Saturday 26 January 2013

BerMulA SemUla



Dalam rembang petang itu, aku tersedar dari ruang tanpa sedar itu. Mata berpinar-pinar, silau mengganggu penglihatan yang masih kabur. Aku pejamkan kembali mataku buat seketika. Mataku kembali kubuka, penglihatanku makin cerah dan jelas.  Aku dapat melihat wajah gundah mama yang berada disisi katilku. Aku tahu aku berada di hospital. Terdetik diminda, aku masih bernyawa. Aku masih bernafas diatas muka bumi ini. Kecewa, itu yang aku rasakan. Segalanya  yang berlaku kini diluar jangkaan. Mengapa tidak Kau akhiri sahaja hidup ini? Cukuplah derita perasaan ini. Kini Kau hadapkan aku dengan satu lagi permasalahan. Jawapan apakah yang aku perlu berikan pada keluargaku akan tindakanku ini. Bingung. Ya, aku bingung, bagaimana harus aku hadapi segala persoalan itu. Berdiam, itulah yang aku lakukan. Suatu masa dan ketika mereka kan tahu juga tentangnya. Namun kini, biarlah aku pendam dulu segalanya. Apabila ditanya kenapa dan mengapa aku hanya mampu tersenyum lemah dan berkata, “ takde apa-apa lah, I am okay, I’ll be fine, jangan risaulah.” Hanya itu yang mampu aku luahkan.

Aku mula berfikir dan mencerna. Kenapa aku letakkan diri aku dalam situasi yang sebegini. Menelan pil-pil tidur yang aku sendiri tidak tahu berapa jumlahnya, cuba mengakhiri nyawaku sendiri. Kenapa? Aku lakukan segalanya demi dia. Dia yang aku letakkan segala harapan. Dia, insan yang aku tumpukan segenap perasaan. Dia, yang aku berikan seluruh perhatian. Dia, insan yang paling aku sayang walaupun, dahulunya hanya teman. Hanya kerana dia, aku memperbodohkan diri ini. Kerana sikap dinginnya, kerana perubahan sikapnya, kerana dia, segalanya terjadi.Ternyata, aku sudah hilang kewarasan itu.

Semua kegilaan ini harus aku akhiri. Aku perlu lakukan sesuatu. Perasaan ini perlu aku lenyapkan. Biar terkubur, biar lebur, biar hancur dan luntur. Biar rasa itu tinggal rasa yang tawar, kosong tanpa rasa. Biar getaran dan debaran itu terhenti. Biar hilang semuanya tentang dia.

Aku perlu luahkan segalanya, jika terus begini, aku akan jadi benar-benar gila. Mujurlah ada teman yang sanggup mendengar luahan rasa, berkongsi derita yang aku rasa. Terima kasih buat segalanya.Segala kata nasihat, menenangkan jiwa ini. Tidak aku nafikan, kecewa itu memang ada, namun kehadiran mereka sudah cukup untuk membuat aku kembali tersenyum. Kerana mereka, aku kembali sedar, masih ada yang menyayangiku. Kerana mereka, aku kembali kuat. Kerana mereka, aku bertekad untuk kembali bangun. Kerana mereka, aku nekad, kau akan aku lupakan. Buat selamanya.

Sejenak, aku terfikir. Ya, benarlah apa yang dikata, cinta itu gila dan menggilakan. Kerana dia, aku menidakkan kewarasan yang selama ini aku pertahankan. Cinta? Itu semua bodoh, gambarannya cukup indah namun realitinya jelik dan hodoh. Kerana cinta, akal gagal membuat penilaian yang rasional. Kerana cinta, rela mempertaruh nyawa mempersia usia yang dikurnia. Kerana cinta, aku buta, aku gagal melihat siapa yang benar-benar menyayangiku. Kerana cinta, hati ini luluh dan rapuh, tidak lagi teguh seperti dahulu. Kerana cinta, rasional minda entah kemana, yang tinggal cuma pertimbangan yang dangkal. Kerana cinta, aku jatuh dalam permainan perasaan yang kini menghancurkan dan menghadirkan duka kekecewaan.

Ya, aku benar-benar marah, terhadap diri aku sendiri. Diri ini ternyata terlalu bodoh untuk menilai siapa kau yang sebenarnya. Siapa kau, sehingga aku perlu gadaikan nyawa ini, korbankan hidupku ini. Siapa kau, sehingga aku kecewakan hati-hati yang ikhlas menyayangiku. Siapa kau, sehingga aku perlu meningkah aturan yang ditetapkan Dia. Siapa kau, untuk aku leburkan segala harapan yang kubina selama ini. Siapa kau, sehingga aku hancur dalam derita yang kau ciptakan untuk aku. Siapa kau???? Kau memberi harapan, kau hadirkan kepercayaan, kau wujudkan cinta dalam perasaan, kau buat aku rasakan kaulah segala-galanya yang aku perlukan. Aku ketepikan kata sindiran, aku terima segala cacian, kerana aku percaya kau akan bawa kebahagiaan itu dalam hidupku. Namun, kini ternyata, segalanya dusta, hanyalah permainan kata, dan cinta itu tak pernah ada. Cuma aku yang menagih rasa. Sedangkan kau..

