, bagi yang mengharap, tidak..segalanya menjadi penting bilamana ia tentang orang yang disayangi.


“Now I know it’s hard. :’( ”

Ya, segalanya akan sukar bagiku. Untuk hilangkan jejak dan kehadiran kau dalam diri ini. Namun aku yakin, segalanya bakal jadi mudah buat kau. Aku ini bukan sesiapa bagi kau, jadi segalanya tak akan jadi sukar buat kau. Lagipun, siapalah aku untuk kau ingati. Kehadiran aku tak pernah penting pun kan? So, don’t be sooo drama echinggg depan aku with that kind of smiley. I’ve learned new things, and I’m not that stupid now. That smiley doesn’t mean anything dah sekarang.


“Ignorance. Can I? Cant kot. Certainly no. “

Jika penolakan ini kau luahkan lebih awal, mungkin aku akan mampu menerima segalanya. Dan aku tidak akan mengambil tindakan bodoh itu. Segalanya berlaku kerana sikap kau yang tidak pernah menganggap kewujudan aku.Sikap kau yang dingin dan perubahan kau buat aku bingung, resah dan gelisah. Apa salah aku sehingga kau buat aku macam tu?? Tapi, apa yang terjadi telahpun terjadi. Tak perlu dipersoalkan lagi. Namun sekali lagi, aku salahkan diriku sendiri. Kau tak pernah bersalah. Tak akan pernah bersalah. Bebankanlah segala kesalahan itu ke atas pundakku ini. Aku rela. Biarlah kau terus bahagia dengan cara kau.


“Mati ? -.- tak pernah cakap pape ngen kite”

Ya, aku hampir mati kerana kau. Mujurlah, peluang kedua itu masih ada buatku. Kurniaan yang Dia kurniakan ini tak akan aku persiakan hanya kerana kau insan tanpa perasaan. Lagipun, perlukah aku ceritakan segalanya kepada kau? Untuk apa? Untuk membiarkan diri ini terus sakit kerana sikap kau yang tidak pernah peduli itu. Tidak, aku tidak akan membiarkan ianya berlaku lagi. Biarlah, coretan ini menjadi coretan terakhir penceritaanku tentangmu. Kau akan terpadam selamanya, sebagaimana perasaan ini aku padamkan. Tak akan tersebut lagi nama kau dari bibir ini. Benci, itu yang akan aku pupuk dalam diri ini. Khas buat kau.


“Takpe la.. perhaps someday..we’ll be friends again :-) “

Kemungkinan itu tidak mungkin akan wujud lagi. Kau kini kembali asing bagiku. Tak bermakna apa-apa lagi buatku. Cukuplah , dengan penanggungan derita yang aku lalui sebelum ini. Aku tak ingin lagi merasai semua itu. Aku sudah cukup terseksa. Aku mohon, jauhi diriku. Usah dekati aku. Aku tak ingin lagi derita. BAGIKU, KAU = DERITA + KECEWA.


“Kawan je pn tak blh ? “
“Just want to keep a good relationship. That’s all ;-)”

Tidak. Kerana KAU + AKU = ORANG ASING. Aku tidak ingin lagi mempertaruhkan perasaan ini untuk dikecewakan. Biarlah, aku menjauh dari kau. Aku tak ingin hati ini kembali berpihak pada kau jika kita kembali bersama walaupun sekadar teman. Kerana HATI + PERASAAN = LUAR KAWALAN DAN DUGAAN. Aku tak mahu lagi jatuh kepada kau. Bagi kau, untuk kekalkan apa yang ada. Namun bagi aku, apa yang ada itu hanyalah kedukaan, kepiluan, kesugulan dan kekeliruan. Aku tak mahu melaluinya lagi. Biarlah orang katakan apa sahaja yang mereka suka tentang keputusanku ini. Kerana, diakhirnya, yang menanggung bebanan perasaan itu adalah aku, dan bukan mereka.

