LoVe eQuatIon
Awak( senyum + lesung
pipit) = comelnya
Sudah hampir sebulan disini. Kenapa baru hari ini aku sedar
akan kehadirannya. Didalam dewan kuliah yang sama setiap kali Lecture dan
bersama dalam salah satu kelas tutorial. Jambu. Itu perkataan pertama yang
terdetik dimindaku selepas melihatnya pertama kali. Persis wajah seorang
pelakon korea . Tetapi, dengan sedikit ketegasan pada raut wajah tersebut.
Bayangkan? Ya, hampir sempurna.
“Siapa mamat jambu tu?”
“Yang mana?”
“Yang tengah bersembang dengan Dani tu la, yang comel-comel
tu. Hehe”
“Oh, mamat tu. Kenapa? Kau minat dia ek?”
“Aku Cuma nak tahu nama dia je. Kalau ada apa-apa kan
senang. Lagipun, dia sekelas dengan aku untuk tutorial Constitutional Law.”
Aku mula memerhatinya dari jauh.
Asal ada sahaja peluang, aku akan mencuri pandang ke arahnya. Pertama kali
melihat dia tersenyum, aku bagaikan diawangan. Lesung pipit yang dalam.
Comelnyaaaaaa!! Kecacatan yang menyempurnakan.
Hati + debaran =
saya( luar kawalan )
Hari itu, perbualan kami yang pertama.Hmm, bukan perbualan,
mungkin pertengkaran kecil frasa yang lebih tepat. Aku asyik memerhatikannya.
Mengelamun. Comelnya dia. Tersedar. Mata kami bertembung, dia memerhatikan aku.
Ya, tepat kemataku. Cuak, panik, terkejut. Aku alihkan pandangan kearah lain.
Terasa lain. Aku melihat kearahnya semula, dia masih memerhatikan aku. “Damn
it, what I’ve done?!,”getus hatiku. Dia berdiri, membetulkan kemejanya dan
menuju ke arahku. Dia berjalan ke arahku. Aku? Tidak tentu arah, berdebar.
“Apa masalah awak ni? Awak suka saya ek?”
“Hello? Please la..Elok sangat ke kau tu?”
“Kalau saya tak elok, takkan la awak asyik curi-curi pandang
saya? Ingat saya tak tahu?”
“Err, bila masa aku pandang kau? Jangan nak perasan sangat
ok?”
“Okay, my bad. Awak juling rupanya. Kesian kan, muka cantik,
tapi juling”
“Mulut kau jaga sikit ek, aku hempuk dengan handbag jugak
karang mamat ni. Sejak bila aku juling?!!”
“Kalau awak tak juling, maknanya awak pandang sayalah kan??”
“kau, ergghhhhhh!”
“By the way, saya Affiq. Affiq Rayyan bin Affendy.”
“Aku tahu la”
“See, you even know my name. Hypothesis accepted. Caught red
handed Miss Gelabah! You really do like me kan?”
“Ermm..err..ok bye”
I am totally out of control. Get
caught red handed by him. Rayyan, why are you doing this to me?! Hanya kerana
dia, aku berada diluar kawalan. Detak jantung tak seiring getaran nadi. Dan dia
menggelarkan aku Miss Gelabah. Sweet kan? Atau aku yang sudah kurang waras?
Kau + Aku à
Saya + Awak
Sejak hari itu, aku cuba mengawal diri apabila berhadapan
dengan si dia. Dia ada tersenyum kepadaku, dan aku membalasnya dengan jelingan.
Jual mahal bahasa mudahnya. Tapi dalam hati, luruh segala apa yang ada melihat
dia tersenyum kepadaku. Aku turut elakkan diri dari bertembung dengannya.
Bukannya tak suka dan tak selesa, tetapi aku masih malu akan kejadian yang
sudah. Tertangkap kerana asyik merenungnya.
“Hai.”
“Err, hai.”
“Kejaplah awak, saya nak cakap sikit ni.”
“Nak apa lagi? Nak paksa aku cakap aku suka dekat kau pulak
ke?
“okay. I just wanna say sorry about our last conversation.
That small fight, remember? Hmm, I don’t think that it is a good ‘introduction’
between the two of us. Why don’t we start it, all over again?”
“Well, if you really want it. Bring it on Mr. Jambu.”
“Okay Miss Gelabah. Hai, saya Rayyan. Affiq Rayyan bin
Affendy. Sebelum ni, saya kenalkan diri saya sebagai Affiq kan? Ikut awaklah
nak panggil saya apa pun. But please, jangan panggil saya Affendy, tu nama ayah
saya.”
“Aku..Err, saya..Nama saya bukan Siti Nurhaliza,bukan jugak
Neelofa. Awak nak tahu nama saya? Sila berusaha sikit ek? Hahaha.”
“Huh??”