Ya, aku kecewa dan derita. Namun itu salahku, yang gagal mengawal emosi. Terperangkap dengan kata hati. Terlampau mengikut kehendak diri yang tanpa sedar merosakkan segala apa yang aku miliki. Kerana kau, segala maruah, kehormatan, pendirian dan pegangan aku kini diperkatakan. Aku hampir hilang segalanya, dan kau masih mampu berkata ,

 “why ? I didn’t do anything”

“Bkn tak nk amek tawu, slah pe pun tak tawu..tkpe la..as long as you happy, do whatever you want.. J

 Ha ha ha. Ternyata, kau tak pernah sedar akan kesilapan yang kau lakukan. Bagi kau, tiada kesalahan yang pernah kau lakukan dan aku bukan siapa-siapa yang perlu kau risaukan. Perasaan, mungkin itu yang kau perlukan, itulah satu-satu perkara yang kurang dalam hidup kau. Kau tak pernah mencuba untuk mengerti dan memahami sebagaimana aku mengerti akan dirimu. Salahku, kerana mengharapkan sesuatu yang tak mungkin mampu direalitikan oleh insan tanpa perasaan seperti kau. Ya, insan yang “heartless” dan “feelingless” macam kau!! Yes, human are imperfect. But, in this case it is obvious. If you don’t have it, You just don’t have it. Don’t bother to find it.
Bila aku menjauh, kau mula bertanya dan mempersoalkan segala apa yang aku lakukan. Bagi kau, semuanya adalah gurauan. Ya, gurauan yang melibatkan nyawaku. I do jokes around, but I don’t make a joke about my own life..nyawa aku sendiri.. It just don’t work out for me.

“Haha…. Still ignore me ? “
“waa.. total ignore?”

Don’t ever talk about ignorance if you don’t know what it is. I know how it feels like, when you ignore me and treat me like I was nothing. Tak pernah wujud. Apa perasaan kau, bila berselisih tapi tak ditegur. Sekadar menyindir di alam maya yang akhirnya membawa pertengkaran. Cukuplah aku merasainya. Layanan dingin dan beku. Serik, aku sudah serik dan puas. Ya, aku tidak lagi akan menghiraukan kehadiran kau. Seperti apa yang pernah kau lakukan padaku dulu. Bukannya aku berdendam, namun kecewa yang mendalam menjadikan aku sebegini. Biarlah kau terus asing dalam hidupku ini, biarlah rasa itu pudar dan luntur, biarlah kehadiranmu nanti tiada lagi bermakna dalam  hidupku ini.


“tapi suka, suka sangat mengharap sesuatu yang mustahil..haha”

Aku tidak tahu. Apakah kata-kata ini kau tujukan buatku. Jika ya, aku redha. Biarlah kau tertawa akan kebodohanku ini. Mengharapkan getaran perasaan dari kau, mengharapkan kehadiran kau dalam hidup aku. Tapi benar apa yang kau katakan, ianya sesuatu yang mustahil. Mustahil, kerana kau adalah insan tanpa perasaan yang tak akan kenal apa itu cinta, bagaimana rasanya kasih dan betapa perlunya rasa sayang dalam diri ini. Cuma satu pesan aku untuk kau, jangan terlampau mudah memberi harapan.Mungkin bagi kau, “apalah sangat, aku xde cakap apa2 pun.” Tapi, bagi yang mengharap, tidak..segalanya menjadi penting bilamana ia tentang orang yang disayangi.


“Now I know it’s hard. :’( ”

Ya, segalanya akan sukar bagiku. Untuk hilangkan jejak dan kehadiran kau dalam diri ini. Namun aku yakin, segalanya bakal jadi mudah buat kau. Aku ini bukan sesiapa bagi kau, jadi segalanya tak akan jadi sukar buat kau. Lagipun, siapalah aku untuk kau ingati. Kehadiran aku tak pernah penting pun kan? So, don’t be sooo drama echinggg depan aku with that kind of smiley. I’ve learned new things, and I’m not that stupid now. That smiley doesn’t mean anything dah sekarang.


“Ignorance. Can I? Cant kot. Certainly no. “

Jika penolakan ini kau luahkan lebih awal, mungkin aku akan mampu menerima segalanya. Dan aku tidak akan mengambil tindakan bodoh itu. Segalanya berlaku kerana sikap kau yang tidak pernah menganggap kewujudan aku.Sikap kau yang dingin dan perubahan kau buat aku bingung, resah dan gelisah. Apa salah aku sehingga kau buat aku macam tu?? Tapi, apa yang terjadi telahpun terjadi. Tak perlu dipersoalkan lagi. Namun sekali lagi, aku salahkan diriku sendiri. Kau tak pernah bersalah. Tak akan pernah bersalah. Bebankanlah segala kesalahan itu ke atas pundakku ini. Aku rela. Biarlah kau terus bahagia dengan cara kau.