Inilah keputusan akhirku, kau akan kusingkirkan terus dalam hidupku. Terasing, itu pemisah kita, kini hanya tinggal kau dan aku. Aku akan anggap kau sama seperti insan asing yang tidak pernah aku kenali. Mungkin akan ada yang bertanya, kau berhak mempersalahkan aku. Ya, aku yang bersalah menaruh segala harapan dan perasaan terhadap kau. Sedangkan aku tahu segalanya tidak akan kesampaian. Biarlah diri ini dipersoalkan, diam akan menjadi jawapan.Biar bisu, biar lesu dan biarkan segalanya berlalu. Aku yakinkan diri, demi diriku, keluarga dan teman-temanku. Tak akan terulang lagi segalanya buat kali kedua. Itu janjiku buat semua, pasti.

 Untuk kau, if you read this. All the best and good luck in every single thing you do in your life. I know that you are going to have a great future ahead of you. If it is really my fault, forgive me. I hope that you will find your “Heart” and please don’t let the same things happen to others. Don’t give false hope to others; it might break their heart into pieces, just like mine. But, no worries, I’ll be okay. I will always have my friends around me. Kau berhak menilai coretanku ini, namun bukan hak kau untuk mempertikaikannya, kerana aku yang merasakannya, bukan kau. That’s all from me. Bubye.

You are somebody that I used to know, but now, you are nobody that I should know. Unimportant person. Yes, it is you.


Tiada lagi kita. Hanya KAU dan AKU. Terasing, buat selamanya

Kini aku bermula semula, tanpa kau  bersama.


~TAMAT~


Wednesday 16 January 2013

MonolOg Aku dan Dia 1

bila kau dekat dengan aku, aku rasa jauh dengan kau..dulu kita tak macam ni.. Ya, dulu aku benci gilaaa dengan kau, mungkin sebab tu la aku jadi macam ni..mungkin jugak salah aku..Mengharapkan pada yang tak pasti.. mEngelak, aku tahu kau elakkan diri dari aku..aku nampak semua tu..Apa salah aku?? Tu je yang aku nak tahu..

Monday 14 January 2013

TENTANG DIA (repost)



                Kata orang, dia jejaka misteri. Untung aku dapat menjadi teman rapatnya. Dia jarang tersenyum apatah lagi ketawa. Wajahnya sentiasa serius, mungkin cuba menyembunyikan wajahnya yang jambu itu (aku pernah melihat sifat keanak-anakannya dan sumpah memang jambu). Dia berdarah campuran Melayu, Cina dan Siam. Dari mana darah itu mengalir, jangan pernah ditanya kerana aku tidak  mengetahui jawapannya. Aku mengenali dia sejak beberapa tahun yang lalu dalam situasi yang tidak dijangkakan dan semestinya tidak seindah gambaran yang dilakarkan dalam drama-drama bersiri Korea.

MASA UNTUK SESI IMBAS KEMBALI

                Aku terpaksa kembali ke sekolah pada jam 6 petang, untuk mengambil buku latihan matematik aku yang tertinggal didalam kelasku. Sumpah, aku tidak akan datang kesekolah pada jam sebegini jika tidak mengenangkan kerja rumah yang telah diberikan oleh Cikgu Illiyana pada pagi tersebut. Aku mengeluh lantas mengatur langkah kearah blok kelasku yang berada dibahagian belakang sekolah, bersebelahan dengan Dewan Samsudin yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Jepun lagi. Orang cakap, sekolah lama ni banyak penunggunya. Haishhh, kenapalah otakku begitu aktif mengimbas kembali kisah-kisah seram sekolahku pada waktu kritikal sebegini??

                Langkah kuatur dengan lebih pantas dan aku terus masuk ke dalam kelas dan mengambil buku latihan matematik yang berada di atas mejaku. Aku sempat meneliti suasana sekeliling, hari tampak gelap dan berangin. Hujan pasti turun sebentar lagi, fikirku bagi menenangkan gusar dihati. Aku bernyanyi kecil dan mula menapak untuk keluar dari kelas. Belum aku sampai ke pintu kelas, terlihat sebuah entiti berwarna putih yang disertai tompokan merah di tangan dan sebahagian pakaian makhluk alam tersebut..

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Ya Allah tolong..Ampunkan cucu, datuk nenek moyang!! Cucu datang nak ambil buku je ni.. Janganlah ganggu cucu!! Ampunkan cucu ganggu territory datuk!! Sumpah tak buat lagi.. Serius ni..,”aku mula merapu dengan menaikkan oktaf suaraku sedikit demi sedikit sambil merafak sembah. Mataku sengaja ditutup. Tidak sanggup aku hendak menatap makhluk alam yang boleh bertukar rupa menjadi makhluk yang amat hodoh dan menakutkan!! Hampir menangis aku dibuatnya.

