Wednesday 9 January 2013

TeRaKhir



“Cinta. Memang sukar untuk dimengertikan. Bahagia, derita, tawa, duka, tangis, riang. Segalanya hadir bersama cinta. Kata orang, hadirnya ia membawa sejuta rasa. Hilangnya pula, merenggut segala rasa yang ada. Cinta itu rumit. Adakalanya tak terluah, sekadar bermain dijiwa terpendam dilubuk rasa. “

Darius menyimpan kembali diarinya ke dalam beg sandangnya. Wajahnya diraup perlahan, hela nafas terdengar perlahan, menahan lelah penanggungan perasaan. Dulu segalanya nyata berbeza. Wajah ini sentiasa bersih dan berseri. Kemas tanpa kumis mahupun jambang.Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Lesung pipit itu sentiasa terpamer. Tapi, itu dulu. Kini, kusam wajahnya tanpa seri senyuman. Jelas pudar kegembiraan yang dirasakan sebelum ini.

Dahulu, di mana ada dia. Disitulah juga aku akan berada. Bagai tiada garis yang memisahkan kami berdua. Segala kisah dikongsi bersama, sehingga tiada rahsia yang tercipta, segalanya terluah bila bersua. Dalam diam, muncul rasa itu. Hadirnya tak pernah aku sedari, tak pernah aku ingini. Kerana rasa ini akan mengubah segala-galanya, tiada apa yang akan kekal sama jika ianya terluah kepadanya. Anda juga tahu apa yang aku maksudkan, namun klise kisah cinta itu terjadi kepadaku. Lahir rasa cinta terhadap sahabat yang rapat sekian lama. Mungkin benar apa yang dikata, diantara seorang lelaki dan wanita,  hubungan persahabatan yang akrab pasti akan menghadirkan rasa cinta. Kini aku percaya, ianya memang benar dan nyata.

Aku dan dia. Kisah pertemuannya nyata berbeza, tidak seindah yang dijangka, bermasam muka jadi permulaan dan akhirnya terjalin sebuah persahabatan. 

“ heyy, novel tu aku yang ambil dulu la. Novel  tu aku punya, aku nak beli.”

“Ehh,apa pulak, kau yang letakkan balik kan tadi? So, aku ambil la. Dah, kau beli je yang lain. Banyak je kan novel lain -.- “

“Hello, novel tu ada sebuah je yang tinggal. Kau la beli yang lain. Tak pun kau cari la dekat kedai buku lain. Aku yang nampak dulu novel tu, so, novel tu aku punya la.”

“Ehh, kau ni macam budak-budak la. Tak ada maknanya. Bye, aku nak pergi bayar novel ni. Kau pergi beli novel lain.”

Itu bukan pertemuan yang pertama, namun itulah kali pertama kami berbicara.  Saling merebutkan novel yang hanya tinggal sebuah di dalam kedai buku tersebutSesungguhnya, aku memang mengenalinya, seorang pelajar asasi Undang-undang. Sama seperti aku. Selalu, terserempak, namun tidak pernah saling berborak. Sekadar kenal begitu sahaja.  Berbalik kepada pangkal jalan, perebutan itu jadi milikku. Namun, rasa bersalah itu tetap ada, kerana merampas novel yang ingin dibelinya. Akhirnya, usai novel itu aku baca, maka aku serahkan novel tersebut kepadanya melalui seorang kawan. Maka, disitu segalanya bermula. Berbaik, makan bersama, keluar bersama, menjadi rapat dan semakin erat. Erat. Ya, aku dan dia. Hubungan yang erat. Segalanya kami kongsikan bersama. Segala kisah dan cerita antara kami berdua. Segala apa yang terjadi disekeliling dibualkan bersama . Masa berlalu pantas, dari asasi kini aku dan dia bersama didalam kelas yang sama dan jurusan Ijazah muda yang sama. Undang-undang, kami kekal dengannya. Kini di tahun kedua pengajian. 3 tahun bersama dan aku menyintainya. Biarpun sekadar dalam diam.

Hari ini, aku akan luahkan segalanya. Segalanya. Segalanya akan aku ceritakan kepadanya, betapa hati aku menginginkannya. Namun,

“Weyh, apa kau buat kat sini?! Kau tak ikut Irish ke pergi hospital?”

“Dia pergi hospital? Dia tak cakap dengan aku pun. Dia pergi lawat siapa?”

