Monday 14 January 2013

TENTANG DIA (repost)



                Kata orang, dia jejaka misteri. Untung aku dapat menjadi teman rapatnya. Dia jarang tersenyum apatah lagi ketawa. Wajahnya sentiasa serius, mungkin cuba menyembunyikan wajahnya yang jambu itu (aku pernah melihat sifat keanak-anakannya dan sumpah memang jambu). Dia berdarah campuran Melayu, Cina dan Siam. Dari mana darah itu mengalir, jangan pernah ditanya kerana aku tidak  mengetahui jawapannya. Aku mengenali dia sejak beberapa tahun yang lalu dalam situasi yang tidak dijangkakan dan semestinya tidak seindah gambaran yang dilakarkan dalam drama-drama bersiri Korea.

MASA UNTUK SESI IMBAS KEMBALI

                Aku terpaksa kembali ke sekolah pada jam 6 petang, untuk mengambil buku latihan matematik aku yang tertinggal didalam kelasku. Sumpah, aku tidak akan datang kesekolah pada jam sebegini jika tidak mengenangkan kerja rumah yang telah diberikan oleh Cikgu Illiyana pada pagi tersebut. Aku mengeluh lantas mengatur langkah kearah blok kelasku yang berada dibahagian belakang sekolah, bersebelahan dengan Dewan Samsudin yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Jepun lagi. Orang cakap, sekolah lama ni banyak penunggunya. Haishhh, kenapalah otakku begitu aktif mengimbas kembali kisah-kisah seram sekolahku pada waktu kritikal sebegini??

                Langkah kuatur dengan lebih pantas dan aku terus masuk ke dalam kelas dan mengambil buku latihan matematik yang berada di atas mejaku. Aku sempat meneliti suasana sekeliling, hari tampak gelap dan berangin. Hujan pasti turun sebentar lagi, fikirku bagi menenangkan gusar dihati. Aku bernyanyi kecil dan mula menapak untuk keluar dari kelas. Belum aku sampai ke pintu kelas, terlihat sebuah entiti berwarna putih yang disertai tompokan merah di tangan dan sebahagian pakaian makhluk alam tersebut..

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Ya Allah tolong..Ampunkan cucu, datuk nenek moyang!! Cucu datang nak ambil buku je ni.. Janganlah ganggu cucu!! Ampunkan cucu ganggu territory datuk!! Sumpah tak buat lagi.. Serius ni..,”aku mula merapu dengan menaikkan oktaf suaraku sedikit demi sedikit sambil merafak sembah. Mataku sengaja ditutup. Tidak sanggup aku hendak menatap makhluk alam yang boleh bertukar rupa menjadi makhluk yang amat hodoh dan menakutkan!! Hampir menangis aku dibuatnya.

“Wooaahh, relax-relax! Apa kau mengarut ni??  Bercucu datuk dengan aku?? Siap berafak sembah lagi..hahahahahahahaha,” dia ketawa melihat tindakanku yang ketakutan. Perlahan-lahan mataku dibuka. Memberanikan diri menatap makhluk alam tersebut.

“Kau?? Apa kau buat petang-petang dekat sini??  Kenapa tangan kau merah-merah ni?? Kau saja nak usik aku ke??,” soalku bertubi-tubi kepadanya yang kelihatan tersengih-sengih. Situasi yang amat jarang berlaku, maksudku melihat sengihan dibibirnya .=)

“Once at a time okay? Aku datang buat projek kerja kayu KH aku la. Tengah mengecat, sebab tu la tangan aku ni comot-comot. Yang kau terjerit-jerit lepas nampak aku kenapa?? Muka macam ni kau boleh cakap macam hantu,” katanya sambil mengarahkan jari telunjuk kearah wajahnya. Sudah, terlekat pula tompokan cat merah dipipinya.Aku mula tertawa, tanpa mampu ditahan-tahan. Dia terkedu. Comelnya dia usik hatiku..

KEMBALI KEPADA LATAR MASA TERKINI

                Aku kembali tersenyum mengenangkan sejarah kuno pertemuan luar alam aku dengannya. Sejak hari itu, hubungan kami bertambah erat mungkin kerana wujudnya ke’kimia’an yang kuat diantara kami. Malahan, pada firasatku ikatan kimia kami lebih kuat jika dibandingkan dengan hubunganku dengan subjek Chemistry itu sendiri. Kini, aku dapat melihat senyumannya dengan lebih kerap. Lesung pipitnya yang dalam, membuatkan aku cemburu terhadapnya. Sekiranya dia dalah wanita, sudah tentu dia bakal menjadi pesaing utamaku. Tapi mujurlah, dia tetap dia. Dia tetap dia, teman baikku. Istilah ‘teman tapi mesra’ terlalu klise dan kedengaran terlalu plastik untuk digunakan.

                Tak kenal maka tak cinta, (cewahhhhh, dah masuk part feeling-feeling ni.) tanggapanku kepadanya berubah setelah dia aku kenali. Rupa-rupanya dia masih mampu membuat jenaka walaupun wajahnya sentiasa serius dan kerek memanjang. Tapi, yang paling tidak dapat aku percayai sehingga ke hari ini ialah, dia seorang kaki novel. Pilihan novelnya, Masya-Allah, macam perempuan. Nak yang romantik aje =.=”...hahahahahahahaha..Namun, itulah yang membuatkan dia istimewa bagiku. Dia bukanlah jejaka tampan yang tipikal. Dia tidak pernah kisah akan pandangan orang lain terhadapnya. Baginya, hidupnya adalah miliknya dan aku mula terikut-ikut dengan falsafah tersebut.