“Wooaahh, relax-relax! Apa kau mengarut ni??  Bercucu datuk dengan aku?? Siap berafak sembah lagi..hahahahahahahaha,” dia ketawa melihat tindakanku yang ketakutan. Perlahan-lahan mataku dibuka. Memberanikan diri menatap makhluk alam tersebut.

“Kau?? Apa kau buat petang-petang dekat sini??  Kenapa tangan kau merah-merah ni?? Kau saja nak usik aku ke??,” soalku bertubi-tubi kepadanya yang kelihatan tersengih-sengih. Situasi yang amat jarang berlaku, maksudku melihat sengihan dibibirnya .=)

“Once at a time okay? Aku datang buat projek kerja kayu KH aku la. Tengah mengecat, sebab tu la tangan aku ni comot-comot. Yang kau terjerit-jerit lepas nampak aku kenapa?? Muka macam ni kau boleh cakap macam hantu,” katanya sambil mengarahkan jari telunjuk kearah wajahnya. Sudah, terlekat pula tompokan cat merah dipipinya.Aku mula tertawa, tanpa mampu ditahan-tahan. Dia terkedu. Comelnya dia usik hatiku..

KEMBALI KEPADA LATAR MASA TERKINI

                Aku kembali tersenyum mengenangkan sejarah kuno pertemuan luar alam aku dengannya. Sejak hari itu, hubungan kami bertambah erat mungkin kerana wujudnya ke’kimia’an yang kuat diantara kami. Malahan, pada firasatku ikatan kimia kami lebih kuat jika dibandingkan dengan hubunganku dengan subjek Chemistry itu sendiri. Kini, aku dapat melihat senyumannya dengan lebih kerap. Lesung pipitnya yang dalam, membuatkan aku cemburu terhadapnya. Sekiranya dia dalah wanita, sudah tentu dia bakal menjadi pesaing utamaku. Tapi mujurlah, dia tetap dia. Dia tetap dia, teman baikku. Istilah ‘teman tapi mesra’ terlalu klise dan kedengaran terlalu plastik untuk digunakan.

                Tak kenal maka tak cinta, (cewahhhhh, dah masuk part feeling-feeling ni.) tanggapanku kepadanya berubah setelah dia aku kenali. Rupa-rupanya dia masih mampu membuat jenaka walaupun wajahnya sentiasa serius dan kerek memanjang. Tapi, yang paling tidak dapat aku percayai sehingga ke hari ini ialah, dia seorang kaki novel. Pilihan novelnya, Masya-Allah, macam perempuan. Nak yang romantik aje =.=”...hahahahahahahaha..Namun, itulah yang membuatkan dia istimewa bagiku. Dia bukanlah jejaka tampan yang tipikal. Dia tidak pernah kisah akan pandangan orang lain terhadapnya. Baginya, hidupnya adalah miliknya dan aku mula terikut-ikut dengan falsafah tersebut.

“Awak, kalau kita tak terserempak dulu rasanya apa yang akan jadi ek sekarang??”

“Awak rasa?”

“Mungkin kita tak akan jadi bestfriend dan saya akan masih anggap awak sebagai mamat weirdo yang freak?”

“Saya freak ke dulu?”

“Entahla, tapi saya rasa awak freak sebab awak tak suka senyum dan kerek je memanjang.”

“oh macam tu. Sekarang ni dah tak kerek la ek?”

“Sekarang ni awak macam sweet. Kan?”

“Saya sweet dengan orang yang saya sayang je.”


                Perbualan sekadar terhenti disitu. Aku terlalu malu untuk bersoal jawab lagi. Pipiku terasa tebal, kebas dan panas. Blushing la tu. Dia merenungku dalam. Baru nak masuk mood romantik, dia sudah tersengih.Apa lagi, masing-masing mula ketawa terbahak-bahak. Tapi dalam hatiku bergetar sejuta rasa. Macam lirik lagu la pulak. Aku masih ingat, seminggu sebelum SPM.  Masih terngiang-ngiang di cuping pendengaranku ,’Saya sweet dengan orang yang saya sayang je.’