“Nice to meet you Mr. Jambu. Jumpa lagi nanti. Bubye.”
“Err, bye.”
Sejak itu, aku mula berbaik-baik
dengannya. Tiada lagi kekasaran, aku menjadi aku yang biasa. Aku dan Kau telah
pun bertukar, berubah menjadi Saya dan Awak. Miss Gelabah VS Mr. Jambu. Apa
yang terjadi nanti, aku sendiri pun tak pasti.
You + shades + three
quarter shorts = me(melting)
Pertama kali keluar bersama. Seawal 7.30 pagi dia
menjemputku di kolej. Dress code santai katanya. Aku sekadar menurut
kata-katanya, sekadar berskirt labuh bertingkat dan digandingkan dengan
kemeja-t lengan panjang berwarna putih. Dia sekadar berseluar sukan dan memakai
jersi biru. Usah Tanya aku jersi pasukan mana, aku tidak tahu dan tidak
berminat untuk mengambil tahu. Wajahnya sembap, mungkin kerana masih awal pagi
ataupun memang wajahnya sebegitu. Hmmm..Wajahnya memang sebegitu pada waktu
pagi.
“Kita nak kemana ni?”
“Pantai.”
“Pantai mana? Buat apa.”
“Berkelah nak? Dah lama saya tak buat macam tu.”
“Kenapa awak tak cakap awal-awal?”
“Kalau saya cakap pun, bukannya awak nak masakkan bekalan
pun”
“Hehe. Tapi at least, boleh la saya bawak sun block semua
tu.”
“Tak payah, dah ada dekat belakang tu. By the way, nanti saya
nak singgah RnR dulu. Saya nak mandi.”
“What?!! Awak tak mandi lagi??! Gross!”
“Alaaa, saya tak nak terlewat ambil awak tadi.”
Aku ditinggalkan didalam kereta, sementara dia pergi mandi
dan membeli apa yang patut untuk perkelahan rancangannya itu. Aku asyik menukar
lagu dan membelek-belek segala CD yang ada didalam keretanya. Menarik. Nora,
Taylor Swift, Search, The Carpenters, Mohram. Dia memang random. Sama seperti
sikapnya, segalanya dibuat sesuka hati. Sama seperti sekarang. Seawal pagi,
membawaku entah ke pantai mana.
Hampir 20 minit, aku melihat kelibatnya kembali dan menuju
kearah kereta. Terpegun. Aku terpegun dengan gayanya. Dia tidak bertuksedo,
bukan juga berbaju melayu. Dia sekadar berseluar pendek paras lutut,
berkemeja-t polo berwarna putih dan disesuaikan dengan sepasang cermin mata
hitam . Pertama kali aku melihatnya dengan gaya kasual sebegitu. Aku menelan
liur. That shades, makes him look damn hot. Impress, yes I do. Melting, yes I
am.
“Hello?!!”
“erhh, yes?”
“Stop staring at me.”
“Oh, okay.”
Awkward silence, sehinggalah
kami sampai ke Pantai Bagan Lalang. Seharian bersamanya.
Awak renung saya = blushing
Setibanya di sana, aku membantunya mengeluarkan segala
tikar, bakul dan segala yang diperlukan untuk perkelahan tersebut. Lengkap. Persediaan
yang dia lakukan cukup lengkap. Ada sandwich, buah, air, cawan, sudu, pinggan,
tikar, losyen dan tak lupa KFC yang sempat aku beli dalam perjalanan tadi.
Segalanya ada dan apa yang membuatkan aku teruja adalah sandwich tersebut.
Sandwich yang dibuat hasil air tangan Rayyan sendiri. Itulah penyebab dia tidak
sempat mandi pada pagi tersebut.
“Awak? Makanlaa, takkan saya nak habiskan semua ni? Tadi
cakap nak picnic sangat kan?”
“Awak makanlah dulu.”
“Macam mana saya nak makan, kalau awak asyik renung saya
macam tu? Tak ada kerja lain ke?”
“Salah ke?”
“ Salah la, berdosa tau renung anak dara orang macam tu.”
“Tahu pulak dosa, dulu awak renung saya sampai tembus segala
dinding tu apa cerita? Komen sikit awak.”
“Tu dulu. Dah la awak, saya malu la.”
“Malu? Sebab”
“Sudahh, stop staring at me. Please.”
“Okay, I will. Kalau tidak, pengsan awak nanti. Blushing
teruk sangat dah ni.”
Renungannya tajam. Menusuk.
Matanya bercahaya. Tidak tahu sama ada ianya benar atau perasaanku yang
menambah perasa. Rayyan, jangan renung aku lagi. Aku akan jatuh, jatuh dalam
mainan angan dan perasaan. Arghhhh, kenapa aku berbunga-bunga begini? Rayyan.
