Monday 28 November 2011

KISAH KITA 8


BAB 8


                Isya sekadar merenung Darwish yang terus berlalu pergi setelah Isya menolak cadangannya tanpa sebarang pertimbangan. Isya sememangnya terlupa mengenai jadual latihan vokal darwish bersama Miss E, namun dia terpaksa bertegas kerana jadual latihan tersebut telah pun dipersetujui oleh semua anggota pasukan bahas dalam perbincangan informal mereka pagi tadi. Sememangnya perbincangan sebentar tadi  sengaja dilakukan diluar pengetahuan Darwish. Tetapi, tindakannya kali ini bukanlah untuk mensabotaj Darwish seperti sebelumnya sebaliknya dia masih belum bersedia untuk menghadapi Darwish. Egonya tercalar teruk kali ini.

                “Hai Isya, apa kau buat dengan Darwish tadi?,” soalan klise dengan nada ingin tahu dilontarkan oleh Niki kepada Isya. Soalan tidak menerima sebarang jawapan. Diam. “Isya! Kau dengar  tak  apa aku cakap ni? Kau tahu tak, aku dah tahu fasal kisah lama Darwish dekat  SMSSAJ dulu,” ujar Niki bagi meraih perhatian Isya. Strateginya berjaya, dengan dramatiknya Isya terus berpaling kearah Niki yang sudah tersengih-sengih tanda ada cerita yang perlu disampaikan. “Seriously, Niki? Dahsyat la kau ni,mmmm cerita la cepat,” Isya tidak sabar-sabar ingin mengetahui rahsia Darwish.


                Darwish berasa sedikit sebal dengan tindakan Isya sebentar tadi. Pada sangkaannya, Isya akan mula berlembut dengannya memandangkan mereka telah menjadi rakan sepasukan. Namun mungkin benar kata Furqan sebelum ini, mereka ibarat pasukan Harimau Muda dan pasukan Garuda yang bakal mencetus kontroversi tiap kali bertemu. Darwish hanya mampu mengeluh mengenangkan ketegasan Isya terhadapnya. Ketegasan itulah yang membuatkannya ingin mengenali Isya, kerana dia dapat melihat insan yang pernah disayanginya dalam diri gadis tersebut. Keran ketegasan itu jugalah, dia kembali memberanikan diri melibatkan diri dalam pasukan bahas setelah hampir dua tahun mendiamkan diri.

                Lamunan Darwish terhenti apabila terdengar suara Miss E memanggilnya. Masa kembali berputar seiring dengan reality kehidupannya pada ketika ini. “Darwish, I’m so sorry. We need to postponed our vocal class for today since I have a meeting this evening. So, I will text you later to inform you about the next practice. Okay?,” ujar Miss E dalam keadaan tergesa-gesa kerana perlu mengejar masa. “Okay. See you on the next practice. Bye Miss,” balas Darwish. Sememangnya, dia berasa lega apabila Miss E membatalkan kelas vokalnya petang nanti. Pada mulanya, dia berasa gusar bagaimana dia ingin memberitahu Miss E bahawa dia tidak dapat menghadiri latihan vokal tersebut. Mana mungkin dia menghilangkan diri pada latihan pertama pasukan bahasnya. Mujurlah, Miss E terpaksa menghadiri mesyuarat. Inilah takdir-Nya. Darwish tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipit dipipinya. Dari jauh, Isya memandang Darwish dengan sebuah pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.


                Cerita yang disampaikan Niki sebentar tadi benar-benar telah mengejutkan Isya. Memang dia tidak pernah menjangkakan kisah yang sebegitu tentang Darwish selama ini. Ternyata terlalu banyak yang dirahsiakan Darwish selama ini. Wajahnya yang seringkali tersenyum telah berjaya membayangi tanggungan jiwanya selama ini. Barulah Isya tahu kenapa Darwish dipindahkan oleh ibu bapanya ke sekolah ini, bagi menyelamatkannya dari terus terperangkap dalam kenangan yang memilukan. Baru sekali ini, Isya terasa benar-benar kagum dengan keteguhan dan ketabahan Darwish. Mungkinkah kerana dia lelaki, maka dia mampu menongkah perasaan itu. Namun bagi Isya, lelaki juga manusia, masih punya sebuah perasaan. Rasa bersalah mula menjalar dalam diri Isya mengenangkan layanannya terhadap Darwish selama ini.

                Dari jauh Isya memerhatikan Darwish yang kelihatan tersenyum setelah berbual ringkas dengan Miss E. Entah apa yang sedang bermain difikiran Darwish pada ketika ini sehingga terlihat sebuah garisan senyuman diwajahnya yng keruh beberapa minit sebelum itu. Baru hari ini Isya menyedari kewujudan lesung pipit di pipi Darwish. ’Comel la pulak mamat poyo ni,’ desis hati Isya.

                Petang itu latihan pertama pasukan bahas berjalan dengan lancer. Kehadiran Darwish pada awalnya, agak mengejutkan Isya, namun setelah diberi penerangan oleh Darwish, Isya meneruskan agenda pada hari tersebut tanpa sebarang persoalan. Ahli pasukan yang lain agak hairan dengan perubahan sikap Isya terhadap Darwish.  Darjah ketegasannya terhadap Darwish telah berkurang dengan mendadak. Tidak kedengaran balasan kata-kata sinis mahupun pertengkaran daripada kedua-dua belah pihak. Aman tanpa perbalahan...

~bersambung~

ps: sorry part 8 ni lambat sikit post.. sangat sibuk dengan assignment.. sorry sorry sorry!!!


No comments:

Post a Comment