                Masa pantas beralih, SPM telahpun berakhir. Tiba masa untuk aku berpisah buat seketika dengannya. Sedih kerana dia tidak lagi akan mendampingiku sepanjang masa. Tapi, kenapa dia masih lagi mampu tersenyum?? “Awak janji dengan saya, awak jangan lupakan saya. Pastikan awak jumpa saya waktu keputusan keluar nanti,” air mata mula menakungi tubir mataku. Aku berasa terkilan kerana dia telah menyembunyikan perpindahannya ke Johor dari pengetahuanku. “Awak,jangan nangis. Saya tak suka awak menangis sebab saya. Saya janji tak akan lupakan awak. Ingat, saya sentiasa sayangkan awak tau,” ujarnya. Jelas dia cuba menahan perasaan. Ada mata yang memandang, namun aku tidak lagi mahu mengambil peduli. “Awak janji akan mesej dan call saya? Saya dah tak ada siapa-siapa dekat sini tau. Saya tunggu awak.” Dia merenungku dalam, jelas sendu diwajahnya. “Saya janji. Tapi..mmmm.. Tak ada apa-apa la..Kita pasti akan jumpa lagi nanti.. insya-Allah..,” aku merasakan perasaan yang aneh menjalari jiwaku. Inikah cinta. Tapi kenapa dia.

                Hari ini, keputusan SPM bakal diumumkan. Aku dapat merasakan getaran dan tekanan untuk mengetahui keputusan peperiksaanku. Namun, aku turut berasa teruja untuk bertemu kembali dengannya setelah berbulan-bulan lamanya terpisah. Sekadar berbalas sistem pesanan ringkas dan saling berbual di telefon bimbit memang belum cukup bagi menghilangkan rasa rindu ini. Sejak pagi tadi, aku dan dia saling berbalas sistem pesanan ringkas. Masing-masing diselubungi keterujaan. Dia memintaku mengambil keputusanku terlebih dahulu, kerana dia mungkin tiba sedikit lewat.Aku menolak, namun dia bijak memujukku. “Tak baik biar ibu dekat rumah ternanti-nanti keputusan awak. Lepas dapat keputusan, terus beritahu dekat ibu tau,”katanya.
               
                Alhamdulillah, 4A+ 4A dan 2B+ itulah keputusan SPM aku. Keputusan ini telah aku khabarkan kepada ibuku dan dia. Aku masih menantinya. Aku bergerak ke pintu gerbang dihadapan sekolah. Biarlah aku menghidu asap kenderaan, kerana aku sanggup asalkan aku orang pertama yang dapat melihat kelibat dia. Hal ini kerana, di hadapan pintu gerbang itulah jalan raya utama di daerahku ini. Tiba-tiba, deringan lagu “Berdua Bersatu” terdengar dari telefon bimbitku. Sudah tentu dia yang menelefonku.

“Awak dekat mana ni? Saya dah nak sampai kawasan sekolah ni.”

“Saya tunggu awak dekat tepi pintu gerbang ni.”

“Owh, baiknya awak tunggu dekat situ..awak..papa!!! lori tu!!!!! Arghhhhhhhhhhhh!!”

 Kenapa dia kedengaran terlalu panik. Aku lihat kearah jalan raya dihadapanku .. Kedengaran dentuman yang cukup kuat. Sebuah lori telah melanggar sebuah Proton Persona dihadapan mataku... Dan aku cukup kenal Persona merah itu.. Ku tatap telefon bimbitku..Terasa jiwaku melayang.. Kakiku lemah, tidak lagi mampu berdiri.. Aku dengar jeritannya tadi.. Awak.. Awak dah janji nak jumpa saya..

“Furqannn!!!!!!!!!,” jeritku sekuat hati. Kenapa harus dia??

 ‘Saya janji. Tapi..mmmm.. Tak ada apa-apa la..Kita pasti akan jumpa lagi nanti.. insya-Allah..,’awak dah janji dulu. Kenapa awak pergi jugak.. Tangisku tiada lagi tertahan..Dia, Furqan telah pergi meninggalkan aku..Saya akan ingat awak sampai bila-bila.. Saya janji awak........

