Friday 25 November 2011

Kisah Kita 2

Aku sesekali tidak memahami dan cuba untuk tidak mengambil peduli kenapa hampir setiap pelajar sibuk bercerita mengenai Darwish. Seandainya, Niki yang asyik bercerita, itu perkara biasa, kerana dia adalah pewaris takhta kerajaan gosip. Tetapi sekarang, apabila teman baikku sendiri mula dijangkiti symptom yang serupa, aku mula musykil. Sehebat manakah Darwish? Dari pandanganku yang turut dibantu oleh sebingkai kaca mata, aku tidak menemui sebarang keistimewaan pada jejaka tersebut. Andai kata, Darwish ni sememangnya seorang yang baik, kenapa dia perlu berpindah ke sekolah ini? ‘That’s it,’ aku bersorak dalam hati kerana aku telah Berjaya menimbulkan sebuaah pertanyaan bagi menidakkan kesempurnaan yang sering dikaitkan dengan jejaka tersebut. Esok, aku harus mempersoalkan perkara ini kepada Niki dan aku yakin dia akan sibuk menggali segala rahsia Darwish. Tidak susah mendapatkan berita sebegini apabila adanya Niki, wartawan gossip sensasi.

Keesokan harinya,” A’ah la Isya, betul juga kan. Kalau dia betul-betul baik , kenapa dia sanggup downgrade dari sekolah menengah sains ke sekolah kita ini?” Beria-ia Niki mengulas persoalanku. Berkerut dahinya seolah-olah sedang memikirkan masalah negara. “Okaylah Isya, aku nak pergi kelas sebelah sekejap. Nak mulakan siasatan.hehe,” Niki tersengih dan terus berlalu meninggalkan aku. Selesai satu masalah, biar Niki memeningkan kepalanya sendiri memikirkan bagaimana hendak mengorek rahsia lama Darwish. ‘Niki, kalau kau gantikan Michelle dekat Melodi nanti, maka akan huru haralah hidup artis di Malaysia ni kau kerjakan. Cayalah Niki.’

################################################

Darwish terus meneliti papan kenyataan dihadapannya. Dua pengumuman disitu Berjaya menarik perhatiannya. Pertama, ujibakat untuk menyertai kelab seni suara sekolah. “Auseh, sekolah aku dulu tak pernah ada pun ujibakat macam ni. Dah macam nak join rancangan realiti je gayanya Siap kena bawa minus one lagi. Boleh ke ni.” Kedua, pemilihan peserta bagi menganggotai pasukan bahas. “Nak masuk pasukan bahas pun perlu ada pemilhan ke? Ada orang nak join pun dia orang patut bersyukur tau. Perlu ke buat pemilihan macam ni? Tumggu aku Khamis nanti.” Sjurus selepas itu, Darwish terus melangkahkan kakinya untuk ke kelas sambil diperhatikan oleh wartawan gossip tidak bergaji SMKSB.

“Hai Darwish!. Nak Tanya sikit boleh tak? Sebelum awak pindah ke sini, awak bersekolah di mana?,”sapa Fara yang sudah pun memulakan misinya. ‘Sudah, anak dara siapa pula yang tersesat ni. Tiba-tiba je menemuramah aku ni,’getrus Darwish. “Hai. Boleh je, rasanya awak pun dah start tanya kan? Saya dulu sekolah di SMSSAJ. Kenapa awak tanya?”. ”Senang nak menyiasat,” balas Niki yang terpempan dengan kekacakan Darwish. Biar betul budak ni.”Nak siasat apa?”. “Nak siasat kenapa awak. Eh.. tak ada apa-apalah. Saja je tambah pengetahuan am,’ jawab Niki tersipu-sipu malu sambil terus berlalu dan memaki kedunguannya sebentar tadi. Hampir-hampir sahaja Darwish mengetahui tujuan dan misi asalnya. ‘kenapalah subjek kali ini terlalu kacak? Aduhai.’

Darwish tersenyum. Dia tidak pernah menyangka , bakal wujud sesi perkenalan yang sebegitu. ‘Sweet juga budak tadi, tapi macam ada genetik-genetik Nas Ahmad+Michelle Wee je. Kepoh semacam aje. Tapi, kenapa dia bertanya fasal sekolah lama aku? Mungkin, nope no way.. I really hope so.’

##############################################

“Fara, tengok ni. Baru berapa orang je serahkan nama untuk pemilihan kali ni. Semua ni nama yang pernah aku reject tahun lepas. Macam mana ni?” Soalku kepada Fara sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. “Isya, apa kata kau jemput Darwish masuk team kau? Mesti dia nak punya,” Fara memberikan cadangannya. Seperti biasa, nama Darwish akan diselitkan dalam perbualan seolah-olah untuk menaikkan kemarahanku
Tidak mungkin aku akan menjemput Darwish untuk menyertai pasukan bahas aku. Aku pun bukanlah terdesak sangat nak rekrut ahli. Kalau susah sangat, tarik je si Fara ni masuk pasukan aku.. “Fara, kau tak nak join ke? Try la, sekali je,” aku melekapkan kedua-dua tapak tanganku di hadapan Fara. “Ish, kau ni Isya, ujian lisan pun aku tersangkut, kau nak suruh aku berbahas pulak? Aku tak Nampak sebarang motif pun,” balas Fara sambil mencemikkan bibirnya.

Fara memang tidak boleh diharapkan dalam perkara sebegini tetapi dalam perkara yang lain, dialah yang menjadi penasihat kehormatku. Aku harus menunggu sehingga esok, kalau masih tiada penyertaan terbaru, maknanya aku terpaksa membuat pilihan untuk memilih pelajar yang telah ditolak dalam pemilihan tahun yang lalu. ‘Darwish kan ada,’ hatiku berbisik. Tidak mungkin, aku masih punya masa dan Darwish tidak mungkin akan memperoleh keahlian pasukan bahas SMK Sultan Badlishah.

Fara menampar pipiku lembut, “sudah-sudah la berangan cik Isya oii..Tu, Miss E tengah tunggu engkau dekat tepi kelas tu,” katanya sebelum meneruskan kerjayanya, meniru kerja rumah matematik milikku. Itulah kerja Fara hampir setiap hari, alasannya adalah dia tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan tugasan tersebut. Yang menambahkan kehairanan, setiap kali peperiksaan, markah Fara adalah antara yang tertinggi dalam subjek matematik, malahan seringkali melebihi markahku. Aku pasti, ini semua berpunca dari virus malas. Haish, kenapa pula Miss E mencariku?

**bersambung**

No comments:

Post a Comment