“Mati ? -.- tak pernah cakap pape ngen kite”

Ya, aku hampir mati kerana kau. Mujurlah, peluang kedua itu masih ada buatku. Kurniaan yang Dia kurniakan ini tak akan aku persiakan hanya kerana kau insan tanpa perasaan. Lagipun, perlukah aku ceritakan segalanya kepada kau? Untuk apa? Untuk membiarkan diri ini terus sakit kerana sikap kau yang tidak pernah peduli itu. Tidak, aku tidak akan membiarkan ianya berlaku lagi. Biarlah, coretan ini menjadi coretan terakhir penceritaanku tentangmu. Kau akan terpadam selamanya, sebagaimana perasaan ini aku padamkan. Tak akan tersebut lagi nama kau dari bibir ini. Benci, itu yang akan aku pupuk dalam diri ini. Khas buat kau.


“Takpe la.. perhaps someday..we’ll be friends again :-) “

Kemungkinan itu tidak mungkin akan wujud lagi. Kau kini kembali asing bagiku. Tak bermakna apa-apa lagi buatku. Cukuplah , dengan penanggungan derita yang aku lalui sebelum ini. Aku tak ingin lagi merasai semua itu. Aku sudah cukup terseksa. Aku mohon, jauhi diriku. Usah dekati aku. Aku tak ingin lagi derita. BAGIKU, KAU = DERITA + KECEWA.


“Kawan je pn tak blh ? “
“Just want to keep a good relationship. That’s all ;-)”

Tidak. Kerana KAU + AKU = ORANG ASING. Aku tidak ingin lagi mempertaruhkan perasaan ini untuk dikecewakan. Biarlah, aku menjauh dari kau. Aku tak ingin hati ini kembali berpihak pada kau jika kita kembali bersama walaupun sekadar teman. Kerana HATI + PERASAAN = LUAR KAWALAN DAN DUGAAN. Aku tak mahu lagi jatuh kepada kau. Bagi kau, untuk kekalkan apa yang ada. Namun bagi aku, apa yang ada itu hanyalah kedukaan, kepiluan, kesugulan dan kekeliruan. Aku tak mahu melaluinya lagi. Biarlah orang katakan apa sahaja yang mereka suka tentang keputusanku ini. Kerana, diakhirnya, yang menanggung bebanan perasaan itu adalah aku, dan bukan mereka.

Inilah keputusan akhirku, kau akan kusingkirkan terus dalam hidupku. Terasing, itu pemisah kita, kini hanya tinggal kau dan aku. Aku akan anggap kau sama seperti insan asing yang tidak pernah aku kenali. Mungkin akan ada yang bertanya, kau berhak mempersalahkan aku. Ya, aku yang bersalah menaruh segala harapan dan perasaan terhadap kau. Sedangkan aku tahu segalanya tidak akan kesampaian. Biarlah diri ini dipersoalkan, diam akan menjadi jawapan.Biar bisu, biar lesu dan biarkan segalanya berlalu. Aku yakinkan diri, demi diriku, keluarga dan teman-temanku. Tak akan terulang lagi segalanya buat kali kedua. Itu janjiku buat semua, pasti.

 Untuk kau, if you read this. All the best and good luck in every single thing you do in your life. I know that you are going to have a great future ahead of you. If it is really my fault, forgive me. I hope that you will find your “Heart” and please don’t let the same things happen to others. Don’t give false hope to others; it might break their heart into pieces, just like mine. But, no worries, I’ll be okay. I will always have my friends around me. Kau berhak menilai coretanku ini, namun bukan hak kau untuk mempertikaikannya, kerana aku yang merasakannya, bukan kau. That’s all from me. Bubye.

You are somebody that I used to know, but now, you are nobody that I should know. Unimportant person. Yes, it is you.


Tiada lagi kita. Hanya KAU dan AKU. Terasing, buat selamanya

Kini aku bermula semula, tanpa kau  bersama.


~TAMAT~


4 comments:

  1. Jalan cerita yang menarik.. Ada konflik kemanusiaan kat situ.

    Susunan kata yang cantik telah membuah makna yang jelas..

    pemilihan kata yang baik telah memberi irama yang indah.

    Tapi ada masa tidak seberapa nak puitis gara2 penggunaan kata yg terlalu kerap. Repitisi x de masalah, masalahnya mcm perkataan 'rasa' tu digunakan banyak kali.

    Word 'perasaan' tu pun digunakan banyak kali..

    ada gabungan da cantik mcm resah gelisah, debaran perasaan. Tapi ada yg x mcm sesuai mcm 'derita yang aku rasa' aku rasa better pendekkan jadi ku..

    mcm ayat 'insan asing x ku kenali' sepatutnya word asing tu kene gugurkan sbb kau dah terangkan kat ayat atas tu... then insan asing sah2 ialah org yg kita x kenal..

    haha , mcm byk la pulk aku carut kat sini.. xpe, yg penting, best...

    ReplyDelete
  2. go alan go!!
    aku tak pandai mnyusun kta.. so takleh nk comment pasal tu.. tpi jln crita ok~ lain dri lain.. so keep it up-emon

    ReplyDelete