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



-TAMAT-

KARYA: MOHAMAD AZLAN BIN BASRI

Wednesday 9 January 2013

TeRaKhir



“Cinta. Memang sukar untuk dimengertikan. Bahagia, derita, tawa, duka, tangis, riang. Segalanya hadir bersama cinta. Kata orang, hadirnya ia membawa sejuta rasa. Hilangnya pula, merenggut segala rasa yang ada. Cinta itu rumit. Adakalanya tak terluah, sekadar bermain dijiwa terpendam dilubuk rasa. “

Darius menyimpan kembali diarinya ke dalam beg sandangnya. Wajahnya diraup perlahan, hela nafas terdengar perlahan, menahan lelah penanggungan perasaan. Dulu segalanya nyata berbeza. Wajah ini sentiasa bersih dan berseri. Kemas tanpa kumis mahupun jambang.Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Lesung pipit itu sentiasa terpamer. Tapi, itu dulu. Kini, kusam wajahnya tanpa seri senyuman. Jelas pudar kegembiraan yang dirasakan sebelum ini.

Dahulu, di mana ada dia. Disitulah juga aku akan berada. Bagai tiada garis yang memisahkan kami berdua. Segala kisah dikongsi bersama, sehingga tiada rahsia yang tercipta, segalanya terluah bila bersua. Dalam diam, muncul rasa itu. Hadirnya tak pernah aku sedari, tak pernah aku ingini. Kerana rasa ini akan mengubah segala-galanya, tiada apa yang akan kekal sama jika ianya terluah kepadanya. Anda juga tahu apa yang aku maksudkan, namun klise kisah cinta itu terjadi kepadaku. Lahir rasa cinta terhadap sahabat yang rapat sekian lama. Mungkin benar apa yang dikata, diantara seorang lelaki dan wanita,  hubungan persahabatan yang akrab pasti akan menghadirkan rasa cinta. Kini aku percaya, ianya memang benar dan nyata.

Aku dan dia. Kisah pertemuannya nyata berbeza, tidak seindah yang dijangka, bermasam muka jadi permulaan dan akhirnya terjalin sebuah persahabatan. 

“ heyy, novel tu aku yang ambil dulu la. Novel  tu aku punya, aku nak beli.”

“Ehh,apa pulak, kau yang letakkan balik kan tadi? So, aku ambil la. Dah, kau beli je yang lain. Banyak je kan novel lain -.- “

“Hello, novel tu ada sebuah je yang tinggal. Kau la beli yang lain. Tak pun kau cari la dekat kedai buku lain. Aku yang nampak dulu novel tu, so, novel tu aku punya la.”

“Ehh, kau ni macam budak-budak la. Tak ada maknanya. Bye, aku nak pergi bayar novel ni. Kau pergi beli novel lain.”

Itu bukan pertemuan yang pertama, namun itulah kali pertama kami berbicara.  Saling merebutkan novel yang hanya tinggal sebuah di dalam kedai buku tersebutSesungguhnya, aku memang mengenalinya, seorang pelajar asasi Undang-undang. Sama seperti aku. Selalu, terserempak, namun tidak pernah saling berborak. Sekadar kenal begitu sahaja.  Berbalik kepada pangkal jalan, perebutan itu jadi milikku. Namun, rasa bersalah itu tetap ada, kerana merampas novel yang ingin dibelinya. Akhirnya, usai novel itu aku baca, maka aku serahkan novel tersebut kepadanya melalui seorang kawan. Maka, disitu segalanya bermula. Berbaik, makan bersama, keluar bersama, menjadi rapat dan semakin erat. Erat. Ya, aku dan dia. Hubungan yang erat. Segalanya kami kongsikan bersama. Segala kisah dan cerita antara kami berdua. Segala apa yang terjadi disekeliling dibualkan bersama . Masa berlalu pantas, dari asasi kini aku dan dia bersama didalam kelas yang sama dan jurusan Ijazah muda yang sama. Undang-undang, kami kekal dengannya. Kini di tahun kedua pengajian. 3 tahun bersama dan aku menyintainya. Biarpun sekadar dalam diam.

