Wednesday 13 February 2013

Analisis Penyelesaian Cinta Terhalang : Siti Nurhaliza vs Shila Amzah


isu cinta terhalang ni bukan perkara baru dalam industri, sebaliknya pengulangan sejarah terhadap apa yang pernah terjadi pada Siti Nurhaliza. Cinta hati shila ditentang oleh keluarganya terutamanya ND Lala..Manakala Cinta siti terhadap Datuk K pada mulanya turut ditentang keluarga malah lebih teruk lagi perhubungan tersebut dipersoalkan oileh para peminat dan dikecam oleh pihak media.. Situasi yang hampir sama bilamana kedua2nya sedang berada di puncak ketika isu tersebut timbul..

Namun apa yang membezakan antara Siti dan Shila adalah jalan penyelesaian yang digunakan.

1.       Siti lebih selesa mendiamkan diri apabila diasak mengenai hubungan cintanya dan tentangan daripada keluarga dan peminat. Manakala, shila terlampau terbuka membicarakan perkara tersebut sehingga membuka ruang yang terlampau luas terhadap pihak media untuk memanipulasi berita.

2.       Tindakan Siti cukup bijak, ketika dilanda isu tersebut, bilamana peminat berpecah dua (menyokong perkahwinan dan tidak menyokong) , tuduhan media yang mengatakan beliau perampas dan pandangan sinis masyarakat apabila beliau berkahwin dengan duda..Siti mengeluarkan single "Biarlah Rahsia" untuk menyatakan perasaannya yang sebenar. Ternyata berjaya, dan pihak media dan masyarakat menerima keputusannya. Malahan tindakannya langsung tidak mencemarkan nama keluarga. Shila, sebaliknya mengambil tindakan membuat rakaman video memohon maaf dan sebagainya dan kemudiannya menyanyikan lagu Ombak Rindu dengan tangisan dan hingus yang meleleh. First impression, kesian., Then, masyarakat menilai. Tindakannya membelakangi keluarganya dan timbulkan lebih banyak spekulasi. Shila gagal meredakan permasalahan sebaliknya keadaan bertambah kecoh.laporan poklis yg mengatakan beliau hilang..dan sebagainya..

3.       kematangan.. Shila cepat melatah. Menulis surat terbuka dan menyerahkannya kepada pihak media. Sharnaaz sendiri menyifatkan tindakan tersebut keanak-anakkan. Siti Nurhaliza pulak cukup tenang hadapi satu demi satu permasalahan , mungkin sebab pengalaman dia handle isu2 sebelum ni (isu fitnah syarifah aini dan tuduhan2 lain)

4.        status pasangan. shila berpasangan dengan seorang lagi artis .so, mahu atau tidak kedua2nya akan memberi kenyataan media. Ada yang bercanggah dan sebagainya. Pasangan siti pulak ahli perniagaan vergelar duda..dan datuk k jarang menjawab soalan media. Mungkin sikap sharnaaz jugak penyebab utama masalah ni timbul.

5.       Sikap ibu bapa.. saya rasa sikap ND lala jugak patut dipersoalkan. sebagai orang lama dalam industri seni, dia perlu bersikap lebih matang dalam tindakan. sebaliknya, dia melayan sharnaaz dengan membalas kenyataaan melalui media. Kalau ND Lala x suka sharnaaz kenapa dia x bgitau awal2? padahal satu malaysia sedia maklum perhubungan kedua2 pasangan ni..berkepit sana sini..ND Lala x boleh menidakkan bahawa dia merupakan salah satu punca masalah.

6.      Karier. Siti nekad mempertahankan cintanya walaupun kariernya tergugat. siti keluarkan kenyataan,"kalau dah memang xde rezeki dan orang dah tak minat siti. siti x menyesal. kerana bagi siti perkahwinan adalah perkara yang besar dalam hidup. Siti mahu semua orang tahu dan percaya yang siti tahu apa yang siti buat dan risiko yang dia ambil." tapi shila masih lagi bergantung kepada peminatnya, masih sayangkan kariernya.tak tahu la itu dia yang nak atau nd lala yang nak.hahaha..shila dan keluarga x cukup rela mempertaruhkan karier demi perkahwinan

konklusi:
 tindakan dan penyelesaian isu ni bergantung kepada kematangan, sikap semua pihak, keberanian dan bla3.. apa yang jelas, video cover Ombak Rindu bukanlah tndingan luahan rasa melaui lagu Biarlah Rahsia..tak melampau kalau lan katakan, lagu Biarlah Rahsia yang banyak merubah keadaan siti pada waktu tu..

No comments:

Post a Comment