“Ya Allah!! Dia accident la tadi. Parah weyh. Macam kau boleh tak tahu ni Darius??!”

******************

 “Sesaat, dunia ini bagai terhenti seketika. Kaku. Beku. Itulah rasa yang aku rasakan pada saat dan ketika ini. Keliru. Kelu. Aku bingung. Kenapa harus dia pergi dikala rasa itu baru terluah setelah sekian lama terpendam.  Kenapa perpisahan menjadi jawapan bagi luahan sebuah perasaan??  Terhenti sebuah kisah pada titik mulanya. Berat mata memandang, berat lagi tanggungan bebanan. Ya, aku yang menanggung segalanya. Kepedihan , kerusuhan jiwa, kegelisahan, kedukaan, kelukaan, keperitan ini aku tanggung sendirian. Mereka hanya memandang kasihan. Cukuplah.”

Pemergian itu nyata menyakitkan. Hanya insan yang melaluinya mengerti bebanan yang dirasai. Berat. Ya, rasa itu memang berat. Perih dan perit. Dia pergi dikala Darius baru meluahkan rasa cinta. Persahabatan sekian lama akhirnya menjalinkan rasa cinta yang tak pernah terluah. Namun , disaat keberanian itu lahir, dan rasa itu terluah, dia harus  pergi menunaikan janji yang terikat pada Ilahi.

 “Apa masalah kau ni Darius, kejap datang kejap tidak. Dengan muka berserabut macam orang tak nak hidup. Moved on la bro, please,” kata Aiman kepada Darius. Darius sekadar tersenyum nipis dan terus berlalu pergi. Semenjak hari itu, Darius sering tidak hadir dalam kuliahnya. Malahan, jika hadir pun, dia asyik termenung dan tidak fokus terhadap apa yang diajar oleh pensyarah sewaktu kuliah. Perubahan tersebut turut dirasai oleh para pensyarah kerana sebelum ini Darius merupakan antara pelajar yang aktif di dalam kuliah. Ada pensyarah yang cuba bertanya, namun jawapannya kekal sama. Sekadar senyuman nipis tanpa sebarang kata yang terluah.

“Biarlah, biarlah orang terus bercerita, terus bersangka, terus berkata apa yang mereka suka. Aku tak perlukan mereka, kerana apa yang aku perlukan kini sudah tiada, sudah hilang dan sudah  lenyap. Aku tak perlukan simpati, Cuma aku mohon..mengerti aku..Menyendiri. Aku ingin sendiri. Usah bertanya kenapa. Kerana aku sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu. Biarkan aku terus begini. Tinggalkan aku sendiri, biar terus sepi. Biar sepi itu yang menemani kedukaan ini. Hilangnya dia, hilanglah diri ini. Ya, aku masih mengharapkan dia kembali. Kepastian yang tak akan mungkin terjadi. Nafas ini miliknya, dan hidupku terhenti tanpa dia disisi.”    

                Aku ingin bertemunya kembali. Ini keputusanku. Diari ini aku coretkan buat kali terakhir. Biar kisah ini terkisah dan terluah. Biar semua tahu kenapa ini jalan yang aku pilih. Segalanya kerana cinta yang teramat. Kerana kasih yang tersemat. Kerana penanggungan rindu yang kian berat. Biarlah aku sesat bersamanya dalam perasaan yang gelap dan pekat ini. Demi cinta kisah hidup ini aku korbankan. Biar ianya tamat.

“Lelah, aku sudah lelah dengan segalanya. Biar hidup ini berakhir, biar ternoktah kisahku ini. Tuhan, maafkan aku. Aku berputus asa padamu, di saat kau renggut dia, jiwa ini turut pergi bersama. Dunia ini tidak lagi bermakna. Cuma satu yang aku pinta, berhenti menghakimi kisahku. Kerana hanya aku yang tahu apa yang aku rasakan.”


“Kini aku menemuimu sekarang, dalam kehilanganku di masa lampau.”


-tamat-

7 comments:

  1. xde smbungan ke?haha
    thumb up ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-allah..akan difikirkan..tengah sibuk dengan final exam sekarang :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Weyh, asal aku rasa macam pelik ayat last kau ni? Kini... pastu kau sambung 'sekarang' ...

    hmm pastu aku still x dpt cerna maksud ayat last tu la..

    Overall, it's okay.

    ReplyDelete