Friday 25 November 2011

Kisah Kita 4


Pening kepalaku menghadapi situasi yang sebegini. Pada telahanku, Darwish tidak mampu menyuarakan pendapat apabila tajuk yang diberikan berskopkan antarabangsa. Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Dek kerana tajuk yang aku berikan, Darwish Berjaya memperoleh marekah tertinggi pada fasa kedua. Apabila aku cuba mempertikaikan markah yang diberikan Cikgu Liza, ini jawapannya, “ Darwish memang layak mendapat ,markah yang sebegini. Tambahan pula, tajuk yang awak berikan tu susah tahu. Mujurlah dia dapat berikan pendapat dengan baik walaupun tajuk tersebut berskopkan antarabangsa.” Pujian yang diberikan kepada Darwish menggugatku. Inilah yang dikatakan sebagai senjata makan tuan. Nampaknya, cerahlah peluang untukku sepasukan dengan mamat poyo yang cukup menjengkelkan itu.

Hari yang baru bermula, cuti sekolah pada hari Jumaat dan Sabtu yang baru berlalu membolehkan aku mewaraskan kembali akal fikiranku yang bercelaru dan berselirat angkara Darwish. He’s in my team. Omg :’(
“Kau nak nyanyi lagu apa waktu audition denagn Miss E esok?” soal Fara kepadaku. “Entahlah, rasanya lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ yang Ana Raffali nyanyi. Aku ingat nak buat acapella aje. Engkau?”soalaku kembali setelah menjawab pertanyaannya. “Aku ingat nak nyanyi lagu Faizal Tahir, ‘Cuba’. Aku nak pinjam minus one kau boleh tak?” pinta Fara. Aku mengangguk tanda membenarkan.

Kelas terakhir pada hari ini adalah kelas kimia.’Huarghh! Mengantuknya. Dah boleh terbayang-bayang katil dan tilam dirumah.’ Tiba-tiba, “Isya, what is the meaning of catalyst?” Miss Tan menyoalku dan aku pasti diaa telah terlihat kau menguap besar sebentar tadi. Apa yang harus aku lakukan? “Mmm, catalyst is.. Mmmh, I’m so sorry teacher. I didn’t memorised it yet,” jujur, aku memang terlupa. Tolong ingatkan aku!

Bahana tidak dapat menjawab soalan sebentar tadi, aku terpaksa berdiri di tempatku. Mujurlah aku tidak sendirian, masih ada empat orang pelajar lain yang menerima nasib sama sepertiku. Namun, tempat dudukku yng berada di tepi tingkap cukup member tekanan. Ada sahaja ‘kata-kata semangat’ dari pelajar kelas lain yang melalui tepi kelasku.
Melepasi minit ke-15 hukumanku, muncullah Darwish dan dengan jelas tanpa perlu disuluh dia telah melihatku berdiri. Sambil berlalu ditepi kelasku, sempat dia bersuara,”budak pandai pun kena berdiri?” herdiknya kepadaku.
“Shut your big mouth!”jeritku kepada Darwish. Miss Tan memandangku aneh. Seluruh kelas memerhatikanku. Fara turut melihatku sambil sebelah tangannya diletakkan didada. Terkejut. Darwish di luar kelas berpaling.

“Mmm, sorry teacher. It is not you.. but, but.. Yeah, that boy, Darwish. He whispered bad words to me masa dia jalan tepi kelas,” jelasku bersama sedikit pembohongan yang sengaja diadakan bagi mengenakan Darwish. Miss Tan menggamit Darwish dan mengarahkannya masuk ke kelasku.
“What did you say to her earlier?”
“I didn’t,” belum sempat Darwish menghabiskan ayatnya.
“Yes he did,”aku mencelah. Setelah beberapa minit, drama tersebut berakhir. Darwish terpaksa meminta maaf kepadaku, tanpa kerelaannya. Aku gembira. Satu berbalas satu.

##########################################

“Gila punya perempuan. Aku mana ada kutuk dia. Aku Cuma bertanya dan menegur secara berhemah tau. Buat malu aku je. Serius, dia boleh berlakon drama lepas ni!,” aku melepaskan kemarahanku kepada Furqan yang aku angkat dan iktiraf sebagai pembantu masalah peribadiku. Furqan ketawa. “Itulah engkau, dulu aku dahj nasihatkan kau, tapi kau cakap aku hiperbola la, bombastik la. Sekarang kau rasakan! Hahahaha,” Furqan terus mentertawakanku..

“ Entah la, aku Cuma nak melawak je. Tak sangka pula dia boleh menjerit macam kena sampuk sebab marahkan aku. Bayangkan, dia menjerit suruh aku diam dalam kelas Miss Tan. Apa lagi, Miss Tan mula la bertanya. Boleh pula dia menipu dan beritahu yang aku mencarut dekat dia. Malu aku bro. Gila kejam,” aku meneruskan pengkisahan kepada Furqan.
Aku benar-benar tidak mengjangkakan reaksi yang sebegitu dari Isya. Minah kekwat itu bagaikan cuba menguji kelelakian dan kesabaranku. Namun, sebentar tadi aku terpaksa memohon maaf bagi menjernihkan keadaan. Mengalah tidak bereti menyerah,msaku bakal tiba Isya.

######################################

“Aku bukanlah selemah yang kau sangka, aku tak sanggup disiksa..lalalalala..rasakan kuasa tamparan wanita!,” aku menyanyi kecil. Berbunga-bunga hatiku meraikan kemenanganku. Aku masih mampu mengingati wajah Darwish yang terkesima dengan reaksiku yang agak berlebihan. Over the top, bak kata orang putih.

“Isya, apa kau buat tadi ek?,” Niki mula menemuramahku,tersengih-sengih sambil menggerak-gerakkan keningnya. “Aku buat apa ?,” soalku kembali. “Kau ingat aku tak dengar kea pa yang Darwish cakap dekat engkau tadi. Kau lupa aku duduk belakjang engkau? Dia tak mencarut pun. Kenapa kau buat macam tu? Kesian dia, terjejas ke-macho-an dia,” ujar Niki. Nampaknya Niki telah Berjaya mengkantoikan aku. Aku sekadar mengatakan, “ no comment.” Aku terus bergerak kehadapan kelas bagi membersihkan papan putih. Sengaja menghindarkan diri dari Niki. Sebuah langkah yang terbaik

No comments:

Post a Comment