Sudah terlalu banyak kehidupan yang aku tinggalkan, segalanya aku biarkan terbazir dan bersisa. Namun, setiap kali mata ini bertentang denganmu, nyalaan perasaan itu masih hadir. Sejujurnya, aku masih ingin memperbaiki segalanya. Menghadirkan semula harapan yang telah luntur sinarnya. malap. Namun, aku tidak mampu. Aku tidak mampu menegah rasa gusar dan bimbang. Ketakutan yang bakal aku alami, andainya mereka tahu yang aku mencintaimu.
Kerana pada hari ini, aku telah mengalah. Aku lepaskan segalanya demi kehidupan yang baru ini. Aku tahu, betapa sukarnya untuk hidup tanpa mengharapkan kau. Namun, sudah tiba masanya aku melangkah. Aku perlu hidup dalam realiti, bukannya hidup dalam kepalsuan sebuah harapan.
Inilah masanya, masa yang terbaik, untuk aku lepaskan diri ini dari segala kegusaran dan rasa takut yang mencengkam. Aku hidup kembali dengan nafas yang baru. Hadir bersama cinta yang baru. Hati ini sudah kembali padaku. Dan sekarang, tiada lagi kau untuk merampas dan merenggut segala keindahan kehidupan keduaku ini :)
Thursday, 21 February 2013
Thursday, 14 February 2013
ResUlt Sem 1 KeLuaR sUdaH
PENANTIAN BERAKHIR..
hahahah..result pun dah keluar.. dah takde apa yang boleh dibanggakan dah sekarang. Masa untuk bangkit mungkin? haha..bangkit? first few weeks je la, lepas tu melahar balik -.-
btw, memang xde kejutan pun dalam result kali ni. dah dijangkakan based on carry marks and bla3.. result degree beza jauh gila kalau banding dengan result zaman asasi..hahaha..redha je lah -.-
sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..malas dah aku nak membebel..adios..nyte uoollssssss
hahahah..result pun dah keluar.. dah takde apa yang boleh dibanggakan dah sekarang. Masa untuk bangkit mungkin? haha..bangkit? first few weeks je la, lepas tu melahar balik -.-
btw, memang xde kejutan pun dalam result kali ni. dah dijangkakan based on carry marks and bla3.. result degree beza jauh gila kalau banding dengan result zaman asasi..hahaha..redha je lah -.-
sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..malas dah aku nak membebel..adios..nyte uoollssssss
Wednesday, 13 February 2013
Analisis Penyelesaian Cinta Terhalang : Siti Nurhaliza vs Shila Amzah
isu cinta terhalang ni bukan perkara baru dalam industri,
sebaliknya pengulangan sejarah terhadap apa yang pernah terjadi pada Siti
Nurhaliza. Cinta hati shila ditentang oleh keluarganya terutamanya ND
Lala..Manakala Cinta siti terhadap Datuk K pada mulanya turut ditentang
keluarga malah lebih teruk lagi perhubungan tersebut dipersoalkan oileh para
peminat dan dikecam oleh pihak media.. Situasi yang hampir sama bilamana
kedua2nya sedang berada di puncak ketika isu tersebut timbul..
Namun apa yang membezakan antara Siti dan Shila adalah jalan
penyelesaian yang digunakan.
1.
Siti lebih selesa mendiamkan diri apabila diasak
mengenai hubungan cintanya dan tentangan daripada keluarga dan peminat. Manakala,
shila terlampau terbuka membicarakan perkara tersebut sehingga membuka ruang
yang terlampau luas terhadap pihak media untuk memanipulasi berita.
2.
Tindakan Siti cukup bijak, ketika dilanda isu
tersebut, bilamana peminat berpecah dua (menyokong perkahwinan dan tidak
menyokong) , tuduhan media yang mengatakan beliau perampas dan pandangan sinis
masyarakat apabila beliau berkahwin dengan duda..Siti mengeluarkan single
"Biarlah Rahsia" untuk menyatakan perasaannya yang sebenar. Ternyata
berjaya, dan pihak media dan masyarakat menerima keputusannya. Malahan
tindakannya langsung tidak mencemarkan nama keluarga. Shila, sebaliknya
mengambil tindakan membuat rakaman video memohon maaf dan sebagainya dan
kemudiannya menyanyikan lagu Ombak Rindu dengan tangisan dan hingus yang
meleleh. First impression, kesian., Then, masyarakat menilai. Tindakannya
membelakangi keluarganya dan timbulkan lebih banyak spekulasi. Shila gagal
meredakan permasalahan sebaliknya keadaan bertambah kecoh.laporan poklis yg
mengatakan beliau hilang..dan sebagainya..
3.
kematangan.. Shila cepat melatah. Menulis surat
terbuka dan menyerahkannya kepada pihak media. Sharnaaz sendiri menyifatkan
tindakan tersebut keanak-anakkan. Siti Nurhaliza pulak cukup tenang hadapi satu
demi satu permasalahan , mungkin sebab pengalaman dia handle isu2 sebelum ni
(isu fitnah syarifah aini dan tuduhan2 lain)
4.
status
pasangan. shila berpasangan dengan seorang lagi artis .so, mahu atau tidak
kedua2nya akan memberi kenyataan media. Ada yang bercanggah dan sebagainya.
Pasangan siti pulak ahli perniagaan vergelar duda..dan datuk k jarang menjawab
soalan media. Mungkin sikap sharnaaz jugak penyebab utama masalah ni timbul.
5.
Sikap ibu bapa.. saya rasa sikap ND lala jugak
patut dipersoalkan. sebagai orang lama dalam industri seni, dia perlu bersikap
lebih matang dalam tindakan. sebaliknya, dia melayan sharnaaz dengan membalas
kenyataaan melalui media. Kalau ND Lala x suka sharnaaz kenapa dia x bgitau
awal2? padahal satu malaysia sedia maklum perhubungan kedua2 pasangan
ni..berkepit sana sini..ND Lala x boleh menidakkan bahawa dia merupakan salah
satu punca masalah.
6. Karier. Siti nekad mempertahankan cintanya
walaupun kariernya tergugat. siti keluarkan kenyataan,"kalau dah memang
xde rezeki dan orang dah tak minat siti. siti x menyesal. kerana bagi siti
perkahwinan adalah perkara yang besar dalam hidup. Siti mahu semua orang tahu
dan percaya yang siti tahu apa yang siti buat dan risiko yang dia ambil." tapi
shila masih lagi bergantung kepada peminatnya, masih sayangkan kariernya.tak
tahu la itu dia yang nak atau nd lala yang nak.hahaha..shila dan keluarga x
cukup rela mempertaruhkan karier demi perkahwinan
konklusi:
tindakan dan penyelesaian isu ni
bergantung kepada kematangan, sikap semua pihak, keberanian dan bla3.. apa yang
jelas, video cover Ombak Rindu bukanlah tndingan luahan rasa melaui lagu
Biarlah Rahsia..tak melampau kalau lan katakan, lagu Biarlah Rahsia yang banyak
merubah keadaan siti pada waktu tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)