Hari ini, aku akan luahkan segalanya. Segalanya. Segalanya akan aku ceritakan kepadanya, betapa hati aku menginginkannya. Namun,

“Weyh, apa kau buat kat sini?! Kau tak ikut Irish ke pergi hospital?”

“Dia pergi hospital? Dia tak cakap dengan aku pun. Dia pergi lawat siapa?”

“Ya Allah!! Dia accident la tadi. Parah weyh. Macam kau boleh tak tahu ni Darius??!”

******************

 “Sesaat, dunia ini bagai terhenti seketika. Kaku. Beku. Itulah rasa yang aku rasakan pada saat dan ketika ini. Keliru. Kelu. Aku bingung. Kenapa harus dia pergi dikala rasa itu baru terluah setelah sekian lama terpendam.  Kenapa perpisahan menjadi jawapan bagi luahan sebuah perasaan??  Terhenti sebuah kisah pada titik mulanya. Berat mata memandang, berat lagi tanggungan bebanan. Ya, aku yang menanggung segalanya. Kepedihan , kerusuhan jiwa, kegelisahan, kedukaan, kelukaan, keperitan ini aku tanggung sendirian. Mereka hanya memandang kasihan. Cukuplah.”

Pemergian itu nyata menyakitkan. Hanya insan yang melaluinya mengerti bebanan yang dirasai. Berat. Ya, rasa itu memang berat. Perih dan perit. Dia pergi dikala Darius baru meluahkan rasa cinta. Persahabatan sekian lama akhirnya menjalinkan rasa cinta yang tak pernah terluah. Namun , disaat keberanian itu lahir, dan rasa itu terluah, dia harus  pergi menunaikan janji yang terikat pada Ilahi.

 “Apa masalah kau ni Darius, kejap datang kejap tidak. Dengan muka berserabut macam orang tak nak hidup. Moved on la bro, please,” kata Aiman kepada Darius. Darius sekadar tersenyum nipis dan terus berlalu pergi. Semenjak hari itu, Darius sering tidak hadir dalam kuliahnya. Malahan, jika hadir pun, dia asyik termenung dan tidak fokus terhadap apa yang diajar oleh pensyarah sewaktu kuliah. Perubahan tersebut turut dirasai oleh para pensyarah kerana sebelum ini Darius merupakan antara pelajar yang aktif di dalam kuliah. Ada pensyarah yang cuba bertanya, namun jawapannya kekal sama. Sekadar senyuman nipis tanpa sebarang kata yang terluah.

“Biarlah, biarlah orang terus bercerita, terus bersangka, terus berkata apa yang mereka suka. Aku tak perlukan mereka, kerana apa yang aku perlukan kini sudah tiada, sudah hilang dan sudah  lenyap. Aku tak perlukan simpati, Cuma aku mohon..mengerti aku..Menyendiri. Aku ingin sendiri. Usah bertanya kenapa. Kerana aku sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu. Biarkan aku terus begini. Tinggalkan aku sendiri, biar terus sepi. Biar sepi itu yang menemani kedukaan ini. Hilangnya dia, hilanglah diri ini. Ya, aku masih mengharapkan dia kembali. Kepastian yang tak akan mungkin terjadi. Nafas ini miliknya, dan hidupku terhenti tanpa dia disisi.”    

                Aku ingin bertemunya kembali. Ini keputusanku. Diari ini aku coretkan buat kali terakhir. Biar kisah ini terkisah dan terluah. Biar semua tahu kenapa ini jalan yang aku pilih. Segalanya kerana cinta yang teramat. Kerana kasih yang tersemat. Kerana penanggungan rindu yang kian berat. Biarlah aku sesat bersamanya dalam perasaan yang gelap dan pekat ini. Demi cinta kisah hidup ini aku korbankan. Biar ianya tamat.

“Lelah, aku sudah lelah dengan segalanya. Biar hidup ini berakhir, biar ternoktah kisahku ini. Tuhan, maafkan aku. Aku berputus asa padamu, di saat kau renggut dia, jiwa ini turut pergi bersama. Dunia ini tidak lagi bermakna. Cuma satu yang aku pinta, berhenti menghakimi kisahku. Kerana hanya aku yang tahu apa yang aku rasakan.”


“Kini aku menemuimu sekarang, dalam kehilanganku di masa lampau.”


-tamat-