Friday 25 November 2011

Kisah Kita 1

Lesung pipitnya yang dalam sentiasa menghiasi senyuman di bibirnya. Siapa yang tidak gembira apabila diri sentiasa menjadi perhatian. “Hai, awak!,” sapa Darwish kepada gadis yang berselisih dengannya. Namun, cukup memeranjatkan apabila gadis itu langsung tidak memperdulikan sapaannya, malahan turut menjeling kearahnya. ‘eh, apa kes minah ni? Ingat cun sangat ke? Muka macam siput sedut, ada hati nak buat kekwat pulak. Aku senyum seikhlas hati, boleh pulak dia jeling-jelingkan aku,’ desis hati Darwish.

                                         ####################################

Qarisya menjeling pelajar lelaki yang menyapanya sebentar tadi. Sudah pelbagai cerita dan gossip mengenai pelajar kacukan melayu dan cina itu telah didengarnya. ‘Hek eleh, mamat poyo ni, tersengih-sengih pulak. Ingat tengah shooting iklan colgate ke apa? Sikit pun aku tak hairan la. Bukannya hensem macam Choi Si Won pun, iras-iras macam apek jual sayur je pun aku tengok. Boleh blah la,’ Qarisya bermonolog sendirian sambil menapak ke kelasnya.

“ Weyh Isya, kau tahu tak yang Darwish tu pandai berbahas. Dekat sekolah lama dulu, dia wakil sekolah tahu tak?” bisik Fara perlahan, bimbang sekiranya perbualan mereka didengari oleh Cikgu Safiah yang sibuk menerangkan kesan imperialisme ke atas Tanah Melayu di hadapan kelas. Aku terus berpaling kearah Fara,” kau ni kenapa? Ada feeling dekat mamat poyo tu ke? Itu Darwish, ini Darwish, dah tak ada story lain ke? Kalau dia pandai bahas pun, apa kaitan dengan aku? Apalah kau ni, baik kau dengar apa yang cikgu ajar tu,” balasku dengan nada yang kurang senang.

“ Tak baiklah kau macam tu. Since team bahas kau ada tempat kosong lagi, jemput-jemputlah Darwish tu join team bahas kau. Mana tau.....” Belum sempat Fara menghabiskan ayatnya, “besar sangat ke mandate dia, sampai perlu dijemput-jemput. Aku dah buat announcement kan, sapa yang nak join kena try pemilihan Khamis ni. Kalau dia nak, pandai la dia dating. Aku yakin kali ini, mungkin Darwis bijak menguntaikan bicara-bicara cinta, tapi untuk berbahas secara ilmiah, dia bukan orang yang sesuai. Aku yakin kali ini.

                                        ##################################

“Kau tahu tak, tak pernah ada seorang pun budak perempuan yang boleh buat bodoh je kat aku mcam mana minah kekwat tadi buat tahu. Sape ek minah tadi tu?” bersungguh-sungguh Darwish bercerita kepada Furqan. Furqan yang sememangnya menyaksikan kejadian tersebut sudah mula menzahirkan tawa yang cuba ditahannya sedari tadi. Furqan mengurut dagunya dan, “ nama dia Qairisya, tapi kita orang panggil Isya aje. Budak tu sangat aktif. Koir muka dia, pbsm pun muka dia, pesta pantun pun Nampak dia lagi. Lagi satu, dia ketua pasukan bahas sekolah ni.” Begitu lancar penceritaan Furqan. “Bahas? Quite interesting. So, she is a multitalented girl la ni? Dan seperti kebiasaan, dia pandai, disukai oleh cikgu-cikgu sekolah ni dan benda-benda yang seangkatan dengannya la kan?? Kenapa macam cliche sangat minah kekwat ni?” soal Darwish. Furqan sekadar tersenyum. ‘Kau tahu tak apa.’ “Kejap, aku lupa nak inform something. Kau jangan main-main dan cari gaduh dengan dia. She’s really something. She could damage your image and bring you down anytime she wants.” Furqan bercerita seperti Darwish sedang berhadapan dengan gadis yang sangat berbahaya. “Woit, apa yang kau mengarut ni. Takkan la minah tu boleh buat sampai macam tu. Hiperbola sangat la kau ni Furqan,” Darwish terus mentertawakan Furqan.

Hilai tawa yang kedengaran tiba-tiba lenyap. Seisi kelas kehilangan suara, bisu tanpa kata, terkesima dengan situasi yang melanda, aman sekali suasana, but what the heck is happening??? Darwish menoleh ke belakang. ‘Alamak, ibu tiri kesayanganku masuk kelas la. Tak de cikgu ganti lain ke?’ Darwish terus terdiam sebagaimana pelajar lain. Fenomena biasa apabila pengetuan masuk ke dalam kelas bagi menggantikan guru yang bercuti pada hari tersebut. Berdiam diri sememangnya telah terbukti sebagai perlindungan terbaik dari panahan matanya yang mampu membuatkan pelajar kacukan melayu dan cina, Mohamad Darwis Choo tergagap ketika bercakap. “Beginilah nasib diriku yang malang, Ohh tuhan.” Sebuah lagu yang cukup sesuai bagi menghadapi situasi sebegini.

                                          **bersambung**

No comments:

Post a Comment