Berleter + membebel = awak
“Awak ni, boleh tak jangan pakai high heels? Tak baik untuk
kesihatan tau. Saya tak fahamlah kenapa perempuan ni sanggup sakitkan diri
semata-mata nak nampak tinggi. Kalau rendah tu rendahla”
“Awak, kenapa si Tipah tu suka pakai mekap tebal-tebal? Dah
macam tengah tunggu giliran nak buat persembahan opera cina je saya tengok. Bukan
cantik pun. If you don’t have it, then you don’t have it.”
“Awak, itukan kerja awak. Kerja orang perempuan kan? “
“Lain kali jangan pakai baju warna ni. Saya tak suka la. Tak
cantik and nampak suram.”
Mengenalinya buat beberapa ketika ini. He is a kind of
person that really loves to talk, about everything. He is the
Mister-I-know-everything-on-earth. Sometimes, I do get annoyed of him. My
shoes, my cardigan, my scarf and even my favourite drink would be questioned by
him. He just loves it, criticizing every single thing in front of him.
Sometimes, I don’t think that he deserved to be here, he should have his own
chair or place in whatsoever reality show. He is good at it, gonna do well as a
judge in that program. Can he sing? Not sure about it.haha..
Apabila dia diam, aku pula yang jadi tidak keruan. Aku jadi
tidak selesa bila dia tidak bersuara. Namun bukan selalu dia terdiam begitu.
Hanya dalam beberapa keadaan tertentu.
1. 1. Apabila dia sedang fokus dan sedang belajar
untuk ujian keesokan harinya. Dia akan diam. Masih bersuara untuk menjawab
segala pertanyaanku, namun matanya akan tetap tertumpu pada notanya. Pernah
sekali, aku bertanya ketika dia sedang belajar dan aku disuruh diam. Aku terasa hati dengan tindakannya, aku
sekadar ingin bertanya. Selang seminit, “Awak nak tanya apa tadi? Saya nak
habiskan page tu je tadi. Sebab tu saya suruh awak diam.” Aku membiarkan
sahaja, biar dia terus memujuk. Diam. Dia telah kembali menghadap notanya,
bukannya memujukku seperti biasa. Itulah dia, diam dan fokus apabila perlu.
2. 2. Apabila dia terlalu marah. Dia tak akan berleter
dan membebel seperti biasanya. Dia akan diam, wajahnya kelat, renungannya tajam
menikam, sesekali giginya akan diketap kuat. Dia bukannya orang yang mudah
marah, tetapi kemarahannya akan bertahan lama. Pernah sekali, dia hampir-hampir
bertumbuk dengan seseorang yang menggelarnya sebagai gay. Disebabkan perkara
itu, seharian dia terganggu, dan seharian jugalah dia diam walaupun denganku.
3. 3. Apabila dia terkejut. Normal rasanya apabila dia
diam apabila terkejut. Namun apa yang lain tentangnya adalah, dia akan blur
sekejap selepas menerima kejutan. I don’t know why. Dia memang begitu.
4.
Apabila dia terlampau gembira. Dia cuba untuk
bersuara, tapi tiada suara yang akan muncul. Riak wajahnya menggambarkan segalanya
dan reaksinya yang seakan-akan hendak melompat itu. Pernah kulihat apabila dia
mendapat markah penuh dalam ujian. Teruja. Dia selalu begitu.
Bagiku, biarlah dia terus
berleter dan membebel. Jangan pernah diam, kerana diamnya dia akan buat au
serba tidak kena. Apabila bersama dia, terasa hidupku berwarna dan ada sahaja
perkara yang hendak diperkatakan. Dia melengkapkan hidupku dengan bebelan dan
leterannya. Aku harap dia akan terus begitu, usah berhenti. Sekiranya dia
berhenti, dia akan menjadi seperti lelaki yang lain. That is too mainstream and
I’m not a cliché person that have a cliché taste.Hahahaha.
Banyak yang aku tahu tentangnya. Adakah dia juga mengerti
aku sebagaimana aku mengertinya? Mengenalinya… Adakah hati ini telah jatuh
kepadanya? Aku sendiri kurang memahami, kerana
, Awak – saya = (sempurna – 1/2sempurna). Aku rasa tak sempurna
bila dia tiada disampingku.Sehari dia tidak hadir kuliah, sehari itulah aku
berasa serba kekurangan, serba tidak kena. Kini,
Me – you = imperfection . Itulah apa yang aku rasakan. Kadangkala,
aku rasa lain bila dengan dia. Aku tidak dapat menjadi diri aku yang sebenar.
Dia sentiasa meredakan kemarahanku. Equationnya begini,
Saya(marah) + awak(pujuk) = speechless. Haishhh, perasaan perasaan.
Bila kau mendekati yang lain, aku rasa nak meletup. Kenapa? Sebab,
Awak + dia = saya(cemburu). Aku pun keliru dengan semua ini. Adakah,
You + me = love?