Friday 25 November 2011

Kisah Kita 7


IMBAS KEMBALI
                “Kenapa la malang sangat hari ni?” Jam penggera di telefon bimbit yang tidak berbunyi telah menyebabkan Isya terlewat bangun pada pagi tersebut dan seterusnya menjadi punca Isya tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuhnya. Tidak cukup dengan itu, dia baru teringat mengenai pakaian seragamnya yang masih belum berseterika dan menambahkan lagi kekusutannya adalah bebelan ibunya yang belum ada tanda untuk reda. Sabar aje la Isya. Kini bertambah serabut hatinya kerana terpaksa berjalan kaki hampir satu kilometre ke sekolahnya, kerana bas yang telah dinaikinya rosak dipertengahan jalan. Mujurlah dia tidak keseorangan kerana ada beberapa pelajar yang lain turut senasib dengannya.

                Hujan yang turun semalam telah membantu menurunkan suhu sekeliling lalu mengurangkan pembaziran peluh.. “Kalau hari-hari macam ni, boleh sakit jiwa aku.. Bangun lambat, lupa iron baju, bas rosak.. Dah hampir lengkap kisah hari malang aku.. kalau buat cerpen ni mesti...Arghhhhhhhhhhh!!!,” lengkaplah hari malang Isya. Pakaiannya baru sahaja dikotorkan hasil percikan lopak air yang dilanggar oleh motosikal seorang pelajar lelaki yang tidak dikenalinya.. “Sial betul, apek mereng ni!! Habis kotor baju aku.. Buta ke apa?? Tak Nampak lopak ada orang tepi lopak air tu ke?? Kalau aku dapat mamat ni, kucar-kacir la hidup kau aku kerjakan!,” maki  Isya terhadap pelajar tadi.. Isya dapat melihat bahawa pelajar lelaki tersebut membelok masuk ke sekolahnya. Tapi, siapakah pelajar tersebut kerana Isya yakin dia tidak pernah melihat pelajar tersebut. Bahkan, tidak ramai pelajar lelaki yang membawa motosikal ke sekolah.. “Arghh, lantaklah.. Baik aku masuk dan tukar baju cepat.. Tak fasal je kena pakai “Smart-B” sampai ke petang..Malang betul.” Isya mempercepatkan langkahnya agar sempat menukar pakaian sebelum kelas pertama bermula.



                Hari ini Darwish baru mengetahui bahawa dia telah terpilih bagi menganggotai pasukan bahas SMKSB setelah dimaklumkan oleh Cikgu Zila. Seorang lagi anggota baru yang terpilih adalah Yana, salah seorang pustakawan, merangkap penolong ketua pengawas asrama. Maka cukuplah sudah keanggotaan pasukan bahas yang bakal mewakili SMKSB pada tahun ini. Nama-nama tersebut telah pun dipamerkan di hadapan studio bahas sekolah. Darwish cuba meneliti nama-nama yang terpamer. Kelihatan nama Isya, Iqa , Lina, Yana dan namanya, Darwish di bawah sekali..

                Nampaknya Darwish adalah satu-satunya lelaki didalam pasukan tersebut.. Cikgu Zila pernah memaklumkan bahawa sudah beberapa tahun tiada pembahas lelaki didalam pasukan.. Jadi, kehadirannya diharapkan dapat menyuntik sedikit kelainan dalam penyampaian dan pembawaan imej pasukan bahas SMKSB..

 “Congratz bro,” ucap Furqan kepadaku. “Aku tak tahu la apa akan jadi dalam team bahas tahun ni nanti. Bolehkah dua musuh duduk semeja dalam satu pasukan?? Isya dan Darwish.. Bagaikan pasukan Harimau Muda dan pasukan Garuda. Tidak pernah sehaluan, tidak pernah seiringan. Seorang mamat poyo, seorang lagi minah kekwat..hahahahahaha,” Furqan terus tertawa setelah menghabiskan ayatnya.. Hasratku untuk menunjal geram dahinya tidak kesampaian. Awal-awal lagi jariku telah ditepisnya.. “Kepala jangan main la, nanati hilang ilmu-ilmu sakti aku.,hahaha,” tegur Darwish.. Diam seketika.

“Darwish, petang ni dalam pukul 3.00 ada latihan bahas. Isya suruh aku sampaikan dekat kau. Dia cakap, kehadiran diwajibkan,” Yana menyampaikan pesanan Isya kepada Darwish. Terlihat beberapa garis kerutan di dahi Darwish. “Tapi,petang ni saya ada latihan dengan Miss E. Aku rasa Isya pun tahu fasal ni. Tak boleh postponed ke? Or start a little bit later, maybe at 4.00pm?,” Darish menyoal  Yana. Yana mengeluh, “haishh, entahlah Darwish. Lagi baik kau oergi tanaya sendiri. Kalau ada apa-apa terus informed aku,” pesan Yana sebelum terus berlalu meninggalkan Darwish dan Furqan yang setia mendengar sedari tadi.

“Isya, boleh tak kau anjakkan latihan bahas ke pukul 4.oo petang?? Hari ni aku ada latihan vocal dengan Miss E la, aku rasa kau pun tahu fasal tu. So, boleh tak anjakkan masa latihan or tangguhkan latihan hari ni?”
“Hmmm, I’m afraid that I’m not going to postponed it la. Semua orang dah setuju isu masa latihan ni , tapi kalau kau tak setuju pun aku tak kisah. Majoriti dah bersetuju dengan jadual latihan ni.  Kalau kau tak datang pun takpe, senang sikit aku nak mengadu dekat Cikgu Zila.”
“Kau nak buat apa waktu latihan nanti, setahu aku usul untuk pertandingan tak keluar lagi..”
“Kau nak tunggu usul keluar baru nak datang latihan??  Lantak kau lah.. Aku takkan biarkan team ni kalah sebab kau. But, I would be really glad if you did’nt make it since I really hate to see your face. Poyo!”

                                                ~~BERSAMBUNG LAGI~~

*1.”Smart-B” adalah pakaian sukan rasmi untuk pelajar smk Sultan Badlishah..
2.  Aku tulis benda ni dari 3 sudut pandangan which is dari sudut pandangan penulis, Isya dan Darwish.. (~.~)

No comments:

Post a Comment