“Awak, kalau kita tak terserempak dulu rasanya apa yang akan jadi ek sekarang??”

“Awak rasa?”

“Mungkin kita tak akan jadi bestfriend dan saya akan masih anggap awak sebagai mamat weirdo yang freak?”

“Saya freak ke dulu?”

“Entahla, tapi saya rasa awak freak sebab awak tak suka senyum dan kerek je memanjang.”

“oh macam tu. Sekarang ni dah tak kerek la ek?”

“Sekarang ni awak macam sweet. Kan?”

“Saya sweet dengan orang yang saya sayang je.”


                Perbualan sekadar terhenti disitu. Aku terlalu malu untuk bersoal jawab lagi. Pipiku terasa tebal, kebas dan panas. Blushing la tu. Dia merenungku dalam. Baru nak masuk mood romantik, dia sudah tersengih.Apa lagi, masing-masing mula ketawa terbahak-bahak. Tapi dalam hatiku bergetar sejuta rasa. Macam lirik lagu la pulak. Aku masih ingat, seminggu sebelum SPM.  Masih terngiang-ngiang di cuping pendengaranku ,’Saya sweet dengan orang yang saya sayang je.’

                Masa pantas beralih, SPM telahpun berakhir. Tiba masa untuk aku berpisah buat seketika dengannya. Sedih kerana dia tidak lagi akan mendampingiku sepanjang masa. Tapi, kenapa dia masih lagi mampu tersenyum?? “Awak janji dengan saya, awak jangan lupakan saya. Pastikan awak jumpa saya waktu keputusan keluar nanti,” air mata mula menakungi tubir mataku. Aku berasa terkilan kerana dia telah menyembunyikan perpindahannya ke Johor dari pengetahuanku. “Awak,jangan nangis. Saya tak suka awak menangis sebab saya. Saya janji tak akan lupakan awak. Ingat, saya sentiasa sayangkan awak tau,” ujarnya. Jelas dia cuba menahan perasaan. Ada mata yang memandang, namun aku tidak lagi mahu mengambil peduli. “Awak janji akan mesej dan call saya? Saya dah tak ada siapa-siapa dekat sini tau. Saya tunggu awak.” Dia merenungku dalam, jelas sendu diwajahnya. “Saya janji. Tapi..mmmm.. Tak ada apa-apa la..Kita pasti akan jumpa lagi nanti.. insya-Allah..,” aku merasakan perasaan yang aneh menjalari jiwaku. Inikah cinta. Tapi kenapa dia.

                Hari ini, keputusan SPM bakal diumumkan. Aku dapat merasakan getaran dan tekanan untuk mengetahui keputusan peperiksaanku. Namun, aku turut berasa teruja untuk bertemu kembali dengannya setelah berbulan-bulan lamanya terpisah. Sekadar berbalas sistem pesanan ringkas dan saling berbual di telefon bimbit memang belum cukup bagi menghilangkan rasa rindu ini. Sejak pagi tadi, aku dan dia saling berbalas sistem pesanan ringkas. Masing-masing diselubungi keterujaan. Dia memintaku mengambil keputusanku terlebih dahulu, kerana dia mungkin tiba sedikit lewat.Aku menolak, namun dia bijak memujukku. “Tak baik biar ibu dekat rumah ternanti-nanti keputusan awak. Lepas dapat keputusan, terus beritahu dekat ibu tau,”katanya.
               
                Alhamdulillah, 4A+ 4A dan 2B+ itulah keputusan SPM aku. Keputusan ini telah aku khabarkan kepada ibuku dan dia. Aku masih menantinya. Aku bergerak ke pintu gerbang dihadapan sekolah. Biarlah aku menghidu asap kenderaan, kerana aku sanggup asalkan aku orang pertama yang dapat melihat kelibat dia. Hal ini kerana, di hadapan pintu gerbang itulah jalan raya utama di daerahku ini. Tiba-tiba, deringan lagu “Berdua Bersatu” terdengar dari telefon bimbitku. Sudah tentu dia yang menelefonku.

“Awak dekat mana ni? Saya dah nak sampai kawasan sekolah ni.”

“Saya tunggu awak dekat tepi pintu gerbang ni.”

“Owh, baiknya awak tunggu dekat situ..awak..papa!!! lori tu!!!!! Arghhhhhhhhhhhh!!”

 Kenapa dia kedengaran terlalu panik. Aku lihat kearah jalan raya dihadapanku .. Kedengaran dentuman yang cukup kuat. Sebuah lori telah melanggar sebuah Proton Persona dihadapan mataku... Dan aku cukup kenal Persona merah itu.. Ku tatap telefon bimbitku..Terasa jiwaku melayang.. Kakiku lemah, tidak lagi mampu berdiri.. Aku dengar jeritannya tadi.. Awak.. Awak dah janji nak jumpa saya..

“Furqannn!!!!!!!!!,” jeritku sekuat hati. Kenapa harus dia??

 ‘Saya janji. Tapi..mmmm.. Tak ada apa-apa la..Kita pasti akan jumpa lagi nanti.. insya-Allah..,’awak dah janji dulu. Kenapa awak pergi jugak.. Tangisku tiada lagi tertahan..Dia, Furqan telah pergi meninggalkan aku..Saya akan ingat awak sampai bila-bila.. Saya janji awak........

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



-TAMAT-

KARYA: MOHAMAD AZLAN BIN BASRI

No comments:

Post a Comment