Thursday 21 February 2013

mONOLOG AKU dAn Dia part 2

Sudah terlalu banyak kehidupan yang aku tinggalkan, segalanya aku biarkan terbazir dan bersisa. Namun, setiap kali mata ini bertentang denganmu, nyalaan perasaan itu masih hadir. Sejujurnya, aku masih ingin memperbaiki segalanya. Menghadirkan semula harapan yang telah luntur sinarnya. malap. Namun, aku tidak mampu. Aku tidak mampu menegah rasa gusar dan bimbang. Ketakutan yang bakal aku alami, andainya mereka tahu yang aku mencintaimu.

Kerana pada hari ini, aku telah mengalah. Aku lepaskan segalanya demi kehidupan yang baru ini. Aku tahu, betapa sukarnya untuk hidup tanpa mengharapkan kau. Namun, sudah tiba masanya aku melangkah. Aku perlu hidup dalam realiti, bukannya hidup dalam kepalsuan sebuah harapan.

Inilah masanya, masa yang terbaik, untuk aku lepaskan diri ini dari segala kegusaran dan rasa takut yang mencengkam. Aku hidup kembali dengan nafas yang baru. Hadir bersama cinta yang baru. Hati ini sudah kembali padaku. Dan sekarang, tiada lagi kau untuk merampas dan merenggut segala keindahan kehidupan keduaku ini :)




No comments:

Post a Comment